Akhirnya, baru hari ni aku ada kesempatan nak bercerita pasal Taaruf Week UIA intake 09/10. Dah lama dah habis. Tapi aku cuma nak highlight beberapa perkara iaitu;
#1 Intake kali ni bertuah sebab taaruf week cuma 3 hari tanpa aktiviti waktu malam. Semuanya sebab penyakit h1n1 yang dikhuatiri merebak kalau kitorang semua berkumpul dalam dewan lama-lama. Yeay.
#2 Aku, Eah dan Ika tak sempat mandi pagi untuk 2 hari program taaruf. Macam mana nak mandi, sister committee dah marah-marah sebab lambat untuk qiyamullail dan subuh. Kalau tengok muka dalam gambar, memang nampak suci je. Padahal bila dalam bilik, kitorang je tau muka siapa yang tak sempat mandi 2 hari. Haha.
#3 Muka aku tak masuk langsung dalam mana-mana kamera yang committee pegang. Padahal, setiap kali sister/brother committee yang pegang kamera dslr lalu, aku siap buat peace lagi sambil sengih-sengih. Tapi diorang tak nak tangkap gambar aku sebab aku tak tidur, terpaksalah syok sendiri dengan kamera handphone yang cuma 2 megapixel.
#4 Committee masukkan gambar budak-budak yang tidur dalam 1 slide namanya "Sleeping Beauty". Aku bersyukur takde langsung gambar aku dalam slide tu. Sebab aku memang tak tidur langsung dalam dewan pun. Aku cuma tidur time rector tengah berucap je. Hihi.
#5 Lastly, kalau ada committee yang baca blog aku, aku cuma nak bagitahu yang, slot KYKM (knowing you knowing me) tak best langsung. Sorry to say.