Friday, April 3, 2009

Macam-macam Gelagat Manusia Yang Selalu Aku Jumpa

MyEm0.ComMelepak sambil merokok kat kedai makan dan dengan senang hatinya hembuskan asap rokok yang bahaya tu kat orang lain tanpa mempedulikan perasaan orang tersebut yang mungkin tak menyenangi bau dan asap rokok itu sampai terganggu perasaan menikmati makanan.

MyEm0.ComMeludah dengan sesuka hati di merata tempat terutamanya kat tempat awam seperti tempat makan walaupun ada manusia yang duduk dekat dengan tempat yang diludah menyebabkan manusia tersebut jadi geli dan jijik melihat kesan ludahan yang ditinggalkan.

MyEm0.ComMemakai t-shirt tulisan besar-besar gabak yang tertulis perkataan tak begitu bermakna seperti "kau tak perasan aku sebab kau perasan cantik" ataupun "takkan indie hilang di dunia selagi aku bernyawa" dan bermacam-macam lagi jenis perkataan yang menyebabkan mereka berasa "kami hot dan kadang-kadang kami cool" lalu berjalan di merata tempat dan menayang baju tersebut dengan penuh bangganya. Kalau yang pakai tanpa berniat untuk menayang tu, takpela. Maaf pada yang terasa hati.

MyEm0.ComSangat suka mengeja sesuatu perkataan seperti kanak-kanak riang iaitu "shayer shuke mamam cokolat" ataupun menggunakan aksara-aksara yang makin menyukarkan pembacaan "$@y3 $uk3 e#kr3m" ataupun suka menaip berselang seli huruf besar kecik "SaYe sHaYanG aWak" dan merasakan dirinya comel dan cool berbuat begitu. Mungkin ada yang tidak berniat untuk perasan comel, jadi maaf sekali lagi.

MyEm0.ComTak mahu menjadi diri sendiri lalu meniru gaya rakan-rakan yang mempunyai gaya tersendiri sehinggakan semua yang dimiliki oleh rakan tersebut, mahu dimilikinya juga sehingga menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. This is what people called as copy cat.

MyEm0.ComHidup dengan suka memandang rendah pada orang lain. janganlah menganggap budak nakal tu bodoh. Sebabnya, yang nakal, tak semestinya bodoh dan yang bodoh tak semestinya nakal. Tapi, dalam masyarakat kita, asal budak tu nakal sikit je, terus judge yang budak tu takde masa depan. Janganlah terlalu klise.

MyEm0.ComGiat memplagiat karya orang lain di blog mereka dengan mengakui karya tersebut adalah karyanya tanpa meng-credit-kan sedikit penghargaan kepada tuan punya badan yang di-plagiat. Tapi, kalau dia tak perasan ada blogger yang pernah tulis pasal tu, mungkin tak boleh cakap benda tu plagiat. Plagiarism juga sangat terkenal di kalangan student U dalam menyiapkan assignment.

MyEm0.ComIni pulak antara senarai gelagat bila berada di dalam public transport seperti Bas, Komuter, Star, Putra, Monorel dan sebagainya:

MyEm0.ComHandphone berbunyi dengan volume yang paling tinggi lalu sengaja lambat-lambat untuk menjawab panggilan dengan harapan mahu penumpang lain mendengar ringtone handphone-nya yang dirasakan OH begitu latest dan up to date sekali.

MyEm0.ComApabila panggilan tersebut sudah diangkat, suara bersembang dengan pemanggil juga sengaja dikuatkan volume-nya (sama seperti bunyi ringtone) dengan reaksi hidung kembang kempis seperti mahu menunjukkan kepada orang lain yang "ada orang call aku,korang takde, jangan jeles" padahal beliau tidak tahu volume suaranya itu boleh membuatkan orang lain rasa nak ketuk saja kepalanya dan bagitahu "tak perlu terjerit-jerit berbual di telefon, macam lah orang lain takde telefon"

MyEm0.ComMengambil peluang untuk mengusik anak gadis yang duduk berseorangan dengan harapan boleh berkenal-kenalan walhal umur si gadis hampir sebaya anaknya. Dan apabila waktu terlalu ramai penumpang sehingga terpaksa berhimpit dan bersesak, sengaja mengambil peluang untuk berhimpit-himpit dengan gadis yang berdekatan.

MyEm0.ComMeng-conquer seat tanpa segan silu dengan sengaja mengangkang luas-luas ataupun meletakkan beg di sebelahnya supaya beg itu dapat berehat sama sepertinya walhal ramai lagi penumpang lain yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut berbanding beg tu.

