Sunday, June 17, 2012

27 Rejab: Israk Mikraj Mukjizat Terbesar





Lirik Perjalanan (Israk Mikraj) - Hijjaz In-Team UNIC Mestica

Hening malam gelap yang membungkus desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil membangunkan Rasul dari tidurnya
Jibril berwajah putih bersih bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha Buraq menawan tujuh petala membelah

Langit perak bertatahkan bintang bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan dipamerkan tiap pembalasan
Dipertemukan dengan nabi-nabi diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya hanya keimanan yang membenarkannya



Assalamualaikum. Alhamdulillah harini 27 Rejab tiba lagi, tarikh terjadinya peristiwa besar Israk Mikraj pada tahun 622M dulu. Tahun yang dinamakan tahun dukacita disebabkan Rasulullah SAW kehilangan bapa saudara kesayangan, Abu Talib, dan isteri tercinta, Siti Khadijah. 

Disebabkan terlalu bersedih pada tahun tu, Allah SWT telah hadiahkan mukjizat terbesar kepada Rasulullah, iaitu Israk Mikraj, perjalanan dari Mekah ke Palestin dan naik ke Arasy untuk bertemu dengan Allah. Dalam perjalanan ni, Rasulullah diperlihatkan dengan bermacam suasana, gambaran, semuanya bukti kebesaran Allah.

Semasa di langit ke-7, Rasulullah ada ternampak seorang lelaki yang sangat mirip dengan baginda. Rupanya, itulah Nabi Ibrahim, moyang Rasulullah. Nabi Ibrahim sempat sampaikan salam kepada ummat baginda. Dan di langit ke-7 jugaklah Rasulullah melihat syurga dan neraka dan bertemu Allah di Sidratul Muntaha.

Kalau kita baca kisah Israk Mikraj ni, terlalu banyak benda yang sangat tak tercapai dek akal. Rasulullah ceritakan semua pengalaman ni supaya kita boleh ambil pengajaran dari kisah-kisah yang ada. Bila Rasulullah melihat ke dalam neraka, ada banyak perempuan di dalamnya. Dan bila baginda melihat ke dalam syurga, banyak orang miskin di dalamnya.

Daripada situ, kita dah boleh ambil pengajaran, yang mana, seorang perempuan mudah nak masuk ke neraka, jadinya perlu elak buat perkara-perkara yang dilarang Allah dan taat selalu sebab yang sebenarnya, perempuan mudah nak masuk syurga.

Dan juga, orang miskin mudah nak masuk ke syurga sebabnya di dunia ni mereka dah diuji untuk sentiasa bersabar dengan kekurangan dari segi harta. Sebab apa orang kaya susah nak masuk syurga? Sebab terlalu leka kejar harta duniawi. Harta bila makin banyak, makin rasa tak cukup. Dan semakin banyak harta dikumpul, semakin lupa nak tunaikan tanggungjawab bayar zakat harta atau bersedekah. Sesungguhnya, setiap harta yang diperoleh di dunia ni, Allah akan hisab satu-persatu dari mana datangnya sumber harta tu. Halal atau tidak?


Memang sangat terharu dengan pengorbanan Rasulullah naik turun bertemu Allah semata-mata mahu ringankan bilangan waktu solat yang difardhukan kepada kita, ummatnya. Walaupun Nabi Musa cakap, "5 waktu pun umat kau tak mampu buat, pergi mintak Allah kurangkan lagi" Rasulullah jawab, "Aku dah malu dengan Allah. Aku redha."

Solat akan jadi perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti disebabkan wahyu perintah bersolat ni disampaikan terus kepada Rasulullah tanpa perantara, nak tunjukkan betapa tingginya nilai solat di sisi Allah.

Solat tu sangat istimewa. Bila sempurna solat, yang lain pun akan sempurna. Bila kita solat, itulah masanya kita nak bercakap dengan Allah, mengabdikan diri sepenuh hati pada DIA. Jadinya, jagalah solat kita. Solatlah dengan penuh kusyuk. Hargai pengorbanan Rasulullah.


