Tuesday, May 19, 2009

It's All About Journey Of My Life - Contest Joegrimjow

MyEm0.ComAMARAN : ENTRI NI PANJANG GILAMyEm0.Com


Seperti yang terpampang dekat atas, entri ni aku tulis sempena contest Joe. Joe cakap, tulis memori yang kamu ingat sampai sekarang. Aku ada banyak memori. Joe tak cakap pun kena tulis 1 je memori. Siapa yang minat, silakan baca.

MyEm0.Com -Mukaddimah- MyEm0.Com
#1 Kanak-kanak
#2 Remaja
#3 Dewasa
#4 Tua

Peringkat hidup manusia ada 4. Aku rasa sekarang ni aku berada di peringkat ke-2. InsyaAllah kalau panjang umur, sempatlah sampai ke peringkat ke-3 dan 4. Wainna aku sangat rindukan kehidupan aku di peringkat yang pertama tu sebab di situlah kehidupan aku bermula. Di situlah aku mula belajar mengenal dunia. Dan di situ jugak banyak tercipta kenangan indah yang masih kukuh terpahat dalam ingatan aku untuk aku ceritakan di sini.

Jom jom ikut aku naik time machine. :) Vroom.Vroom. Vroom.

MyEm0.Com TADIKA - Cikgu nak bakar mulut- MyEm0.Com


Zaman kanak-kanak aku penuh dengan benda baru. Maklumlah, saya budak baru belajar, kalau salah, tolong jolokkan. Hehe. Semua benda baru nak bermula. Masih ku ingat detik pertama dihantar ke tadika, menangis bagai orang meroyan sebab nak balik rumah, sampai cikgu aku fed-up sangat kot, dia ambik mancis dan nyalakan lalu cucuh ke mulut aku.

Walaupun dia acah-acah je, tapi pedih tak terkata. Nasib tak terbakar baju tadika berkotak-kotak kecil tu (Tadika Kemas). Tapi, bagus tindakan cikgu tu sebab lepas tu aku dah tak berani menangis nganga luas-luas dah. Silap-silap dia masukkan mancis dalam mulut, tak ke naya aku? Dan cikgu tu pun naya jugak? Ish3. Sampai sekarang aku ingat kenangan nak dicucuh mulut dengan mancis tu. Wuwuwu.


MyEm0.Com SI NAIF 6 TAHUN - Kahwin tu apa? Mengandung tu apa?-  MyEm0.Com


Aku ni anak bongsu. Seawal umur 5 tahun, kakak aku kahwin. Memang waktu tu aku innocent gila, tak tahu apa makna kahwin. Tau-tau je lepas tu perut kakak aku dah bulat macam ada benda, aku jakun gila pergi belek perut kakak aku. Diorang cakap dalam tu ada bola, memang aku percaya dan tak pernah terfikir perut tu boleh kempis dan bola bertukar menjadi bayi. Ajaib betul. Aku pernah try letak bola dalam baju tapi bola tu tak bertukar pun. Sedih je. Umur 6 tahun aku dah bergelar seorang Achu. =)


MyEm0.Com DARJAH 1 - Bila 1 sekolah dengan abang sendiri- MyEm0.Com

Pengalaman pertama masuk ke sekolah. Masa darjah 1, yang bestnya, aku ke sekolah dengan abang aku sebab dia jadi cikgu ganti kat situ. Abang aku baru lepas STPM masa tu. Rasa bangga pun ada jugak bila ada abang hensem yang digilai kakak-kakak darjah 6. Masuk je toilet, bersepah-sepah nama abang aku dekat dinding. I LOVE USTAZ SHAUQI. USTAZ HENSEM. Haha. Abang aku pulak memang suka buat lawak dan tunjuk trick magic murahan dengan duit syiling and macam-macam lagilah. Tu yang student suka kot.

Tapi yang tak best bila ada abang 1 sekolah ni ialah bab kantoi. Masa darjah 1, aku dah berjanji dengan mak nak puasa penuh. Tambah-tambah pulak dapat duit raya ikut bilangan hari puasa, memang semangat lah aku. Tapi, dah petang-petang, letih, nampak pulak ada kawan makan koko crunch dengan minum air ribena. Terliur jugak nafsu puasa aku. Kawan aku ajak join sekali makan di bawah pokok kat belakang kelas tu.

