Ini sampul doodle untuk Anwar dan Mat. Isi kat dalam terlupa pulak nak ambik gambar. |
Alhamdulillah harini, 17 Disember 2011, hari bersejarah untuk tahun ini sebabnya aku berjaya bertentang mata dengan 2 youtubers awesome yang jadi fenomena kat Malaysia ni, iaitu; Anwar Hadi dan Mat Luthfi. Macam mimpi je rasa. Rasa segan memula sebab join private event orang tapi nasib baik semua pun very welcoming, alhamdulillah. =')
Private event Luncheon ni sebenarnya anjuran family Anwar Hadi kat Reflesia Chicken Hut, The Mall. Macam mana aku boleh sesat kat event ni? Hah tulah rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat. Walaupun sangatlah tiba-tiba and last minit dapat invitation ni. Redah je datang walaupun malu. Aku ingatkan dapat jumpa Anwar je tapi rupanya Mat pun dijemput jugak. Tapi instinct aku macam tahu-tahu je Mat ada kat sini, tu yang aku sempat doodle untuk diorang berdua. Heeee.
[Caption gambar] Mat tengah korek tengok isi dalam sampul doodle yang aku bagi kat dia. Anwar pulak biarkan je sampul tu atas meja. Anwar pergi ke meja lain and terlupa nak ambik sampul doodle tu, so, aku simpan balik doodle tu dalam beg aku.
Last-last nak tahu apa jadi? Mat terhilangkan sampul tu. T_T *takpelah sebab tak penting pun isi dia* And Anwar pulak, ternampak sampul tu dalam beg aku, so dia mintak balik. Tak tahulah doodle Anwar tu masih hidup ataupun dah hilang jugak macam Mat. Heee.
Silap aku jugk sebenarnya yang pi bagi sampul tu awal-awal kat depa. Patutnya aku hulur masa nak balik. Tapi sebenarnya, bagus jugak kalau diorang hilangkan. Sebab doodle yang aku bagi tu buruk amat kes last minit punya pasal and aku rasa menyesal sebenarnya bagi doodle buruk macam tu kat orang. Lainlah kalau aku buat doodle yang cantik gila dengan 100% effort, and diorang 2 orang hilangkan, memang kecewa lah sikit. Hihi.
Anwar tengah sain autograp untuk aku dengan penuh ketekunan. Hehe. |
Mat pulak cakap yang dia tak pernah sain autograp so dia taktau nak tulis apa. Haih Mat ni tak reti dok diam habis goyang gambaq. |
Tudia Ini Anwar Hadi with new haircut (kot) He's a very nice and humble guy. Ada gaya future leader in Malaysia insyaAllah Amiinn. =D |
This is Pak Man aka Uncle @mansahoca Watak utama yang menjayakan event petang ni. Kalau tak disebabkan Uncle yang invite, mestilah tak merasa nak jumpa dengan anak dia yang awesome dan kawan anak dia yang loqlaq itu. Heee. Uncle sumpah sporting gila. Macam-macam cerita lah kitorang dengar dari uncle. Kuat melawak jugak. Haha. Sempoiii. Memang salute habis lah. Boleh dapat award "the coolest dad on earth". Hehehe. Boleh dikatakan, semua yang datang harini memang Uncle layan elok gila. Terharu. Thank you Uncle and Auntie. Really really appreciate this. :')
Dan dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. @MiraAhmad & @AqilaAini. |
Dari kiri: Sya Latif dan Hajar Fatini; student Form 2 yang menjadi admin kepada page "Kami Peminat IniAnwarHadi" Ok. Bila ambil gambar dengan budak Form 2, terasa diri menjadi tinggi. LOL. XD |
with Syafiqah. The only person yang mengaku pernah baca blog ni. Trimasss :') |
Anwar dan Mat dipaksa duduk atas kerusi supaya masalah "ketinggian" orang-orang pendek dapat diatasi. Hahaha. Muka terpaksa. Nampak dak. Aku sorang ja excited. XD |
Hai. |
Okbai last gambaq nak balik dah time ni. Thanks for the day. Muahaha. :D |
So, anyone yang free Ahad 18 Disember, jemputlah datang ke PWTC untuk berjumpa dengan Anwar dan Mat dan artis-artis lain dekat event pelancaran tv 1 Malaysia tu ya. K. Assalamualaikum. =)
http://milimilo.blogspot.com/search/label/inianwarhadi
http://milimilo.blogspot.com/search/label/matluthfi