 
Selepas peristiwa Israk Mikraj ni, ada banyak reaksi yang diterima bila Rasulullah cerita semula apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Kita perlu jadi macam Abu Bakar As-Siddiq. Sentiasa membenarkan apa yang diperkatakan Rasulullah. Jangan jadi golongan yang selalu mempertikaikan dan mencari logik sesuatu. Sebabnya kuasa Allah tu diluar logik akal manusia. Kita cuma perlu taat dan jadikan cerita ni untuk kuatkan lagi iman kita dan percaya dengan kewujudan Allah.

Ada sahabat yang menyuruh Rasulullah menceritakan bagaimana rupa Allah, sebagai bukti Rasulullah dah berjumpa dengan Allah. Rasulullah bagitahu yang Allah tu takkan pernah sama dengan apa yang boleh difikir oleh akal manusia. Apa-apa sahaja yang boleh dibayang dan difikir manusia, itu bukanlah Allah sebab Allah takkan pernah sama dengan satu apa pun makhluk ciptaaanNYA.

Walaupun kita tak dapat bayangkan macamana rupa Allah, tapi kita sentiasa tahu kewujudan DIA. Buktinya sangat banyak. Berdoalah moga kita dapat bertemu Allah di akhirat nanti. Moga kita tak termasuk dalam golongan yang dimurka Allah dan golongan yang Allah memalingkan wajahNYA dari kita. Nauzubillah.


Setiap tahun kisah Israk Mikraj diulang diceritakan berkali-kali tapi kalau tak terkesan di hati, tiada gunanya juga. Banyak natijah yang kita boleh ambil dari peristiwa besar Israk Mikraj ni dan diaplikasikan setiap waktu. Salah satunya adalah sebagai pendorong untuk tetap terus menjadi kuat menghadapai ujian di dunia.

Rasulullah itu kekasih Allah. Allah boleh beri kehidupan yang mudah kepada baginda kalau DIA mahu. Tapi kenapa tidak? Supaya kita, ummatnya, boleh belajar sesuatu daripada sikap baginda yang tak pernah putus asa walau diuji bertalu-talu dengan ujian yang maha dahsyat.

Apapun yang terjadi di dunia ni, percayalah pada janji Allah dalam Surah Al-Insyirah bahawasanya di setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, InsyaAllah. Kita bersusah di dunia, tapi dapat bersenang-senang di syurga nanti.

Moga kita mendapat syafaat Rasulullah di mahsyar nanti. Salam sejahtera ke atas baginda serta ahli keluarga dan sahabat baginda seluruhnya. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain. Syukran lakum. Assalamualaikum. =)

 
 


Wednesday, May 23, 2012

Usaha Kunci Kejayaan, Malas Kunci Kegagalan


Usaha kunci kejayaan bermakna kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu, kita mesti berjaya. Ya? Oh tak semestinya macam tu. Ada jugak usaha yang tak berjaya. Tapi itu namanya ujian. Sebabnya, bila dah usaha, lepastu tak berjaya, adakah kita akan rasa nak give up? No. Kita makin rasa nak usaha dan kalau kita masih tak dapat apa yang kita nakkan tu, mungkin benda yang kita nak tu tak bagus untuk kita atau mungkin sebab kita dah dapat apa yang kita perlu.

Kunci yang sebenarnya adalah iman. Sentiasa letakkan kepercayaan yang tertinggi pada Allah bila kita usahakan sesuatu tu. Nak tahu kenapa ramai antara kita selalu kecewa? Sebab bila kita usahakan sesuatu, aimed kita cuma untuk benda tu je. Jadinya bila tak dapat, kita akan kecewa. Kita akan cakap "Aku dah usaha pun tetap tak berjaya. Allah memang tak adil." See. If we don't have faith in Allah, we will be sad when things didn't go as we planned and we always looking for something to blame.

