Thursday, January 28, 2010

Fuji Instax Mini 7 For Sale, Interested Anyone?

1. Lightweight and compact, the stylish instax mini 7 goes anywhere. 
2. Operation is easy — simply check the LED exposure indicator and press the shutter, a beautiful credit card-size instant color photo is ready in minutes — sharp and clear! 
Free Delivery For Those Who Purchase Above RM450
RM10 Rebate With Every Purchase of RM350 and above 
Camera (Manual Book, Strap, 4 AA Battery & Warranty Card from Fujifilm Malaysia) + 1 box of Fuji Instax Mini Film 
Price; White Pink / White Blue ; RM278
Price; All White / All Chocolate ; RM318
If you are interested, do contact Saffa at saffawati@gmail.com and visit her website for details here:
http://saffawati.com/fuji-instax-mini-7-for-sale-ready-stock/
Hurry up before it's too late. The picture size is as standard as business card size. This camera is from Japan. First come first serve basis. =)

Monday, January 18, 2010

Belajar Kerana Exam

QUOTED from my lecturer:
"study for the purpose of knowledge, not for the purpose of exams"
Disebabkan terlalu banyak cuti masa bulan 12 haritu, sem ni rasa cepat je berlalu. Minggu ni sudah masuk minggu mid-term exams. Jumaat ni dah start mid-break. Lepas cuti seminggu, ada sambungan test lagi. Hidup yang hectic bakal bermula selepas cuti. Bersiap sedia jelah. Weekend haritu dah habiskan masa di library cover tajuk yang masuk untuk test. Malam ni nak cover mana yang terlepas pandang. Apapun, nak sangat minggu ni berlalu cepat. Tak sabar nak balik rumah. Yeay.


Ini adalah to-do-list saya setakat ini. Cuma 5 benda je yang dah settle daripada kerja-kerja yang tersenarai tu. Yang lain tu sedang menunggu turn. Gila banyak ah. Tak apa. Chillax. Huhu~


Meja study saya nampak begitu tulus mulus bersih suci bukan sebab baru berkemas, tapi memang saya tak study di meja study. Lebih selesa di katil.


Ini bukan saja-saja sepahkan sebab nak masukkan gambar dalam blog tapi memang tak sempat kemas lepas bangun pagi tadi, overslept punya pasal. Haha. Sumpah sepah gila.


Lihat gambar atas. Comel kan. Okay. Esok ada quiz. Kena hafal benda ni. Jom hafal sama-sama.

Ini rujukan untuk simbol di atas.

That's all. Bye-bye-bye-cycle. ;)

Friday, January 15, 2010

Nama ALLAH Untuk Semua


Kita ni memang sensitif dan baik hati. Orang Melayu Islam di Malaysia ni dah lama sensitif dan tak pernah mengabaikan perasaan kaum bukan Islam di negara ni. Kita susah-susah sensitif untuk diorang tapi diorang telah mensensitifkan kita.

Cuba lihat lagu negaraku kita. Kalau kita tak fikir pasal kaum bukan Islam yang nak nyanyi jugak lagu ni, pasti lagu tu dah jadi macam ni.

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahgia,
ALLAH kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
dan juga rukun negara kita. Alah. Yang 5 benda tu. Kita guna Tuhan untuk semua. Cuba kalau macam ni.

Saya ingat yang 5 tu.
1. Kepercayaan kepada ALLAH
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

Aku yakin semua non-Muslims akan protes taknak nyanyi lagu negaraku dan ingat rukun negara kalau Tuhan diganti dengan Allah. Jadi, kenapa mahu guna kalimah Allah tu sekarang?

Tapi kalau ada non-Muslims yang nak sebut untuk kefahaman dia dan nak mencari hidayah, tak apalah. Doa jelah mereka terbuka hati menerima Islam macam mana penerimaan pada nama Allah tu.

Haritu aku ada quoted ayat dari 1 blog ni iaitu:
"People are putting a lot of value into the name "ALLAH" but none into Allah itself."
Ayat ni banyak timbulkan kontroversi pada orang-orang. Memang terbelit lidah kalau nak cakap pasal ni jadi ramai memilih untuk berdiam diri je. Tapi diam tak semestinya setuju. Sekian. =)

Tuesday, January 5, 2010

Disebabkan Ini adalah Sebuah Blog, Dan Bukanlah Sebuah Diari yang Boleh disimpan di Bawah Bantal


Jadinya, aku tak bolehlah luahkan semua benda dekat blog ni sama macam aku tulis dalam diari. Sebabnya, diari tu rahsia. Blog ni pulak, public. Perasaan menulis juga sangatlah lain. Isi kandungan diari sangatlah rahsia sampaikan bila diari tu kantoi ada orang baca, memang akan rasa gundah gulana sangat. Hihi.


DIARI:

"Weh, tadi aku baca diari kau, banyak kau kutuk aku"
"Gila kau, apasal curi-curi baca diari aku, berdosa tawu!!!"

BLOG: 
"Weh, tadi aku baca blog kau, kutuk aku nampak."
"Bacalah, aku memang saja kutuk kau untuk kau baca."
Dulu aku suka tulis diari. Habis je sekolah, terus bakar semua diari-diari tu. Sebab bila baca balik, rasa macam berdosa je sebab banyak sangat kutuk orang, banyak sangat luahan perasaan tak puas hati, banyak sangat rahsia yang orang lain tak patut tahu. Heee. :B

Masa mula-mula tulis blog, aku buat blog macam diari. Memang teruk gila cara penulisan aku. Asyik guna bahasa yang tunggang terbalik, menulis dengan emosi yang tak terkawal, semua benda nak cerita secara detail. Memang aku tak tahu apa-apa pasal etika berblogging walaupun blog ni kategori blog personal.

Tapi tak lama lepas tu baru aku sedar, blog ni public. 1 dunia boleh access. Aku tak sedar apa benda yang aku tulis di internet boleh jadi bahan bukti. Walaupun aku dah menyesal dan delete, masih ada yang boleh baca, mungkin akan copy, save dan forward pada orang lain.

Sekarang ni, blog ni masih lagi dok cerita hal peribadi aku. Cuma lebih berlapik sikit lah dan tak terlalu dalam. Apa yang aku luah pun ada batasnya. Heee. Tulis blog memang best cuma aku rasa aku memerlukan diari lah pulak. Sebab banyak benda yang aku rasa nak luah tapi aku tak boleh cerita dekat blog ni. Atau mungkin aku perlu create 1 blog yang private atau tukar url yang tak ada siapa tahu sebagai jalan terbaik. Dah bengkak dah sebab terlalu banyak memendam. Sigh.

Lagipun kan, tulis blog ni banyak risiko kalau tak pandai kawal. Rasanya buat masa ni, aku masih dalam keadaan terkawal. Blog aku sopan kan? Aku rasalah. Kalau diari aku kurang sopan sikit. Hehehe.

Contoh isi kandungan sebuah diari yang boleh disimpan bawah bantal, contoh je lah tapi. Diari aku yang sebenar bukan macam ni ye sebab aku dah lama tak tulis diari. Ini cuma diari imaginasi dari aku. Kehkeh.

Pssst: Ini semua sebab period yang tak datang-datang lah ni, asyik moody je. Blergghh. ;(