Friday, August 27, 2010

Macam Tahi




Tahi yang sihat datang dari tuan badan yang sihat.

Sihat kalau:

1. Berak hari-hari.
2. Warna tahi yang cerah.
3. Tahi tenggelam dan bukannya terapung-apung macam kapal selam.
4. Timbul tapi tak berbau.
5. Tahi yang bentuknya tak putus-putus keluar lurus elok.
6. ___________________________

Tahi pun ada macam-macam perangai jugak. Tapi perangai dia baik ke buruk tu, tetap datang dari tuan punya badan jugak. Buruk makan, buruklah akibatnya. You are what you eat. Sebab tu Allah sebut makan makanan yang BAIK dan halal. ;D

Aku sebenarnya paling tak suka bila sakit perut masa dalam kelas, atau bila dalam perjalanan berjam-jam dalam bas, atau bila tengah jalan-jalan kat shopping mall ke, mana-mana lagi tempat selain daripada kawasan toilet rumah. Tapi selalunya perut tu mesti nak meragam bila di tempat awam. Mengada-ngada betul. Kalau tahi tu jenis yang baik, yang sihat, tak apalah jugak. Nak-nak bila datang time sembelit ataupun cirit-birit, memang menyusahkan. Berak di rumah lah yang paling selesa dan aman sekali. Heee.


Tapi yang paling aku tak tahan perangai orang yang tak reti nak pam toilet lepas berak. Sumpah tak paham. Benda ni common sense kot. Kat hostel ni selalu jadi mangsa jumpa sisa buangan orang. Tak senonoh betul. Belajar tinggi-tinggi masuk U tapi kesedaran sivik FAILED. Memang perangai macam tahi!

Teringin nak tengok muka orang yang berak tak reti pam ni. Teringin nak interview dia nak tanya apa perasaan dia bagi hadiah najis kat orang. Proud sangat ke sampai tak nak pam. Heran sumpah heran. Kalau pam rosak sekalipun, ada je inisiatif lain. Contohnya tadah air dalam baldi pastu jirus le. Aiyoyo. T_T


Please don't behave like shit. Please. Jangan lah berperangai macam tahi. Pam selepas berak. Okay? Heh.



Sunday, August 15, 2010

Jatuh Cinta dengan Tumblr

David Karp - Tumblr inventor and founder 

Bukan jatuh cinta dengan David Karp. Tapi nak jatuh cinta dengan dia pun boleh jugak lah. Muda, hensem, kaya. Haha. 

Kan haritu aku ada cakap nak delete blog ni. Semuanya sebab Tumblr. Sekarang ni aku dah enak berblogging di Tumblr sampai aku lupa dah dengan blog ni. Tumblr sumpah memang the most awesome social network ever. Dahlah boleh support file .gif animation semua. Memang best sampai boleh buat terleka habis berjam-jam spend kat tumblr. Banyak sangat benda best untuk di-reblog. Thank you, David Karp. :D


Kenapa Tumblr lagi best dari blog ni?

- sebab tak ada yang marah kalau tak follow balik
- sebab tak ada yang benci kalau tak balas balik blogwalking dia
- sebab tak ada yang bising kalau update 20 entri sehari
- sebab tak ada yang merajuk tak reply balik komen dia
- sebab tak ada yang suruh klik Nuffnang
- sebab kalau reblog entri orang lain, takkan dichop sebagai copycat.
- sebab banyak doodles dan gambar best.
- bla bla bla.
Senarai banyak-banyak kang, merajuk pulak blogspot ni. Haha.

Url tumblr aku? Rahsia. LOL =D