Dalam setiap benda yang kita buat setiap hari, sebenarnya, ada doa yang perlu dibaca, tak kira lah doa sebelum, doa ketika ataupun doa selepas melakukan/menghadapi sesuatu. Selalunya, doa-doa amalan harian ni diajar sejak kecil lagi, bermula dari tadika sebabnya melentur buluh tu biarlah daripada rebungnya kan?
Disebabkan hidup aku di rumah ni asyik dikelilingi kanak-kanak, terutamanya Iman, aku terperasan satu benda, yang budak-budak ni, kalau baca doa sebelum, memang tak payah disuruh. Kalau doa sebelum makan, doa sebelum masuk tandas, doa sebelum tidur, doa sebelum naik kereta, doa sebelum keluar rumah semuanya diorang akan baca sendiri.
Tapi, bila baca doa selepas memang susah sangat lah nak dibuat tanpa disuruh. Mesti nak kena diingatkan dulu baru nak buat. Macam ada 1 haritu, Iman baru habis makan, aku saja lah tegur;
Selalunya aku perasan, paling obvious aku meminta-minta adalah masa sebelum tidur. Yelah kan orang cakap, orang boleh mati masa dalam tidur. Jadinya setiap kali sebelum tidur, punya lah risau, baca doa macam-macam mintak Tuhan janganlah tarik nyawa masa tidur, mengucap lah dan macam-macam lagi. Tapi bila dah bangun tidur, dah mamai-mamai, langsung terlupa baca doa bangun tidur, terlupa nak ucap Syukur pada Tuhan sedangkan masa sebelum tidur punyalah minta macam-macam dari Dia.
*gelenggelengkepalauntukdirisendiri*
Doa Selepas Berbuka Puasa

"Aik, doa lepas makan tak baca ke?"Haha. Memanglah Alhamdulillah je pun boleh. Tapi kalau kita dah tahu apa doa sebenarnya, baik baca kan. Bukan nak cakap dekat budak-budak lah. Orang tua pun sama je termasuk aku sendiri. Aku selalu jugak terlupa nak baca doa selepas ni. Memanglah fitrah manusia, bila sebelum apa-apa, pandai nak meminta-minta dari Tuhan. Tapi bila dah dapat, terus lupa nikmat dan terlupa bersyukur. Ada yang kadang tu, dah sendawa baru nak ucap Alhamdulillah ye dak?
"Hihi. Lupa lah."
"Cuba baca sikit doa lepas makan, Achu nak dengar."
"Alhamdulillah...err.. Alhamdulillah lah."
"Takkan baca Alhamdulillah je budak dapat nombor 1 dekat tadika PASTI?"
"Alhamdulillahillazi azhaba annil 'aza wa'afani."
"Itu doa lepas keluar tandaslah Iman."
"Hihi, Iman lupa lah. Alhamdulillah je pun boleh kan."
Selalunya aku perasan, paling obvious aku meminta-minta adalah masa sebelum tidur. Yelah kan orang cakap, orang boleh mati masa dalam tidur. Jadinya setiap kali sebelum tidur, punya lah risau, baca doa macam-macam mintak Tuhan janganlah tarik nyawa masa tidur, mengucap lah dan macam-macam lagi. Tapi bila dah bangun tidur, dah mamai-mamai, langsung terlupa baca doa bangun tidur, terlupa nak ucap Syukur pada Tuhan sedangkan masa sebelum tidur punyalah minta macam-macam dari Dia.
*gelenggelengkepalauntukdirisendiri*
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Sekarang kan dalam bulan Ramadhan, rupa-rupanya ada doa khas untuk selepas berbuka puasa. Aku pun baru je tahu tahun lepas kalau tak silap. Selama ni dok baca doa selepas makan je. Heee. Dan waktu yang paling mustajab untuk berdoa dalam bulan Ramadhan ni adalah ketika berbuka puasa. Jadinya, janganlah lepaskan peluang untuk mohon apa-apa ketika berbuka puasa tu ye. :)
Ada satu pepatah, "doa adalah senjata orang mukmin". Doa memang satu-satunya cara yang paling dekat untuk menghubungkan seorang hamba tu dengan Tuhan-nya. Allah paling suka kepada orang yang sentiasa berdoa kepadaNya dan Allah sangat benci kepada orang yang tak pernah berdoa kepadaNya sebabnya bila seseorang tu tak berdoa dan tak meminta kepada Allah, itu menunjukkan dia tu sangat bongkak dan sombong dengan Tuhan.
Tapinya, dalam berdoa dan meminta sesuatu kepada Allah, ada etika dan adab-adabnya. Allah dah berjanji, "ud'uni astajib lakum", berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan makbulkan. Tapinya ada syarat-syarat untuk sesuatu doa tu untuk menjadi makbul. Bukan boleh senang-senang je nak dimakbulkan tanpa sebarang usaha. :)

