Friday, July 29, 2011

Harimau Mengaum, Singa Mengeow. Eh? #HarimauMalaya



*Baca dengan nada Hasbullah Awang* Malam tadi jam 8:45, lebih kurang 90 ribu orang penyokong #HarimauMalaya telah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan perlawanan kedua pasukan Malaysia menentang Singapura pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil yang mana berakhir dengan kekecewaan iaitu 1-1 menjadikan Singapura berada di kedudukan 6-4 dan layak ke pusingan seterusnya. 

Terkebil-kebil lah semua penyokong Malaysia yang di stadium mahupun yang di rumah mahupun yang di kedai-kedai mamak semuanya kecewa. Nampaknya team #HarimauMalaya cuma mampu berangan jelah nak masuk World Cup kan kan. Hihi. Tapi apa pun nice try. Mungkin nak kena import player jugak kot? :P

Malam tadi menyaksikan macam mana masa 90 minit dibazirkan dengan aksi lakonan pemain-pemain Singapura. Yang ini memang serius mengundang kemarahan penyokong dan penonton. Asal kena rempuh sikit je, terus tergolek dok sampai tak boleh nak bangun punyalah lama. Sengaja gila lengahkan masa dan membuatkan team Rimau cuak.

Dan dan dan separuh masa pertama, Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) bukan Kentucky Fried Chicken Malaysia ye, juga dikenali sebagai Apex telah menyelamatkan gawang gol dari dirempuh sebanyak hampir 5-6 kali jugak. Rasanya kalau bukan Apex yang jadi goalkeeper, sure semalam dah bolos 4 bijik gol dah macam minggu lepas di Singapura. Haduuu.

Dan separuh masa kedua, Safee Sali berjaya membolos sebijik gol di gawang Singapoh. Nampaknya dalam team Rimau ni cuma Apex dan Safee je yang bersungguh. Yang lain tu K. Rajagobal kena kasi lempang sikit tambah-tambah yang kat bahagian pertahanan tu. Duh. Tak habis dengan ayat "saya kenal pemain saya" tu.

Err, sebenarnya aku bukannya minat sangat bola-bola ni. Tapi sejak Malaysia menang Piala AFF Suzuki tahun lepas terus aku terminat dan akan ambil tahu setiap match yang melibatkan team Rimau. Nak join mengaum jugak. Siap tahu semua nama player lagi. Selama ni cuma hafal nama player Man U je. Huhu.


Serius tertekan dan mendebarkan gila tengok game semalam. Nasib baik boleh kawal emosi lagi. Mencarut bukan budaya kita k. Kalau marah macamana pun, sila kawal diri ya.

Apapun, team Rimau dah cuba sehabis baik plus game semalam tak ada Safiq Rahim, Shahrul Idlan dan Aidil Zafuan tercedera awal pulak, tu yang nyakit sikit tengok. By the way, semalam S. Kunanlan memang power sebab dia lari laju gila dan banyak membantu team Rimau. Theee.





Skuad Singapoh yang very the Internationale.

Skuad Rimau very the nationale


Amirul Hadi dan Safee Sali menari di padang punca kekalahan rimau? TROLOLOL. Comel gila. :D


Uppsss, sorilah terpaksa pakaikan seluar panjang dekat u'olls semua. Tutup sikit kepala lutut tu. Aurat kan tu kan kecuali untuk Kunanlan. :P Moga satu hari nanti dapat tengok #TeamRimau tutup aurat time main bola. Aminnn.

Semalam antara pemain Malaysia yang bermain dalam skuad Rimau adalah Khairul Fahmi, Aidil Zafuan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, Amar Rohidan, S. Kunanlan, Abdul Hadi Yahya, Safee Sali, Mahalli Jasuli, Asrarudin Putra, Mohd Fadhli. Tak ikut sususan pun.

Pfftt, first time tulis pasal bola dekat blog. Rasanya #girlpower nowadays memang tak minat sangat dah Barbie apa semua yang girlish tu tapi more to kelasakan gitu. Haha. Selamanya Harimau Malaya. Okbai. Aummmmmm. XD

"If You're Ashamed To Stand By Your Colours, You Better Seek For Another Flag!"
~Mokhtar Dahari~



20 comments:

  1. haha kelakar pulak tengok gambar yang kata amirul hadi dan safee sali menari tu..padahal masa tengok kat tv semalam rasa cam smart je, serentak kot diorang buat..^___^

    ReplyDelete
  2. @nadiah
    haha. kelakar kan. dan comelll gila smlm. XD

    ReplyDelete
  3. kat singapore dah ramai pelakon rupanya kan cik milo?

    sbb tu adi putra dgn aaron kena carik makan kt sini. kehkeh


    takpe.ada hikmah kita kalah. He knows better :D

    ReplyDelete
  4. @jiranmafiarussia
    haaaaa tulah pasal. terbaek gila lakonan diorang. tak sangka rupanya ramai pelakon patutla aaron aziz n adi putra gv up nak blakon kt sane. haha.

    ReplyDelete
  5. CIKMILI ni dah boleh jadi pengulas sukan dah ni.*clapclapclap.

    tapi betul laaa.dulu tak pandang,tak kenal,tak nak ambil tahu pon team msia ni.but since piala suzuki tu,mmg chenta habissssss diorang ni. (lebih2lagiabamrajagobal) hahaha

    p/s:dudel sntiasa comeyyyyy. :)

    ReplyDelete
  6. katakan la malaysia layak ke pusingan seterusnya, lepas tu layak dan layak lagi sampai world cup brazil 2014.

    world cup 2014 tu berlangsung tgh bulan puasa weyh...

    nanti ada skandal ponteng puasa pulak.

    ReplyDelete
  7. erk barbie? tidakkk !!! haha. bangga dgn rimauuu aumm !

    ReplyDelete
  8. senang nak detect doodle kunanlan...hi mili!

    ReplyDelete
  9. @namaakulynn
    haha. tak boleh nak jadi hasbullah bawang sbb loveydoveydoo dah jd pengulas kat tweet tu. aha. just for fun. rasa cam best pulak bila cakap pasal bola sbb bola unite people kan. anyway thanksss lynnn. :D

    ReplyDelete
  10. @hanafijaafar
    ye tak ye gak kan. walaupun ada rukhsah tp mgu lepas yg bola start pukul 7 tu pn jadi isu yg diorang ni xsolat b4 game punca kekalahan.heee. kang kalau xpuasa, boleh jd punca kekalahan jugak kot :D

    ReplyDelete
  11. @Husna.Ma
    haha. barbie dan seangkatan benda yg girlish2. hihi. aummm jugak XD

    ReplyDelete
  12. @Lili Sakina
    hai lily. haha. agak ketara ye disitu keterangan kulit beliau. :P

    ReplyDelete
  13. walaupon msia kalah, ttp semangat penyokong msia itu ttp kuat.. ^^ teruskan menyokong pasukan harimau kita ye ^^

    ReplyDelete
  14. kalau msia lead & main kat spore agak-agak berlakon x? aku rasa ye..perkara biasa dlm bola sepak

    ReplyDelete
  15. @sara zainol
    yeah. kita ada harimaumalaya n harimaumuda so kena sentiasa sokong diorang mengaum :)

    ReplyDelete
  16. @Meck
    ha'ah kot. sbb before ni penah je jd case ni. bkn xpenah jd kan. :)

    ReplyDelete
  17. @saiazuan
    yeah true. so true. always support mesia. :)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)