Hari pertama dan kedua aku berjaya tipu mak aku dengan buat-buat letih. Tapi hari ke-3, nasib tak begitu baik. Abang aku lalu jalan belakang nak ke motor dia. Aku nampak dia dari jauh, nak menyorok pun tak boleh. Walaupun waktu darjah 1, ketinggian aku cuma 118cm, tapi dia tetap nampak aku dan tersengih-sengih kat aku. Memang kantoi busuk lah. Musnahlah harapan nak duit raya penuh. Menyesal jugak tipu puasa. Tapi pengajaran lah. Lepastu tak berani ponteng puasa dah. Kalau ponteng pun, bersebab. Hihi.



MyEm0.Com PERISTIWA HITAM - Diragut rantai- MyEm0.Com


Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah masa darjah 3. Kakak dan abang aku nak balik asrama sebab baru lepas raya haji. Mak suruh aku pergi kedai belikan diorang roti untuk bawak balik asrama. Aku sebagai adik yang baik pergilah bersiap nak ke kedai.

Aku pergi kedai kayuh basikal sorang-sorang. Tapi bila dah namanya raya ni, tak ada kedai yang bukak lagi. Semua masih bercuti. Diorang pun tak habis lagi makan daging korban agaknya. Aku ronda 3-4 kedai yang aku selalu pergi, semua tutup padahal dah pukul 10 pagi.

Aku pun main pusing-pusing basikal aku dekat area kedai tu banyak kali dengan harapan kedai tu akan dibukak tapi hampeh. Aku pun balik dengan kecewa sebab roti yang dikirim tak berjaya dibeli. Jalan yang aku lalu tu agak sunyi, tambah-tambah time pagi. Cuti pulak tu.

Siapa orang kampung aku tahu lah jalan yang ada titi kecik nak lalu ke sekolah agama rakyat tu. Waktu tu, di lorong yang sunyi dan panjang tu, cuma ada basikal aku sorang je. Dan tak lama lepas tu, terdengar bunyi motor yang macam slow motion dari belakang aku.


Sejak aku pusing-pusing dekat kedai tadi aku macam dah terperasan ada 1 motor ni macam mundar mandir banyak kali. Tapi aku tak syak apa-apa langsung. Walaupun aku dengar bunyi enjin motor tu makin dekat. Memang dia betul-betul ikut belakang basikal aku.

Tiba-tiba ada suara garau memanggil, "Adikkk!" Aku pun pandang lah kat suara yang panggil tu, dalam sekelip mata je, dia tarik rantai aku lepastu tolak basikal aku jatuh dalam semak. Dalam 5 saat je aku rasa kejadian tu berlaku. Motor tu terus bawak laju macam pelesit. Dah tak ada slow motion macam tadi.

Bila jatuh tu, aku terus blur. Apa dah jadi sebenarnya. Lama jugak aku dok fikir. Ya, aku diragut rupa-rupanya. Sakit direntap rantai kat leher, ditambah dengan ditolak dalam semak, ditambah lagi dengan basikal yang menghempap aku, Tuhan je yang tahu sakitnya waktu tu. Tapi aku tak menangis. Mungkin nervous shock. Mungkin sebab aku masih bingung. Duit yang nak beli roti tu pun dah berterabur kat atas jalan.


Esoknya, buatlah laporan polis dan tunggu segala prosedur bagai. Dalam seminggu kot, aku dipanggil ke balai untuk buat kawad cam. Apa yang lekat dalam ingatan aku, peragut tu mempunyai suara garau dan muka hitam bersama senyuman yang menakutkan dan menunggang motor kapcai cabuk jenama apa entah. Masa disuruh kawad cam, semua lelaki yang ada hitam-hitam belaka. Macam mana nak tentukan? Aku cuma berumur 9 tahun masa tu. So, aku tak dapat cari siapa peragut rantai aku tu. :(

Sejak kejadian ragut tu, aku dah tak pernah pakai barang kemas sampai sekarang. Bila tengok emas, aku jadi tak minat. Fobia kot. Dan yang paling menginsafkan, aku terus pakai tudung start darjah 3, yakni, lepas kejadian tu. Sebelum ni aku cuma pakai tudung kat sekolah je. Insaf terus. Semua yang jadi ada hikmahnya. Tuhan nak ajar aku sesuatu, mungkin.