Hidup ni adalah ujian. Jadinya, kunci untuk menghadapi ujian tu adalah dengan usaha. Kalau kita malas, memang kita terus akan gagal. Bayangkan kalau Rasulullah tak berusaha, rasa malas dan terus give up bila apa yang nak disampaikan tak berjaya, adakah Islam akan berkembang macam sekarang?

Malas tu adalah bila rasa taknak buat sesuatu sebab taknak rasa susah. Orang malas cuma mahu bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa. Malas adalah penyakit yang cuma boleh diubati dengan usaha saja. Usaha untuk jadi rajin. Bila kita rasa nak buat sesuatu yang baik tu, teruskan buat. Bila kita fikir banyak sangat, last-last nanti mesti tak jadi nak buat.


21 May - Environmental Law
26 May - Land Law 1
27 May - Land Law 2
7 June - Usul Fiqh 2
8 June - Public International Law 2
9 June - Law of Trust
11 June - Law Attachment Program (3 months)

Tak tahulah kenapa jadual final exam sem ni disusun macam ni. Minggu ni, final exam dah bermula untuk warga UIA. Walaupun baru je habis kelas, presentation, assignment, second test, apa semua last week, tapi minggu ni tetap dah terus start final exam. Ya, UIA takde revision period.

Taknak complain apa. Mahu jadi student yang bersyukur. Cuma, mohon supaya pihak UIA boleh susun jadual final betul-betul dan bagi je revision period dekat student untuk sem akan datang. It's a win-win situation. Student takde benda nak stress dan boleh perform well in finals. InsyaAllah. =)


Boleh dikatakan, this semester is the toughest one ever. Habis je sem ni nanti, terus start praktikal. Habis je praktikal nanti, terus masuk sem baru jadi final year student. No more holiday. Whoa.

Pernah jugak terfikir nak quit study law few times. But then it kept me thinking again, any course pun susah. I just need to be a tough person. Keep on fighting. Never give up. May Allah helps me to go through this.


#1 Rewards based on efffort, not result.
#2 We can't control the result we get, but we can control our effort.
#3 You want to earn that A.
-by aimanazlan90-



Semoga berjaya kepada semua warga #UIABest. Good luck ya? Eh, we don't need any luck right? Hee. Just pray for the best.

Oh ya sekarang kita dah dalam bulan Rejab. Lagi 60 hari je nak ke Ramadhan. Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Selamat mengqada' puasa atau selamat puasa sunat. Semoga kita semua dapat jumpa Ramadhan tahun ni. =)

Sunday, April 29, 2012

Perihal @DenaBahrin: Selamat Pengantin Baru. Barakallah.




Hampir 5 bulan yang lepas, ada 1 video bertajuk "I've been proposed" dari Dena Bahrin yang jadi fenomena dekat alam maya ni bila mana ramai orang yang share dan cakap betapa sweet dan terharunya tengok video tu yang tunjukkan kisah Dena di-proposed tiba-tiba oleh seorang jejaka and masa tu Dena baru umur 19 tahun. Lepas buat istikharah, Dena buat keputusan nak terima, kahwin pilihan keluarga dan buat parents dan ramai orang happy.

Memang lepas tengok video ni, rasa macam, wah awesomenya di-proposed tiba-tiba. Bertuahnya. Muda lagi pulak tu. Rasa nak nangis pun ada tengok orang yang tak bercinta terus kahwin. Macam Farah Lee dengan Ally Iskandar. Macam cerita-cerita cinta dalam novel. Macam zaman mak ayah kita dolu-dolu. Hee. Dena adalah antara orang yang ditakdirkan Kahwin Muda oleh Allah SWT. Dan, video sweet Dena ni siap ada parodi lagi. Tajuknya: I've been dumped. Amboi. Kelakar tapi.


