Wednesday, August 3, 2011

Projek Ramadhan: 30 Hari Mencari Pahala Berganda




Alhamdulillah harini 3 Ogos 2011, sudah masuk 3 Ramadhan 1432. Sekejap gila masa berlalu kan. Sekejap je dah 3 hari, nanti tak lama dah 13 hari, lepastu dah 30 hari. Fuh, cepatnya. Tahun ni terasa kelainan dalam suasana berpuasa disebabkan dapat berpuasa sebulan di rumah. Sejak masuk asrama, dah 8 tahun tak dapat peluang macam ni. Terima kasih Pak Najib sebab bagi cuti sampai bulan 9 kepada semua pelajar IPTA. :)

Disebabkan tahun ni puasa dapat bersama Mak dan Abah, merasa lah jugak menjadi anak tunggal disebabkan badak badek yang lain semua dah nak dekat raya nanti baru balik. Waktu bersahur, berbuka, berterawih, semuanya bertiga orang saja. Alhamdulillah syukur. Harap-harap Ramadhan kali ni baik-baik aja.

Ada 1 hadis yang aku nak kongsikan, 
Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata: 
"Amin..Amin..Amin.." 
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda : 
"Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin (3x) ada apakah gerangan?"  
Kemudian Rasulullah memberikan keterangan sebab:  
"Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : 
"Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan (puasa), kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadhan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauhkan diri darinya, maka katakanlah : Amin" 
Kemudian aku mengaminkannya.  
"Dan barang siapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan Amin" 
"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan shalawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan "Amin" (H.R Ibnu Hibban didalam kitab shahihnya 3:188).




Sempena Ramadhan ni juga, disebabkan aku cuma duduk di rumah saja, hobi nak melukis tu, mulalah datang balik kan. Lepastu terinspirasi daripada 30 Doodles OSM Ramadhan, makanya aku pun nak cuba buat juga 30 Doodles tapi versi aku sendiri lah kot.
Credit to OSM

Doodle aku tak semantap OSM tu pun. Tapi mencuba untuk memantapkan diri sendiri. Harap-harap berjaya lah siapkan Projek 30 Doodles ni sebelum habis Ramadhan ni. Lagipun bulan puasa ni bukan nak menghadap benda alah ni je kan. Banyak lagi benda lain nak dibuat untuk kumpul pahala sempena Ramadhan. Ini cuma hobi sampingan sementara menunggu waktu berbuka. :)

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat Islam. Moga-moga Ramadhan kali ni dimanfaatkan dengan sebaiknya. Jangan fikir pasal nak raya je ye dok? Tapi bab hafal waktu Subuh dan Maghrib setiap hari tu laju je kan. Hihi. Kbai. Assalamualaikum.

Top Keyword Search sempena Ramadhan:
cara sembahyang mengikut imam
lepas imsak masih boleh makan
bacaan surah terawih 20 rakaat
bacaan selawat terawih

>> http://milimilo.blogspot.com/search/label/ramadhan

31 comments:

  1. keep it up yaw~ dah queue utk di reblog :)

    ReplyDelete
  2. @MuNsYi SaMa
    tenkiu tenkiu. walaupun tak mendapat sambutan tp tetap xnak berputus asa. heee. :D

    ReplyDelete
  3. sape kata tak dapat sambutan.kita ni peminat doodle awak no 1 tau :D

    ReplyDelete
  4. @nyna
    awh nyna ni sengaje kan buat kite terharu. wuwu. thanksss. disebabkan terlalu supportive. <3

    ReplyDelete
  5. @me | is | aku
    hihi. teruskan menyokong. thanks a lot. :')

    ReplyDelete
  6. tahnye.sape ckp tak dpt smbutan,weolllss supportttt nihhh..hehhehhe...dah LIKE sudahhh..hehhe.gudjob! :)

    ReplyDelete
  7. @namaakulynn
    awh awh lynn ni kenapa supportive sgt korg ni. sumpah terharu gila. thanksss. ni yg semangat nak siapkan doodle cpt2. :)

    ReplyDelete
  8. @PutraRocker
    err puasa penuh boleh kot kalau tiba2 xsubur. haha.

    ReplyDelete
  9. Alhamulilah, semperna ramadhan ni bersama samalah kita menuju kearah kebaikan..
    ~mili, doodle kamu mkin comel la :) ~

    ReplyDelete
  10. nice one dear! keep it up okies! comel kot! ;p

    ReplyDelete
  11. for ur ohsem talent, nak je aku beli tablet kasi hadiah kt ko.



    *berani cakap sbb tade duit pom ;p

    ReplyDelete
  12. 30 tips for better ramadhan tu awesome weyh.

    betul. terasa diri hina kalau time ramadhan pun buat keja mazmumah jugak. -.-'

    ReplyDelete
  13. letak kat tumblr aku nk reblog
    tapi jup aku da follow kaw ke :)

    ReplyDelete
  14. moga ramadhan kalini sangat baik dari yg lepas
    cis, rindu kat famly :(

    ReplyDelete
  15. Whoaaa..comelnye doodle tu seme...nak jgk!!!! =))

    ReplyDelete
  16. @Elyana Ahmad ツ
    ahaaa. sure. slmt berpuasa dan semuanyalah. :)

    ReplyDelete
  17. @shahjiehan
    hihi. manalah tahu kan tiba2 je kang.

    ReplyDelete
  18. @sara zainol
    aminnn insyaAllah sara. samalah disini. doakan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  19. @PENCONTENG
    ahahaha. thanks for the compliment. terharu. i will keep it up. thanks a lot. :)

    ReplyDelete
  20. @Farihah Ahmad
    aaaaa. nangis ah sebut pasal tablet ni. aku tgh bodek2 abang aku kot2 dapat bodek tablet 1, lega lah boleh lukis byk2. :)

    ReplyDelete
  21. @jiranmafiarussia
    tulah pasal. mcm sia2 je kdg2. tp sure boleh punya. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  22. @ENCIK TIKUS
    kau lambat la apris. nnt aku bg dodol raye ye. :D

    ReplyDelete
  23. @akmalhilmi
    alamak seksi aku punya tumblr berhabuk gilaaaaa kot. kau letak la kt tumblr kau memane. aku ok je. heee. XD

    ReplyDelete
  24. @Lun
    insyaAllah amin. alahai jauh dari family ke? tunggu raya ok. jgn sesedih :)

    ReplyDelete
  25. @May Maisarah
    alamak, nak ke doodle? nak request kena tunggu turn lah gamaknye. :D

    ReplyDelete
  26. hoho, tu dia org pandai mendoodle

    tolong lukis satu

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)