MyEm0.Com 2003 - Kakak kesayanganku meninggal dunia- MyEm0.Com

Teman sepermainan aku masa kecik ialah arwah kakak aku. Kami sangat rapat. Jarak umur 2 tahun. Arwah lahir tahun 1987. Baju raya kami selalunya sama warna dan banyak barang yang kami kongsi bersama. Jarak umur yang dekat buat aku lagi suka main dengan dia berbanding dengan kakak yang lain. Dia tak sama macam kanak-kanak biasa. Dia kanak-kanak istimewa. Arwah kakak lahir tak cukup bulan dan perkembangan dia agak terencat sikit berbanding dengan orang normal. Tapi dia boleh buat semua benda sendiri. Badan dia pun normal. Cuma ada kurang sikit je dari kita yang normal ni. Ujian Allah. =')

Bila aku makin membesar, aku jadi makin renggang dengan arwah kakak. Tambahan pulak aku belajar di sekolah asrama, jadi aku cuma berjumpa dia waktu cuti penggal saja. Dia pulak jadi peneman mak dan abah di rumah. Dia tak sekolah sebab bila makin meningkat besar, dia ada masalah saraf. Selalu jatuh dan pengsan di sekolah. Selalu kancing gigi. Jadinya mak abah decide biar dia belajar kat rumah je, senang nak jaga.

22.9.2003. Aku tak pernah sangka kakak akan pergi seawal tu. Dia meninggal disebabkan jatuh di bilik air dan kepala terhentak kat mangkuk tandas. Waktu tu aku di asrama. Meraung-raung aku sebab tak sempat berjumpa arwah buat kali terakhir. Dan tak sempat aku nak mintak maaf atas sikap-sikap kasar aku selama ini. Lepas arwah meninggal, Mak ada cakap "Tak apalah Tuhan tarik nyawa dia awal. Ada hikmahnya. Kalau dia dah besar nanti dan mak pun dah tak ada, bukan ada adik beradik yang sanggup jaga dia dalam keadaan dia macam tu."

Pilu betul ayat Mak tu. Memang aku menyesal sebab tak menghargai arwah kakak di saat-saat akhir hidup dia. Aku harap arwah kakak dah maafkan segala dosa aku pada dia. Apapun, aku sentiasa doakan arwah, moga roh dia tenang di sana dan ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah. Dan aku ambik pengajaran yang mana kita yang sempurna ni, jangan sesekali pandang rendah pada kanak-kanak istimewa kerana mereka memang insan yang istimewa yang dihantar Allah untuk menguji kita. Allahuakbar.

Ok habis dah. Menjejeh air mata aku nak siapkan entri ni. Huhu. Siapa yang berjaya baca sampai habis memang gigih. Setakat itu je lah. Kalau nak ceritakan semua, kena buat novel lah pulak. Heee. Jom ikut aku naik time machine untuk pulang ke tempat asal. Aku dah join ni Joe, tak menang pun tak apa, yang penting aku puas hati dapat share beberapa memori yang paling aku ingat dalam hidup setakat ni. Sekian. Terima kasih pada yang sudi membaca. :)

62 comments:

  1. kekeke
    siap adew gambo lagi
    mecey2
    nanti ku update yekk

    ReplyDelete
  2. Berjaya jgk baca sampai abis... tp hidup kamu penuh dgn kecomelan... cuma part yg last tu.... Allah sayangkan kakak kamu tu... setiap org ada kisah sedih n kisah gembira masing2... klu sy, sy x msk kot contest ni... sbb kisah silam sy x best n sedih... malas pikir...
    haha... semoga kamu menang

    ReplyDelete
  3. pnjg sgt lahh..
    sori xdpt bace abeh..huhu
    akan dismbg nnti ea??huhu

    ReplyDelete
  4. joe,
    jgnla tolak markah sbb lukisan aku huduh..hehe

    bro john,
    thanx bro sebab sudi baca..hidup ni memang penuh dengan ujian kan..cuma,xboleh halang prsaan sedih bila teringat kesedihan tu

    fadhli,
    it's ok..dah xtau mcm mana nak pendekkan..mungkin akan try edit2 balik lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. Pitstop 2, 4, & 5 best. alamak ... terlebeyh sudeyh huhu. But pitstop 5 paling menyayat hati walaupun yang 4 tu pon ada elemen tu. May be die terlalu rindukan adik die.

    ReplyDelete
  6. comey aja lukisan nya ..
    ok la .
    anis baca sampai abes td .

    ReplyDelete
  7. bu boyz,
    mmg milo gune banyak kekuatan utk tulis pitstop no 5 tu..bukan senang nak tulis..berjurai2 air mata ni teringat kat arwah..thanx ye :)

    anis,
    hehe..lukisan nak ekspresikan ape yg dirasakan..tp xbrapa nak sampai sbb lukisan buruk..thanx sbb sudi bace :)

    ReplyDelete
  8. dewasa-adult

    orang tua-elderly

    :)
    ~aku belum baca lagi..panjang sangat..

