Sunday, March 7, 2010

"Kalo abis solat subuh, kita tidur lagi, rejekimu itu ilang dipatuk ayam"


باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan"
Siapa yang dah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 2 mesti tahu ayat dekat tajuk ni diambil dari skrip cerita tersebut. Hehe. Kalau yang belum tengok KCB 2, boleh tengok dekat minit ke 20.

Aku suka gila part ni. Tergelak-gelak aku doh. Mana tak nya, Mak si Azam ni reject perempuan tu jadi menantu dia cuma sebab perempuan tu tidur balik lepas Subuh. Katanya perangai tak elok. Lepas tu keluarlah ayat
"kalo abis solat subuh, kita tidur lagi, rejekimu itu ilang dipatuk ayam"
Janganlah jadi lampi sangat okayyy. Bukanlah maksud dia kalau tidur balik lepas solat subuh, rezeki kita kena patuk dengan ayam. Tapi maksudnya nak cakap rezeki tu hilang macam tu je sebab pintu rezeki tertutup. Rezeki jadi mahal. Pernah tengok tak ayam patuk makan macam mana? Laju gila kan? Hah, macam tu lah rezeki tu hilang contohnya.

Bila dengar Mak si Azam tu cakap macam tu, aku bukan lah gelak sebab lawak yang lawak tu. Tapi, rasa macam eh, terasa lah. Memang aku ni tak layak nak jadi bini oranglah nampaknya kalau semua mak mentua reject calon menantu yang tidur lepas subuh. Huhu. Jadinya, memang dah dapat gambaran yang tidur lepas subuh tu memang sangat tak elok kan.

Kenapa tidur lepas subuh tak elok?

- Pagi waktu bermula untuk ambil rezeki yang Allah turunkan
- Waktu yang elok untuk baca Al-Ma'thurat
- Takut terlepas buat Solat Sunat Dhuha
- Kemungkinan untuk terlajak sampai tengah hari tu tinggi
- Nanti rasa malas sangat nak bangun.
- Terlepas sarapan, kan dah mahal rezeki jadinya.

Nak bangun Subuh tu sendiri banyak cabaran dia. Pernah dengar tak yang orang Yahudi takut kalau orang Islam mampu berkumpul seramai jumlah solat Jumaat masa solat Subuh? Memang susahlah kan.

Cara tak nak bagi tidur selepas solat Subuh

- Betulkan niat dan berazam taknak tidur lepas Subuh
- Masuk tidur awal, jadi boleh bangun awal dan tak rasa mengantuk dah.
- Mengaji atau baca buku atau siapkan kerja sekolah.
- Mandi. Brrr. Sejuk gila.
- Jogging.
- Masak sarapan.

Aku pun selalu tidur lepas subuh. Sebabnya setiap malam asyik berjaga, memanglah pagi-pagi rasa mengantuk kan. Tapi, tabiat ni boleh diubah. Macam mana nak ubah? Paksa diri. Okay. Selamat pagi semua. Selamat mengambil rezeki. =)