Thursday, April 22, 2010

Makan Buah Makan Nasi Minum Air

Aku tak tahulah aku sorang je ke yang ada habit ni, iaitu suka menconteng dalam buku atau notes time lecturer mengajar. Memang takkan jumpalah buku-buku atau notes aku yang bersih dari contengan kemengantukan/kebosanan. Hihi.

Tadi sajalah aku belek-belek buku UNGS 2 (subjek sem lepas) sebab tiba-tiba teringat dekat lecturer aku yang baik hati bagi aku A untuk subjek ni padahal aku dengan SitiZulaikha selalu gila tak datang kelas beliau. Pesanan penaja, siapa yang belum ambik lagi UNGS, silalah ambil dengan Prof Hikmatullah sebab beliau sangat best. Sekian iklan tamat. Okay. Lepastu terjumpa lah contengan yang aku rasa agak berguna nak share dengan korang yang sudi membaca. Aku lukis ni masa Prof aku tengah cerita pasal kebaikan makan buah sebelum makan nasi.

Penerangan gambar: Makan buah dulu, lepastu baru makan nasi dan lauk. Minum air 15 minit sebelum atau selepas

Buat sesiapa yang terlepas baca entri Hanis Zalikha yang latest pasal tips diet yang paling mudah, cepat, sihat dan gembira, silalah baca sekarang. Hanis kasi tips diet yang dia amalkan dan salah satu tips tu berkaitan dengan contengan:doodle aku dekat gambar di atas. Hanis siap lukis gambar dalam perut lagi sebab nak explain pasal bagusnya makan buah dulu sebelum makan nasi. Huhu. Aku tak boleh lawan lukisan Hanis.

Macam trend sekarang ni di mana-mana pun, kita buat buah tu jadi pencuci mulut selepas makan. Ikut gaya western. Padahal Nabi dah ajar dah kena makan buah dulu. Nabi pun banyak pantang larang masa makan dan ada etika diet sendiri tau. Silalah baca untuk mendapat tips diet yang terjamin. =)

Makan buah elok bila perut tengah kosong, bukan waktu perut dah penuh berisi makanan sebabnya kalau kita makan buah bila perut dah kenyang, dia akan membuat sistem dalam perut kita menjadi kacau. Akibatnya boleh menggemukkan badan kita dan buat kita kurang tenaga. Kalau siapa yang selalu ada masalah perut suka berbunyi bila lapar, sila isikan perut dengan buah dulu. InsyaAllah elok semua untuk sistem.

Ok. Marilah beramal dengan 1 tips yang mudah ni demi menjaga badan kita. Sayangi tubuh badan kita walaupun ianya cuma pinjaman. Sekian. Selamat Malam. ^_^

17 comments:

  1. ok.buah sgt bgs.i got it.mkn buah b4 mkn ns an??
    akn diikuti.insyaAllah;)

    ReplyDelete
  2. cuci mulut dengan buah sebelum makan.
    yes.

    ReplyDelete
  3. boleh juga datang jumpa joe
    die pon pakar dalam diet2 ni
    heheee

    ReplyDelete
  4. guddd info! basuh buah before makan buah.hehe
    then makan nasi jangan minum air :D

    ReplyDelete
  5. joe nk suruh makan herbalife la tu.hehe

    ReplyDelete
  6. @anis bagus anis.sgt baik utk sistem penghadaman kite

    @dude ye.cuci sebelum,bkn slps mcm western =)

    @joe haha.boleh2 pomot herbalife tp aku belom mampu la nak menjoinkan diri dalam hidup herba lagi.mahaiiii sgt

    @cheno betul2.makan nasi xelok sulam ngan air.cepat benak

    @munsyi haha.tau xpe.bisnesman kene la promot.tp den xmampu laie.hihi

    ReplyDelete
  7. Copp. prof hikmatullah slalu sruh student present kan? randomly.

    ReplyDelete
  8. bagus2, makan buah dulu ..ikut sunnah :-)

    ReplyDelete
  9. lukisan comel + info bagus !
    heeee ;)

    ReplyDelete
  10. aku da gumuk sbb tak jaga kesihatan la neh.. huhuhu

    nways.. Allah da bg pinjam kita badan dlm bentuk paling sempurna.. nnt apabila kembali kepadaNYA.. badan kena dipulangkan dlm bentuk yg sempurna jugak.. yakni sihat. =)

    ReplyDelete
  11. hmmm...tips yang bagus...bee mkn nasi dulu baru mkn buah...ok.bee bc sebuah buku motivsi sepatutnya perlu minum selepas sejam mkn...bee ingat slalu..tapi bee tak tahan...minum aja tak sampai sesaat.hehehe...:D

    ReplyDelete
  12. ok since this is info on diet, sy taruk link dr entri carl.baca k, ni pn bagus sbb slama ni kita fikir lain pdhal....

    http://carlsamsudin.blogspot.com/2010/04/agenda-agenda-yahudi.html

    ReplyDelete
  13. haha.. actually dah amik ungas tyme cfs ag.. tapi sampai sekarang tak tau apa result kitorang.. muahaha

    ReplyDelete
  14. guna doodle & hand drawing, dua2 comel. u are talented mili :)

    ReplyDelete
  15. @suraya ha'ah..mmg kne present je asik2.spontan lak tu.tp best dgn die.sempoi je.

    @zikr betul2.sunnah yg mudah utk diikut

    @nurul hihi.tenkiuk2.mane ade comel pon.doodle dlm clas je =P

    @jard yep,betul sgt2.kite kne jge bdn kite elok2 sbb Allah dh bg kite bdn yg sempurna =)

    @bee mkn nasi baru mkn buah mmg trend skrg tp tu western punye,xelok =)

    @chopie wow,thanx a lot dear.sumpah xpnah tau pn info tu.i like soya very much.kire kne stop minum soya la ni?

    @syahmi haha.gile lame tgu result.xmasuk gpa ke weh?

    @ween mana ade lah ween.buruk je doodle tu.just hv fun.btw thanx okay =)

    ReplyDelete
  16. thanks mili.ouh mngalami mslh kegemukan skrng ni.sad sad

    ReplyDelete
  17. aku amek ungs 3 ngna hikmatullah tu short sem...tp mcm mmenakutkan jer....tiap kali kelas nk kene prepare notes plak

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)