    ReplyDelete
  9. yeah..thanx betulkan grammar tu..aku amek perkataan maturity n old age tu dari google..mls nk betulkan dah..
    :)

    ReplyDelete
  10. ok..done already..hehe
    nice story..huhu

    ReplyDelete
  11. thanx yah sebab sudi habiskan baace..harap2 dpt pikat hati joe,,nak brg man u..dpt baju sehelai pun jadila..ngeee :)

    ReplyDelete
  12. bedarah idung bace.. lenkali wa bace.. baru wa komen. ish..

    ReplyDelete
  13. knape nak bedarh idung lak?pjg sgt eyh?t aku edit balik ah

    ReplyDelete
  14. huhu.. xpayahlo.. biar je.. kan lu nak mnang baju tu.. nanti pos a skali kat wa hadiah baju tuh.. senang.

    ReplyDelete
  15. oh ya, sebut psal skolah taayah ni wa teringat satu cite..


    lenkali wa cite..

    ReplyDelete
  16. adey trauma kn ragot.Gud Luck!:D

    ReplyDelete
  17. ehehe..comel entri neh.. gud luck!

    ReplyDelete
  18. ohh, sangat chumel;)

    sy berjaya abeskan! \(^o^)/

    ReplyDelete
  19. aku berjaya jugak hbs baca walaupun sbanaqnya aku nak exam pg nanti..hahha..aku plg sdh part kakak sbb aku kenai..huhu..n aku pon xsempat jumpak kakak wat kali terakhir sbb aku exam waktu tu..doa kat aku exam pukui 2 waktu mesia satgi..alfatihah utk kakak..

    ReplyDelete
  20. wowowoowww..beshh lar~mili, aku x join g..act ade idea nak wat tp tah lar..aku takot!!wakakaa..tp kalo aku x masok hop ko menang..yahuuu!!boley share2 adiah..kan hek3

    ReplyDelete
  21. entri ini sangat sweet. gud luck! ^_^

    ReplyDelete
  22. giler best..! buatla novel... buatlaa.... haha
    "Diary kehidupan Milimilo si choki2"
    haha..

    Weit..ko leh ingat lagi ketinggian ko time darjah 1? hebat2...

    dan lukisan2 ko..guna paint? hebat2..
    comeyll!! =D

    ReplyDelete
  23. berjaye aku bace smpi abes..pjg gler...

    suke2..hepi je bace..tp yg last tu xla epi..

    sedih..Allah lebih sayangkan die..

    ReplyDelete
  24. wah, kak mili sgt rjin
    :D
    manis nk rjin tpi nk exm da.
    klau fndtion pn kantoi ssh la :')

    ReplyDelete
  25. aku adelah antare yg gigih itu!! hihi!

    ReplyDelete
  26. out of topic--> mne de best.. besa2 je bro pnye entry..sumenye rapuan je.. pe yg etrlintas di fikiran bro..tue la yg akan bro pahat di blog nie..

    ops harap xde la yg terkena kat milo ek.. bro tahu kamu pun bz study.. cam brostudy2 pun..kat blog tetap addict gile..sehari xberblog mahu cam gilew sekejab..

    dengan kamu pun bro xdpt nk spend masa untuk mengenali kamu... bro bz dgn koje n study lg.. enth bile nk habiskan study nie..tgl projek paper je nie..then abis dah

    ReplyDelete
  27. wa..mcm2 pengalaman betul :P
    berjaya gak baca smpai abis..hee

    alfatihah untuk arwah kakak milimilo

    ReplyDelete
  28. erm nice story..

    al-fatihah wt si arwah..

    ReplyDelete
  29. bgs ler..siap da gmbr..
    smga menang..hehe

    ReplyDelete
  30. dengan bangga xuen baca sampai habis
    al fatihah buat kakak kepada milimilo

    ada chance menang ni

    ReplyDelete
  31. kak mili kak mili.
    dari kecik comel rupanya. :D
    ish takut je kena ragut.
    kakak kite pun penah.
    nway, al-Fatihah untuk arwah kakak kak mili.

    ReplyDelete
  32. bole thn gak milo melukis..hehe
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  33. cik mili, cantekk gmbor enchek joe kamo edit.. akakakaka.. :D
    panjang betol story..

    ReplyDelete
  34. hahaha masuk ye content en joe tuh..

