Sunday, September 20, 2009

Pergi Solat Sunat Hari Raya Tapi Tak Dengar Khutbah Raya






SHR. MZB. 0-0 YE.

Itu saja ucapan untuk semua. Hehe. Maafkan aku atas segala apa yang aku "ter" lakukan sepanjang perkenalan kita. Maaf lagi sekali atas kesombongan aku di dunia blog ni. Tiada manusia yang sempurna. Walaupun sekadar ucapan maaf rasanya tak mencukupi untuk menutup salah, tapi harapnya diampunkan ye. :)

Pagi raya memakai baju kurung berwarna ungu. Baru beli malam tadi. Raya kali ni pun biasa-biasa je. Meriah dengan makan-makanan dan badak badek yang pulang beraya bersama dengan anak-anak diorang.

Setiap tahun, aku tak pernah miss solat sunat hari raya kecuali kalau terpe'od tu apa aku boleh buat kan. Aku sebenarnya musykil sikit setiap kali raya menjelma. Kan ke setiap tahun ada 2 kali solat sunat raya, untuk Eid Fitri dan Eid Adha.

Apa yang aku perasan setiap kali, habis je Imam baca doa, ramai orang terus salam-salam, dan chow. Tinggal cuma separuh je dalam masjid tu yang tunggu untuk dengar khutbah raya. Yang lain tu semua dah tak menyempat-nyempat dah nak pergi kutip duit raya ke hape entah. Yang selalu buat macam ni selalunya budak-budak lah. Orang tua pun ada jugak. Bukan ke khutbah tu salah satu rukun solat raya? Kalau tak rukun pun, apalah salahnya dengar khutbah setahun sekali. Bukan selalu nak datang solat jemaah pun kan?

Sama jugak macam solat Jumaat. Kena dengar 2 khutbah baru lengkap rukun kan? Tapinya, selalu aku tengok lelaki-lelaki yang pergi solat Jumaat lambat gila, khutbah pun tak dengar. Macam mana lah tu kan? Haih, Musykil betul. Biarlah diorang kan.

Dan satu lagi isu, kalau hari raya jatuh pada hari Jumaat, orang kata solat Jumaat tu dah jadi antara sama ada kalau kau buat, bagus dapat pahala. Kalau tak buat pun tak apa sebab dah solat raya.

Tapi pendapat yang sebenarnya aku tak tahulah. Itu kena tanya pakar agama. Bagi aku, apa salahnya buat 2-2. Bukan selalu nak cari pahala lebih kan? Ramadhan pun dah habis apa salahnya.

Apa- apapun, ayuh kita bermaaf-maafan. Selamat beraya. Selamat memberi duit raya kepada yang layak menerima. Hehehe.







4 comments:

  1. ape yang budak yang dlm gambar no4 tu tekejutkan??? mcm tekejut teruk je tu haha

    ReplyDelete
  2. haha..itu anak buah mili..mate die mmg suke terbeliak camtu..heeee :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    setahu saya, tidak salah tidak mendengar khutbah raya. ia bukan penentu sahnya solat hari raya. so, x pe je nak balik. boleh cek dari kitab hadith.

    tapi yg pastinya walaupun perempuan itu datang bulan, masih diperintahkan pegi ke tempat solat, untuk melihat syiar islam. itu suruhan nabi.

    cuma kalu ikut sunnah solat raya perlu dibuat di tanah lapang.

    wallahu'alam~

    ReplyDelete
  4. Mmg la x salah....tp kan khutbah raya kan sunat muakad

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)