Disebabkan video "I've been proposed" ni jugaklah, setiap kali dengar lagu "A Thousand Years" dari Christina Perri, mesti akan teringat Dena. Kira dah macam jadi official lagu Dena lah pulak kan. Hee. Dekat radio pun pernah ada DJ yang mention pasal video sweet ni sebelum mainkan lagu "A Thousand Years". So, siapa Dena? A Thousand Years's Girl. Heee.

More about Dena Bahrin

"Love after marriage will be more awesome and full with barakah" - True that. You are one lucky girl Dena. =')

Dan tarikh 28 April 2012 akhirnya, gadis bertuah ni dah selamat dinikahkan dengan jejaka yang bertuah jugak. 2-2 bertuah sebab dapat masing-masing. Moga-moga Dena dan Encik Suami, Ariff, dapat memulakan alam rumahtangga yang dipenuhi dengan barakah dari Allah, insyaAllah. Ramai sangat yang mendoakan diorang berdua sebab yelah, sumpah sangat mengundang kebahagiaan je kan bila tengok kan?
"no matter what, you'll always be our darling daughter dunia akhirat." - mak & abah
Alala, luluh hati tengok. Rasa nak nangis jugak bila tengok gambar ni. Tahniah Dena. Selamat menjadi isteri dan ummi solehah. Memang rasa jeles tengok Dena kahwin, tapi tahu, Dena kahwin sebab jodoh dia dah sampai. Allah dah tetapkan. Lagipun, Dena dah layak kahwin sebab Dena sangat matang.

Aku ni mana layak nak kahwin lagi. Takdenye orang nak berkenan kalau perangai masih macam kanak-kanak. Duh. Heharap berjaya matang dan boleh belajar dari Dena, mintak tips dari Dena. Sebab Dena dah kahwin, tips Dena bagi rasa valid sikit sebab based on experience, bukan based on pendapat semata. Heee. =)
"Macam tula org tak bercinta kahwin, dah nak hbs photoshoot baru reti relax nak pepegang tangan. Ya Allah awkward dia...."
Awh, tengok gambar ni lagilah. Comelnya malu-malu. Tengok Dena dengan Ariff ni tetiba teringat dekat Anna Altafunnisa (Oki Setiana Dewi) dengan Mas Khairul Azzam (Kholidi Asadil Alam) dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih. Hihi. Comel kan? Alaaa, nak kahwin jugak. Wuwuwu.



Gambar memalu Dena and hubby ni curi dari instagram Iman, bestfriend Dena. Heuheu. Iman dah update full entri dekat blog pasal hari nikah Dena. Silalah pergi baca ye. Tumpang happy untuk Dena. Sumpah rasa happy tengok gambar kahwin Dena. Indahnya perasaan bercinta lepas kahwin ni. Kalau orang yang tengok pun rasa happy, apatah lagi orang yang rasa sendiri kan?


Dena sangat comel dan cantik dan semuanyalah. Dia ada satu aura positif yang bila tengok Dena, rasa macam tertarik je. Dena bukan je inspired ramai orang untuk bercinta lepas kahwin, kahwin muda, tapi style Dena pun sangat inspiring.

Bila tengok Dena, rasa macam tak mustahil langsung untuk bergaya sambil tutup aurat dengan sempurna. Tengok lah Dena boleh je pakai baju yang bergaya at the same time tutup aurat, masih tetap awesome kan?

Sumpah rasa malu dengan diri sendiri bila tengok gaya Dena. Tapi, setiap orang diberi peluang untuk improve diri masing-masing. InsyaAllah harap-harap bila ramai yang ter-inspirasi dari Dena ni, makin ramai yang cuba ubah diri untuk jadi better. Sebab tu lah manusia perlukan manusia lain untuk bagi inspirasi. =)



Tutorial pakai tudung bawal bidang 45 tapi masih boleh tutup dada elok-elok dari Dena. Comelnya video ni. Suara pun comel. Selalu kan tudung bawal bidang 45 pendek dan jarang, tapi sebenarnya ada je cara untuk pakai tudung ni betul-betul. Kan lagi sejuk mata memandang macamni kan. Thanks a lot Dena. May Allah bless you always sebab tunjukkan cara untuk jadi better. Doakanlah. InsyaAllah. =')