    ReplyDelete
  35. uiiitttt...panjang nyer citer dia....
    x penat ker menaip dik oiittt??
    nie mesti case x der keje kn...
    ahakkssss... :)

    ReplyDelete
  36. yaey aku berjaya abeskan..eh makin ramai yang masuk contest nie..gerun plak aku nak masuk..syre x menang..hoho..

    ReplyDelete
  37. pagi dah baca.. smbg petang.. smbg mlm.. ni baru abis..

    suka sgt baca karangan kamu, lebih2 lagi ada lukisan yg cute miut tu.

    ReplyDelete
  38. aq pon pnah kne ragut..
    heheh. jhat en org cmtu..

    part last tu sedeyh la yunk..
    huhu.

    ReplyDelete
  39. part yang last tuh sedey. moge beliau sentiasa dirahmati. :)

    ReplyDelete
  40. fuh. huhu. satu hari 5 perenggan. hari ini abes juga.

    cume ak bersimpati ngn kakak ko. mmm. dhla br pulang dr melihat org menghembus nafas terakhir td. phtu bace part ni lak. mmm. takot

    ReplyDelete
  41. diragut time usia muda? mmg bwk impact la smpi skng..mesti trauma kan awl2 tu..same with me tp kejadian ngn flasher...trauma tu..

    tak skngka ada kakak istimewa..meninggal sebab apa ye? hope sbr, Allah lebih sygkan dia...
    yg penting kita doakan kan?

    ReplyDelete
  42. ha...gambar baru?


    jaket ko macam pijama lah..


    haha

    ReplyDelete
  43. ahahha cumil jep sis mili ne ouh!!
    neway,,nurul gigih an?coz dpt
    abeshkn gk mmbce entri sis milo!!
    huahhaha :DD
    apepon,,al-fatihah untok arwah akak
    sis mili..ngee~XD

    sis mili amatlah cumil...kui3 :P

    ReplyDelete
  44. Panjang gila.

    Jadi aku just tengok gambar yang comel comel je. Lain aku skip.

    Takpe aku tau kau tak marah.
    Sebab aku dah comment ni. ;P

    ReplyDelete
  45. eneti ni mmg smart.
    kamo mmg rajin la cik mili.
    huhu.. sedih bace tentang arwah kakak kamo. erm..

    ReplyDelete
  46. Wah,menarik entry milo.Siap ada pit stop.hehe.

    Semoga menang ye ;)

    ReplyDelete
  47. N i suggest u publish a novel bout urself ;)

    ReplyDelete
  48. gigihnye aku...tak sangka btol....hadoih....ada harapan leh menang nieh..

    ReplyDelete
  49. meletoppppppp!!

    tompang lalu =)

    ReplyDelete
  50. panjang gile..
    tak tahu bila aku boley baca..

    apa2hal,
    joe, bagi dak ni menang ye..cambest jek en3 dia.....

    ReplyDelete
  51. selesai..
    betul macam kisah hidup anak drama tuh.. hee~

    al-fatihah buat arwah kakak kamu..~

    ReplyDelete
  52. tahniaahhh!

    entri ni menarik.
    sempat lukis-lukis lagi yer,
    hhhihi..

    ReplyDelete
  53. tahniah! n3 kamu ini menang.
    no wonder menang sebab n3 ni mmg menarik.

    ReplyDelete
  54. Hye...
    Salam..
    ku habis membaca kisah ini.
    tak panjang rasanya kerana aku begitu asyik membaca.
    first n3 aku baca hari ini dan mungkin juga terlalu lewat tapi kusuka cerita ini..
    santai dan bersahaja.
    babak akhir mujur kisahnya pendek.
    jika dipanjangkan lagi, pastinya airmata membasahi..

    anyway, tahniah ok..
    pemenang tempat ke-3..

    **feel free to come to my blog**

    ReplyDelete
  55. comel tol citew bdk2 kamu..sesuai ngan kamo yg comey..ahaks,
    Nyway takziah atas pmergian kakak kamu..
    Moga Allah sntisa memberkati diew.
    Tahniah ya sbb mng contest..ahaks

    ReplyDelete
  56. kenapa aku baru jumpa entri ini???....

    ReplyDelete
  57. wah. pengalaman yang tersangat comel laah. hehe. akhirnya berjaya jugak ku baca denagn gigih dan semangat walaupun telah diberi amaran awal
    *entri ni panjang gila*
    tapi x pe. panjang jadi pendek jugak. haha

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)