باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan"
Siapa yang dah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 2 mesti tahu ayat dekat tajuk ni diambil dari skrip cerita tersebut. Hehe. Kalau yang belum tengok KCB 2, boleh tengok dekat minit ke 20.
Aku suka gila part ni. Tergelak-gelak aku doh. Mana tak nya, Mak si Azam ni reject perempuan tu jadi menantu dia cuma sebab perempuan tu tidur balik lepas Subuh. Katanya perangai tak elok. Lepas tu keluarlah ayat
"kalo abis solat subuh, kita tidur lagi, rejekimu itu ilang dipatuk ayam"
Janganlah jadi lampi sangat okayyy. Bukanlah maksud dia kalau tidur balik lepas solat subuh, rezeki kita kena patuk dengan ayam. Tapi maksudnya nak cakap rezeki tu hilang macam tu je sebab pintu rezeki tertutup. Rezeki jadi mahal. Pernah tengok tak ayam patuk makan macam mana? Laju gila kan? Hah, macam tu lah rezeki tu hilang contohnya.
Bila dengar Mak si Azam tu cakap macam tu, aku bukan lah gelak sebab lawak yang lawak tu. Tapi, rasa macam eh, terasa lah. Memang aku ni tak layak nak jadi bini oranglah nampaknya kalau semua mak mentua reject calon menantu yang tidur lepas subuh. Huhu. Jadinya, memang dah dapat gambaran yang tidur lepas subuh tu memang sangat tak elok kan.
Kenapa tidur lepas subuh tak elok?
- Pagi waktu bermula untuk ambil rezeki yang Allah turunkan
- Waktu yang elok untuk baca Al-Ma'thurat
- Takut terlepas buat Solat Sunat Dhuha
- Kemungkinan untuk terlajak sampai tengah hari tu tinggi
- Nanti rasa malas sangat nak bangun.
- Terlepas sarapan, kan dah mahal rezeki jadinya.
Nak bangun Subuh tu sendiri banyak cabaran dia. Pernah dengar tak yang orang Yahudi takut kalau orang Islam mampu berkumpul seramai jumlah solat Jumaat masa solat Subuh? Memang susahlah kan.
- Betulkan niat dan berazam taknak tidur lepas Subuh
- Masuk tidur awal, jadi boleh bangun awal dan tak rasa mengantuk dah.
- Mengaji atau baca buku atau siapkan kerja sekolah.
- Mandi. Brrr. Sejuk gila.
- Jogging.
- Masak sarapan.
Aku pun selalu tidur lepas subuh. Sebabnya setiap malam asyik berjaga, memanglah pagi-pagi rasa mengantuk kan. Tapi, tabiat ni boleh diubah. Macam mana nak ubah? Paksa diri. Okay. Selamat pagi semua. Selamat mengambil rezeki. =)
da khatam da
ReplyDeletehehe
mmg best cite tu
patut dibuat tayangan kat kb sampai tok guru pon join skali
uih, maunye aku direject pak mentua.
ReplyDeleteuu aku kene ubah gak laa ubah time kawen leh ke?
ReplyDeleteslamat pagi mili (:
ReplyDeletegudmorning...
ReplyDeletesy ngah mkn nasi lemak paru... nyum2
wah subuh sangat mencabar ok haha i try my best
ReplyDeletelayan ek citer tue,huhu,, besh!
ReplyDeletelepas tengok KCB2
ReplyDeleteterus tak tido dah lepas subuh ngahahaha
tak kawen a kalau dapat mertua macam bu'e. hahahaha.
Semenjak gua makin hampir nak masuk alam pekerjaan ni.
ReplyDeleteMemang tak kenal erti tidur lepas subuh.
Pukul 5 lebih je wajib bangun.
Syukur jenis senang nk bangun.
wah. rejeki mu dipatuk2 ayam dan burung2 dan kambing pun makan
ReplyDeletesemualah
mula2 nurul baca buku dia. ayah beli masa ke indonesia tahun lepas. dah tgh filem dia gile best.layan. sempat rasa rendahnya diri ni kalau nak banding dgn ana tu. haihh. yg penting sukaaaa khairul azam.
ReplyDelete:p
update2
ReplyDeletebile nak update?
ReplyDeletebro jarang tido lepas subuh... selalunya lepas zohor..
ReplyDeletetido kejab je time rehat.. dapat 5 minit pun dah kira ok dah
BroFramestone Blog
@joe
ReplyDeletebest kan cerita ni..org indonesia memang pandai buat jalan cerita islamic macam ni. sangat-sangat suka. =)
@orglidi
huhu..sile berusaha utk tidak tidur slps subuh ok
@neon
aku pn cadang2 nak ubah pas kawen gak..haha..kalo sempat la
@muniey
slmt pagi dorarara..hikhik
@meo
wow..sedapnye brekfas..suke gile lauk paru =)
@naz
mmg sgt mencabar kadang2 xbejaye menahan diri jugak =)
@cik epal
alaaa,nak kawen..cari mak mentua yg xcerewet..huhu
@fid
mesti la layan..siap menangis2 lagi tengok cite ni..sedih gila
@liz
wow,good berjaye mempraktikkan..mmg susah nak lawan setan pagi2 buta..huhu
@mimpi
bagusnye..agaknye aku pn kne tunggu dah keje nnti baru boleh brubah kot..heheh
@luffy
abis rejekiku ilang semuanya =P
@nurul
wow,nurul baca buku dia?faham ke bahasa dlm novel tu?pnah try nak bace tp byk jumpe pkataan xfhm..mmg bagus jadi ana n suke khairul azzam..tp sian kat furqan jugak =)
@joe
sabar joe sabar..aku nak dkt final exam ni..bz sket..huhu
@bro framestone
tido lepas zohor mmg sunat la bro..dpt skejap pn jadila.. =)