Wednesday, September 16, 2009

1Malaysia Malingsia

Layan lagu Siti Nurhaliza - Ketika Cinta


Aku letak lagu ni sebabnya Siti dari Malaysia dan pelakon-pelakon cerita Perempuan Berkalung Serban ni pulak dari Indonesia. =)

Hari ni 16 September, bermakna sudah 46 tahun penubuhan negara ni. Tapi tak disambut macam Hari Merdeka. Aku rasa tarikh hari ni pun penting jugak. Pak Najib taknak bagi cuti ke? Hehe.

Isu panas dalam kebanyakan blog sekarang ialah pasal isu Indonesia mahu ganyang Malaysia, mahu sweep orang Malaysia dari negara tu dan Malaysia ialah maling, sebab tu dipanggil Malingsia kerana tiada identiti original disebabkan banyak yang diciplak. Dah lama dah isu ni. Sejak dari tahun 2007 kalau tak silap. Tapi sekarang makin menjadi-jadi pulak.

Bagi aku, entahlah. Ada pro dan kontranya. 2-2 ada kelemahan, 2-2 ada kebaikan tersendiri. Bila difikirkan balik, rasa macam tak patut je nak bergaduh sesama saudara seMuslim. Kita dan mereka dari rumpun yang sama. Syaitan dan Yahudi boleh berpesta je la bila tengok Islam sendiri pun berpecah belah dan berperang sesama sendiri. Tak logik lah nak bergaduh pasal hal ni.

Kalau betul pun diorang nak serang Malaysia, tak perlulah rakyat Malaysia yang terlebih concern ni nak balas balik dengan cara yang serupa. Diorang maki, Malaysia pun balas maki-maki. Sampai bila nak habis? Lagipun, orang yang suka nak bergaduh dan mencarut-carut ni selalunya dari golongan yang IQ-nya rendah saja.

Dalam erti kata lain, orang yang berpelajaran takkan buat macam ni. Tak kisah lah dari bangsa apa sekalipun. Orang Melayu yang ber-IQ rendah sendiri pun banyak yang memalukan. Pelajar Indonesia dekat UIA ni semua baik-baik je aku tengok. Penatlah bergaduh berentam semua ni.

Marilah bermaaf-maafan sempena raya yang bakal menjelang ni. Okey? :)

1Malaysia pun ada banyak isu jugak sekarang. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tu boleh pakai ke? Kenapa setiap PM baru perlu ada tema masing-masing? Dulu Wawasan 2020, Islam Hadhari dan sekarang 1Malaysia. Ok. tak kisahlah nak ada tema masing-masing tapi pastikanlah perlaksanaannya tercapai. Jangan hangat tahi ayam je. Dah pencen nanti, projek pun terbengkalai.

Dan berhati-hatilah Pak Najib dengan 1Malaysia mu ini. Kaum lain yang juga penduduk Malaysia akan claim hak yang sama dengan orang Melayu. Macam tu, barulah betul namanya 1Malaysia. Hak istimewa orang Melayu yang disebut dalam  perlembagaan tu, kena tengok-tengok balik, mungkin kena ammend kot lepas ni. Amacam? Trapped.

Harapnya kedua-dua isu ni akan selesai untuk keamanan bersama, TAMMAT.=D

24 comments:

  1. rumit plak nak fikir psl ni..yg penting happy..
    happy ^.^

    ReplyDelete
  2. hehehe~

    ku nak gelak bila org cakap tentang 1Malaysia~ bukan apa, tapi kerana asas perpaduan itu telah lama terjalin.

    geram bila ada org fikir itu adalah sesuatu yg sangat baru~

    geram~ mau dushum je~

    ReplyDelete
  3. malingsia ??
    uhm ..
    kecoh je org indo nih ..
    mcm2 ..

    nnt raya tak gado dah kot.
    hahaa

    ReplyDelete
  4. smuga malaysia sejahtera sntiasa/.

    ReplyDelete
  5. dua2 tak boleh berkira sangat. kena bermaaf maafan di hari raya.hehe

    ReplyDelete
  6. tak faham kenapa org malaysia suka sgt lagu indon.

    bosan.

    semoga Malaysia sentiasa aman.

    amin.

    ReplyDelete
  7. bukan malingsia


    tapi malingsial..
    benci betul dorg ni..
    xphm betul kenapa dorg perlu bsikap mcm tuh..


    1Malaysia tu pn 1 hal lg..
    hurm..


    takot 1 hari nnt..
    mletus peperangan kt malaysia ni ngn negara sn tu

    ReplyDelete
  8. npe plak dowg nk gnyang kite..plek tol la...isu ni mg dr dlu g..tp ntah npe ntah..kite pn sesme islam kn..ap perlu gdo..emm,btw,milimilo,epy rye day..
    :)

    ReplyDelete
  9. ala, nk ganyang p0wn tp bersepah rkyat ind0n kt cni. cm hape~ da tuh wt cm tmpt d0wnk lak. kte lak rasa cm numpang ngara ownk! sadis sungg0h prasaan ini.

    ReplyDelete
  10. saLam~ xpelayg yg pNtiNg kita bRsikap NeutRaL jeRw... same2 seMUSLIM wat pe Nk gduh2 kN?? LgpowN ade seseteNgah(yg wat demoNstRasi Nk sweep tue) depa bukaN Nk wat sNgt pown,Depa xtau pape, owaNg byaR tue yg FoLLow je tue...aLa sume keje owaNg atasan, maiNaN poLitik biasela...^_^

    ReplyDelete
  11. sedih la bila jadi cmni..knp org dewasa sntiasa je mncari idea utk mnetuskn perbalahan?

    ReplyDelete
  12. nway, slamat ari raye.... 1malaysia hnye agenda utk mtup ppaduan yg krg ade kt mlysia ni... ~_~

    ReplyDelete
  13. 16 september also my birthday hehe..
    thanx for da wish...
    ^^

    ReplyDelete
  14. 1 malaysia??? haahahha ,, tun mahathir pon pena wat 1 nation.. tiru la tu..

    ReplyDelete
  15. patutnya dh negara berjiran sama2 tlg menolong, ni x...nk gaduh ada la



    #wow, mcm mn komen ni boleh ada avatar, smart :)

    ReplyDelete
  16. layan gak lagu ketika cinta 2...hee


    btw.slamat ari raya mili ;)

    ReplyDelete
  17. Setuju ngan kamu adik milo.... kenapa perlu salam 1Malaysia? Nak menujukkan yang kita ni majmuk? hehe last2 kita ni jd mcm minoriti.. ye la masing2 tuntut hak keistimewaan... Ingat... ini TANAH MILIK ORANG MELAYU... banyak org dh lupa hal ni... kadang2 tu pemimpin melayu sendiri... psl isu Indonesia... no komen... tp yg nyatanya mereka yg emo lebih....

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)