Aku tak tahulah aku sorang je ke yang ada habit ni, iaitu suka menconteng dalam buku atau notes time lecturer mengajar. Memang takkan jumpalah buku-buku atau notes aku yang bersih dari contengan kemengantukan/kebosanan. Hihi.
Tadi sajalah aku belek-belek buku UNGS 2 (subjek sem lepas) sebab tiba-tiba teringat dekat lecturer aku yang baik hati bagi aku A untuk subjek ni padahal aku dengan SitiZulaikha selalu gila tak datang kelas beliau. Pesanan penaja, siapa yang belum ambik lagi UNGS, silalah ambil dengan Prof Hikmatullah sebab beliau sangat best. Sekian iklan tamat. Okay. Lepastu terjumpa lah contengan yang aku rasa agak berguna nak share dengan korang yang sudi membaca. Aku lukis ni masa Prof aku tengah cerita pasal kebaikan makan buah sebelum makan nasi.
Penerangan gambar: Makan buah dulu, lepastu baru makan nasi dan lauk. Minum air 15 minit sebelum atau selepas
Buat sesiapa yang terlepas baca entri Hanis Zalikha yang latest pasal tips diet yang paling mudah, cepat, sihat dan gembira, silalah baca sekarang. Hanis kasi tips diet yang dia amalkan dan salah satu tips tu berkaitan dengan contengan:doodle aku dekat gambar di atas. Hanis siap lukis gambar dalam perut lagi sebab nak explain pasal bagusnya makan buah dulu sebelum makan nasi. Huhu. Aku tak boleh lawan lukisan Hanis.
Macam trend sekarang ni di mana-mana pun, kita buat buah tu jadi pencuci mulut selepas makan. Ikut gaya western. Padahal Nabi dah ajar dah kena makan buah dulu. Nabi pun banyak pantang larang masa makan dan ada etika diet sendiri tau. Silalah baca untuk mendapat tips diet yang terjamin. =)
Makan buah elok bila perut tengah kosong, bukan waktu perut dah penuh berisi makanan sebabnya kalau kita makan buah bila perut dah kenyang, dia akan membuat sistem dalam perut kita menjadi kacau. Akibatnya boleh menggemukkan badan kita dan buat kita kurang tenaga. Kalau siapa yang selalu ada masalah perut suka berbunyi bila lapar, sila isikan perut dengan buah dulu. InsyaAllah elok semua untuk sistem.
Ok. Marilah beramal dengan 1 tips yang mudah ni demi menjaga badan kita. Sayangi tubuh badan kita walaupun ianya cuma pinjaman. Sekian. Selamat Malam. ^_^