Tutup aurat dengan sempurna tapi bergaya. Gaya yang simple tapi amazing. Tak mustahil, bergantung kat diri sendiri mampu ke tak nak buat. Dena dah buktikan boleh je Muslimah + simple + fashionable. Ayuh kita, stay pretty inside out. :D




Sempena birthday Dena yang ke-20 bulan lepas, ada hadiahkan doodle card dengan bantal kecik. Ok sangat kartun. Dahlah diri ni tak matang, pastu bagi benda kartun bajet macam Dena pun tak matang jugak. Padahal Dena matang dah. Kartun lah kau sengsorang Mili. Heee. Ni kira birthday last Dena sebagai anak dara bujang. Lepasni celebrate birthday dengan husband, mesti romentik. Hihi.



Sejak Dena dah masuk UIA Gombak ni, rajin jugaklah berjumpa kejap-kejap dengan dia. Dena ambik course BENL - Bachelor of Human Sciences (English Literature and Linguistics). Setiap kali jumpa Dena mesti rasa nervous. Segan sebenarnya sebab Dena memang sangat matang k. Rasa macam Dena pulak yang macam kakak. Hee.



Selalu kacau Dena, Whatsapp memalam ke pepagi. Sweet tahu Dena ni. Tapi sekarang taknak dah kacau Dena. Dena dah kahwin. Rasa diri macam ter-left-out gila. Wuwu. Best Whatsapp dengan Dena sebab rasa macam disayangi. Heee.

And Twitter Dena adalah yang paling best sekali untuk di-stalk. Banyak sangat inspiring words/quotes. Memang siapa nak cari inspirasi, boleh cuba stalk tweet Dena. *kantoi selalu stalk*







Semua best. Banyak yang inspiring. Banyak sangat. Sampai kekadang tu, favourite tweets penuh yang dari Dena je. Rasa nak fav semua. Senang save macamni boleh nak refer balik nanti kan. :D



InsyaAllah datang kot wedding 1 May nanti kalau takde apa-apa halangan. Teringin jugak nak tengok depan mata Dena pakai baju pengantin. Heharap dapatlah jumpa pengantin walaupun pengantin busy. Tak dapat jumpa, tengok dari jauh pun okay dah. =')

Apapun, Dena dan Ariff dah selamat jadi suami isteri dah. Lepasni boleh berdating secara halal dah ke mana-mana. Tak sabar nak tengok baby diorang. Hehehe. Semoga dapat bina keluarga yang comel dan bahagia sampai Syurga. Aminnn.

Ustaz Hasrizal pernah cakap, pengantin baru digalakkan berdoa moga-moga orang-orang yang bujang yang datang ke walimah tu pun dapat bertemu jodoh jugak nanti. Moga Dena dan suami doakan kitorang yang bujang ni jumpa jodoh kitorang jugak ya nanti. Heee.





Sekarang kita tunggu tuan punya badan update blog pula ya. Tak sabar nak tengok. Makin ramai la yang jeles nanti. Makin ramai la yang rasa nak kahwin. Hihi. Dena Bahrin, you are truly an inspiration. Love you. =')

~Barakallah~
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

Thursday, April 26, 2012

Big Big Big Family Portrait


Ohana means family and family means nobody gets left behind or forgotten. True that. Kita tak boleh nak pilih siapa keluarga kita, tapi kita boleh sayang keluarga kita dan hubungan ni takkan putus sampai bila-bila because we are related by blood.