Video "The Power of Du'a" by Yasir Qadhi ni dah lama dah tapinya aku baru berpeluang nak dengar beberapa hari yang lepas. Memang best dengar. Dalam ni beliau bagitahu apa dia etika dalam berdoa yang patut dilakukan oleh seorang hamba. Waktu dalam posisi sujud adalah posisi yang paling dekat dengan Tuhan, dan masa tulah yang paling baik untuk banyakkan berdoa kepada Allah.
Beliau mengaitkan dengan kisah Adam A.S dan Iblis sewaktu awal-awal penciptaan dahulu yang mana ketika Allah sangat murka dengan Adam dan Iblis, lalu Allah mengarahkan kedua-dua mereka keluar dari Syurga untuk sujud dan memohon ampun kepada Allah.
Nabi Adam cepat-cepat berdoa dengan doa "Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin" (Al-A'raf: 23) sebagai tanda kekesalan dan malu terhadap dosa Baginda dan Hawa kerana telah memakan buah larangan di dalam Syurga tu.
Manakala Iblis protes dan tak mahu sujud tapi selepas Allah dah sangat murka dan cakap pada Iblis yang dia dilaknat dan akan jadi penghuni neraka selama-lamanya, makanya, Iblis pun berdoa pada Allah dengan doa "Robbi anzirni ila yaumi yub'asun". (Al-A'raf : 14)
Terdapat beza pada doa Nabi Adam dan doa Iblis. Nabi Adam sangat beretika dalam memohon sesuatu, manakala Iblis pula sangat tidak beretika tetapi tetap juga Allah makbulkan doa kedua-duanya. Jadi, kita kena tahu apa dia yang membezakan cara kita berdoa ni dengan Iblis. Adakah beradab atau pun tak sewaktu meminta dengan Tuhan?

Antara point bagus dan quote yang di ambil dalam video Yasir Qadhi ni adalah:
1. You make du'a right then and there immediately when you realize you need something.
2. The sign of a believer is a constant du'a.
3. The more you ask Allah, the more Allah loves you because that is the relationship between Allah and His servant.
4. Allah is angry at person who do not ask Him because that person is arrogant.
5. The one who makes du'a affirms the perfect nature of Allah.
6. When a person make du'a to Allah, his heart full of love, fear and hope. 3 aspects that make Muslim a Muslim.
7. It shows that those who turn to Allah only at time of need is not a true believers.
8. Ask Allah with His names and attributes. The greatest name in dua is using the name Rabb.
9. "Whoevers desires that Allah responded to his du'a at time of destress, let him increase his dua at time of ease."
10. Don't shy to ask Allah for something extremely big because Allah is more than what you can ask for. Allahu Aksar.
11. Every single sincere du'a is responded to even if it's come from a kafr.
12. Allah does not answered du'a from the qalb that is not paying attention.
13. Allah responds to du'a in a way that you can't explain it, either
i. He gives what you want immediately,
ii. or He gives you something better than you ask for,
iii. He averted away an evil that was otherwise destine for you.
From Ibrahim Ibn Adam
"Why is it that I make du'a to Allah and Allah does not respond to my du'as?"
"...because you know Allah but you don't obey Him,
you know prophet SAW but you do not folllow his sunnah,
you read the Quran but you don't act upon it,
you eat from the blessings of Allah but you ignore it and do not thank Him for it,
you believe in Paradise, yet you do not strive for it,
and you know the fire of hell, yet you do not run away from it,
and you know Syaitan, yet you do not fight for it,
and you know death, yet you do not prepare for it,
you know all of this things, but what have you done with all of this knowledge?"
Salam 23 Ramadhan. :)
adik nina yg bongsu tu kalau nk masuk toilet selagi dia tak ingat doa tu selagi tu dia ulang sampai betul even nak terbuang sangat dah tu haha
ReplyDeletekita syak mili ni achu disayangi anak buah buktinye anak buah suka je ambik ambik gambar ikut cakap mili hehe comel tahu :)
jum lah kita ramai ramai ambik kesempatan bulan puasa ni berdoa banyak banyak benda free kan tak susah mana pun tinggal nak taknak je kan <---- ingatan untuk diri sendiri :')
@nyna
ReplyDeletehaha. tulah tu. iman tu pun sama. dah nak berterabur sgt pun tetap gak baca doa b4 masuk toilet. bagus betul budak ni. heee.
kite mmg disayangi sbb mmg syg diorang sgt. diorang pun sanggup je berlakon utk achu diorang. hahaha.
ye nyna. peringatan utk diri sendiri and kita semua. :')
tak dapat ingat yang susah2 ambil dahulu yg mudah2...sikit2 lama2 jadi bukit...
ReplyDelete@bigdaddyz
ReplyDeleteahaaaa. tulah tu. biar sikit janji berterusan. :)
doa adalah senjata kita kn?
ReplyDeletedoa sebelum ramai yg akan ingt..but almost of them terlupa doa selepas.. haishhh.. mili, bravo.. nice entry !
@sara
ReplyDeleteahaaa. diri sendiri pun sebenanye salu lupe doa selepas. time sebelum je ingt. ish2. thanks sara. :)
LIKE entri ni cikmili! ;P
ReplyDeletemy lil sis tu pon alert je. bila nak masuk toilet, kuat je baca doa. hehe. yang kakak nye ni haa. kdg2 lalai. *sighhh..
@lynn
ReplyDeletehehe. budak2 kalau diajar dr kecik, dia akan cuba buat sbb diorang kan dlm proses nk membesar. tulah tu, yg besar ni kene ingtkan diri sendiri selalu. :D heee.
alah.. doodle tegah doa tu comel la mili.. btw, gud entry.. thanks for info :)
ReplyDelete@ilitralala
ReplyDeleteahaaa. doodle projek ramadhan tu. heee. your welcome. alhamdulillah kalau dpt bg input pd org lain. :')
betul tu.kdg2 kita senang je lupa pdhl doa tu pkara yg mudh utk dibuat dimana terus smp kepada Allah tp tuelah yg sll diabaikan.huhu.thnx 4 sharing.ak pn kdg2 sll lupa nk bdoa esp bila period.my bad.need more to learn
ReplyDelete@fatin aliyya
ReplyDeleteha'ah kan. masa period mmg kadang2 tu terlupa nak berdoa. padahal doa utk ibu bapa kena baca hari2 kan. prngtn utk diri sendiri gak :')