MyEm0.ComBerkaraoke beramai-ramai seperti mahu berpesta di dalam ktm (dsb) sambil memasang lagu dari handphone atau mp4 lalu bergelak ketawa dengan harapan penumpang lain turut terhibur mendengar suara sumbang mereka.

MyEm0.ComYang 1 ini, mungkin tak dapat dielakkan iaitu mempunyai bau badan yang sungguh dahsyat lalu menyebarkan bau harum dari ketiak yang boleh membuatkan perut penumpang lain loya seminggu sehingga tidak lalu makan.


MyEm0.ComBersopan santunlah walau di mana kita berada dan mungkin juga kita tidak perasan bahawa tindakan yang sering dilakukan itu tidak disenangi oleh orang lain (bukan bermaksud orang lain busuk hati) tapi, sendiri mau ingatlah. Kita hidup bermasyarakat jadi sikap toleransi tak harus diabaikan.

MyEm0.ComMaaf jika menyinggung hati dan terguris perasaan sesiapa. Aku rela dibenci demi memberitahu benda yang dibenci oleh kebanyakan orang. Banyak lagi sebenarnya, tapi ni jelah dulu untuk sekarang.....

Sebelum ada yang nak pukul aku atau baling aku dengan apa-apa, baik aku lari selamatkan diri. MyEm0.Com

-People realized that they need to do some changes in order to be a better person but they just ignore it-
.unknown.

17 comments:

  1. entry ini sangat menarik lahh.
    harap2 sy tak tergolong drpd mereke2 tuh.;)

    ReplyDelete
  2. uih!
    akmar glerr tak ske orang yg ske meludah tak bertempat nih!!
    jijik glerr!!
    urgh!!
    (emo plak tetibe...sori cik milimilo!!)

    ReplyDelete
  3. cik sajeedhani - cubalah untuk mengelak dari tergolong sebabnye bnde2 ni semua annoying..

    cik akmar anuar - same la..sep2..kot ye pun nak ludah, jgn r dkt tmpt awam..x jage sensitiviti msyrkt btul.

    ReplyDelete
  4. paling anti dgn org yg suka eja najet2 comel tu.
    rasa cm nk lmpang2 je dia!!!
    lalala

    ReplyDelete
  5. cik ajwin ajeera - org tu mmg nak menguji minda pembace dye kot..sbb tu dye rase susah je nk gune huruf biase..haish la.

    ReplyDelete
  6. ak paling x suke owang yg cakap kuat2 dalam hp tue...
    rase nak lempang je...
    ganngu owang tol la...

    ReplyDelete
  7. azuan - ade mslh pendengaran la tuh..ckp slow2 bkn xboleh.saje nk over.

    ReplyDelete
  8. menarik je baju pasal ko tak perasan aku..bla bla bla
    mane nak dapat?
    hehe

    ReplyDelete
  9. itew ace an awk,ítew niw pewlawt law!
    cmni heh?

    hahahaha

    ReplyDelete
  10. mr joegrimjow - erm, dkt konsert dak2 indie byk kot baju tu..huhu

    cik eah : ayyo..kitew xpaham la pew awk ckp..napew awk pewlat..kitew pown pewlat ler..hahaha

    ReplyDelete
  11. shayer shuke mamam cokolat...eee geli geleman..ahaha..

    entry yg menarik!!

    ReplyDelete
  12. mmg geli kan bile eja mcm pelat tuh cik nadxoxo..kang jd pelat betul2 baru tau..

    ReplyDelete
  13. aku suka point yang ringtone tu.
    aku paling benci bila lelaki yang berlagak cool guna ringtone
    "womanizer, woman-womanizer, you're a womanizer, oh, womanizer, oh, you? re a womanizer,..." and then guna volume paling tinggi dalam ktm.
    when his phone ringing with such tone of course la all people will straightly look at him rite?
    *sigh*

    ReplyDelete
  14. sayaanakali - org mcm tu sukakan publisiti murahan. ape dye ingt org yg tgok kat dy tu semua suka dgn ape yg dy buat.

    ReplyDelete
  15. it's good to be honest.
    speak out. ;)
    pendam2 kang kite yg sakit hati,jantung,paru2 berair,pancreas dan sebagainya. ^_^

    ReplyDelete
  16. pandai lu gunakan ikon-ikon tuh.. bagus dan rajen

    ReplyDelete
  17. erin,
    yes syg,,nk xnak,kne sebut gak kan..makin pendam makin berulat.. :)

    orglidi,
    aku tau ko xbace entri ni..ko tgok emoticon comel2 tu je kan..haha

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)