Bila terdetik dalam hati rasa tak bersyukur dengan keluarga yang kita miliki sekarang, cuba muhasabah diri balik. Ingatlah yang Rasulullah kesayangan kita adalah anak yatim piatu sejak lahir yang tak pernah rasa langsung nak bermanja dengan ibu dan ayah. Kalau kita ada keluarga tapi keluarga kita serba kekurangan ke, jangan pernah bandingkan keluarga kita dengan orang lain. Belajar hargai dan bersyukur. =)


Godek-godek album lama lepastu jumpa gambar-gambar lama keluarga ni lepastu terasa makin rindu-rinduan pada Mak dan Abah dan semuanya. Mak is my inspiration and Abah is my hero. Love them both. Without them, tak wujudlah aku harini. Seorang anak wajib doakan ibu bapa setiap hari. Tak kisahlah masih hidup ataupun dah meninggal.
Rasullullah SAW bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. -Riwayat At-Tirmizi.-


Potret famili ni masa aku belum lahir lagi. Masa ni, arwah abang aku masih hidup. Arwah abang meninggal tahun 1991, masa arwah Tingkatan Enam (19 tahun). Arwah meninggal sebab lemas kat Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu waktu lawatan sekolah ke sana. Masa tu aku baru 2 tahun. Belum sempat nak kenal arwah abang. Tapi daripada apa yang diceritakan, arwah abang tersangatlah baik orangnya. Tu yang Allah sayang arwah dapat syahid akhirat confirm masuk Syurga. Apapun, moga roh arwah sentiasa tenang di sana dan selamat dari siksa kubur.


Inilah the only gambar yang cukup kumpulkan semua adik-beradik masa ni. Tu pun sebab hari raya. Masa ni aku dah ada sorang anak buah. Dan masa ni arwah kakak masih hidup.  Arwah kakak meninggal tahun 2003, masa umur 16 tahun. Masa tu aku Form 2 dan aku dapat berita kakak meninggal masa aku kat sekolah asrama. Meraung jugaklah aku masa tu sebab tak dapat jumpa arwah untuk kali terakhir. Arwah kakak adalah kanak-kanak istimewa. Aku pernah cerita dulu kat sini. InsyaAllah arwah dijamin Syurga.

Arwah meninggal lepas seminggu koma sebab terjatuh dalam bilik air dan kepala terhantuk kat mangkuk tandas. Arwah adalah kawan sepermainan aku sejak kecik, kawan bergaduh, kawan bergurau senda, kawan bersembang, kawan semuanyalah. Kitorang share bilik sama-sama. Baju raya pun selalu warna sama. Apa yang aku dapat, selalunya aku akan share dengan kakak and vice versa. So, aku lah yang paling terasa sekali bila dia dah takde tapi aku dah redha. =')

Mati muda dan mati kemalangan, 2 benda ni memang yang paling kita takutkan sekali, tapi inilah yang aku dah tengok jadi pada arwah abang dan arwah kakak. Jadinya kena selalu bersedia menghadapi kematian sebabnya kematian tu memang datang tak disangka-sangka. Selalu berdoa moga pengakhiran hidup kita nanti dalam keadaan yang baik dan tak mengaibkan. Moga kita semua dapat husnul khatimah. Amin.


Gambar-gambar kahwin 6 orang kakak aku. Aku tak jumpa gambar kahwin abang aku. Kiranya sekarang dah 7 orang yang selamat kahwin. Tunggu abang aku yang sorang lagi tu kahwin, lepastu insyaAllah turn aku pulak. Kalau sempat kahwin, InsyaAllah.

Setakat 7 majlis perkahwinan yang ada dekat rumah aku ni, takde sorang pun yang bersanding atau ada majlis bertepung tawar semua tu. Keluarga aku tak buat majlis bersanding. Pelamin ada cuma untuk bergambar je. Mak Abah cakap, zaman dulu masa diorang kahwin, ada majlis bersanding sebab ikut adat orang dulu-dulu. 

Tapi sekarang ni dah dapat pendedahan yang bersanding bertepung tawar tu tak elok dibuat dalam Islam, buat apa nak ikut kan. Lagipun, sesebuah ikatan perkahwinan tu adalah suci. Janganlah cemarkan majlis dengan campurkan dengan benda yang makruh atau pun haram. InsyaAllah boleh dapat redha Allah. InsyaAllah. =)


Aku pernah cakap dulu dalam entri Hari Guru 2011, dalam 9 beradik, 7 orang kerja sebagai pendidik. Agaknya darah pendidik memang dah mengalir sejak azali ke apa aku pun tak tahu lah. Dan aku sendiri pun memang minat nak jadi cikgu. Manalah tahu nanti tiba-tiba dekat Malaysia ada Sekolah Undang-Undang, bolehlah aku apply mengajar dekat situ. Huhu.

Dalam ramai-ramai, Mak adalah sumber inspirasi aku. Aku selalu rasa teruja dengan Mak. Kenapa Mak awesome sangat boleh lahirkan anak ramai. Kan ke bersalin tu sakit. Kenapa Mak tabah sangat besarkan anak-anak yang degil dan garang ni. Lepastu sekarang Mak jaga cucu-cucu pulak. Mak kenapa kuat sangat?

Aku pernah ada impian nak jadi macam Mak. Mak jadi surirumah, aku pun nak jadi surirumah. Mak jadi tailor, aku pun nak jadi tailor. Semua benda yang aku pandai jahit dan masak sekarang ni, semuanya Mak yang ajar. Aku nak belajar semuanya dari Mak selagi mana boleh. Aku nak duduk dengan Mak, jaga Mak, nak manja dengan Mak. Mak is the best Cikgu yang aku pernah jumpa. Moga Allah lindungi Mak sebab Mak is The Number One for Me. =')


Dan setakat Hari Raya 2011, ahli keluarga aku semakin bertambah. Usia pun makin bertambah. Aku sedar hakikat yang bilangan ni takkan kekal selamanya. Perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Walaupun Allah tarik nyawa arwah abang dan arwah kakak masa muda, dan walaupun ahli keluarga ni makin bertambah, aku tak pernah lupa pada arwah yang dah pergi dulu. Sebab tahu nanti semua pun akan ikut jejak ke alam sana. 

Aku perlu kuat untuk hadapi apa jua kemungkinan. Apa yang Allah dah tetapkan, itulah takdir yang terbaik. Doa yang paling penting adalah semoga semua ahli keluarga kita dikumpulkan semula di Jannah. Bila dah makin besar, terasa tanggungjawab makin besar jugak. Makin kuat kena berusaha supaya semua ahli keluarga kita dapat keredhaan Allah. InsyaAllah moga Allah bagi kekuatan. =)




Alhamdulillah setakat ni Mak Abah dan semua adik beradik sihat walafiat dan syukur sangat dikurniakan keluarga besar yang meriah macam ni. Tahun ni umur aku 23 tahun dan aku dah ada 23 anak buah. 9 lelaki, 14 perempuan.

Aku sekarang ni di tengah-tengah antara adik beradik dan anak buah aku. Adik beradik aku semua dah dewasa. Anak-anak buah aku pulak, semuanya kanak-kanak. Aku terkontang-kanting sorang-sorang kat tengah. Aku takde kawan umur dekat-dekat sebaya dalam keluarga ni. Walaupun aku tergantung di tengah-tengah, aku tetap sayang semuanya.

Cumanya, aku tak mampu nak sayang semua orang sama rata. Takkan ada orang yang mampu sayang semua orang sama rata. Ada orang yang perlu dapat lebih priority. Rasulullah pun sebut suruh sayang ibu 3 kali lepastu baru ayah. Sekarang ni aku faham perasaan Mak Abah yang ada anak ramai. Mak Abah sayang semua cuma tak mampu nak sayang sama rata, yang penting, tetap sayang kan.

Alhamdulillah dah terubat dah sikit rindu pada semua ahli keluarga. Cintai yang mencintai. Sayangi yang menyayangi. Moga kita semua hidup dalam lindungan-Nya. Renew our intention everyday. May Allah bless us all. =')


Moga-moga. InsyaAllah.