Monday, October 24, 2011

Stabaz and Convest IIUM 2011




6 Oktober sampai 10 Oktober; ada Stabaz (Stall and Bazaar) dengan Convest (Convocation Fiesta) dekat UIA. Acara wajib setiap tahun.

Setiap kali ada Stabaz, memang nak taknak student UIA kena jugak turun dekat tapak Convest Hill ni sebabnya cafe dekat mahallah akan tutup. Benda paling terbaik yang dijual dekat Stabaz kali ni aku rasa adalah takoyaki dengan cendawan goreng macam-macam perisa ada black pepper, BBQ, spicy and original. Memang dalam 1 hari tu, 5-6 kali ulang alik dok beli benda alah tu je. Sumpah sedap.

Bila ada event macam ni dekat UIA, time ni lah nak ajak kawan-kawan bukan UIA datang melawat kan. Barulah meriah sikit. Tahun ni tahun ke-3 Stabaz tapi tahun ni lain sikit sebab aku dan kawan-kawan plan nak bukak booth meniaga baju, skirt dengan aksesori perempuan.

Barulah tahu susah senang nak jadi peniaga. Macam-macam dugaan. Dok terfikir jugak lah, macam mana perasaan orang yang hari-hari meniaga. Mesti penat gila kan. Perasaan paling best bila ada orang beli barang yang kita jual tanpa tawar harga. Hehe. 

Aku ada jual 5 baju-baju terpakai aku, semua habis di beli. Tapi aku tak sempat tengok muka-muka orang yang beli pre-loved items aku tu. Agaknya, kalau aku tengok muka orang yang beli, mesti tiba-tiba aku rasa tak sampai hati nak jual kot. So, tak pelah. Semoga barang-barang aku tu selamat dengan owner baru. =)




Untuk sewa 1 booth besar sempena Stabaz, harganya RM750. Kitorang bayar kongsi ramai-ramai lah. Sebelah booth kitorang, ada uncle jual selipar. Sebelah lagi satu ada abang-abang jual buku-buku ilmiah dan novel. Boleh tahan meriah jugaklah suasana booth kitorang sepanjang Stabaz ni. Tak putus-putus orang masuk. Kalau diorang tak beli pun, diorang akan datang usha-usha barang. Kira ok lah untuk newbie kan.

"Hello, we are pre-loved items. We need new owner. Heeee. :P"

Oh, masa Convest haritu, kebetulan ada 3 orang senior yang berkonvokesyen. Kak Arina, Kak Fana dan Munsyi. Tahniah untuk semua senior yang dah selamat berkonvo. Bestnyelah tengok suasana konvo. Rasa macam tak sabar nak konvo jugak. Lambat lagilah tapi. Jauh lagi perjalanan ni. Heee.

Ini cupcake khas dari Mili & Neen untuk para seniors.
Peluk cium untuk Kak Arina tersayang. Tahniah akak. Sumpah best dapat kenal dengan akak. Seorang yang friendly, pendengar yang baik, penasihat yang baik dan sangat semangat orangnya. Heee. 
Tahniah semua. Selamat bekerja. Dapat gaji jangan lupa adik-adik dekat UIA ni. :)
Curi gambar ni dari FB Kak Arina. Awesome kan shot ni. Nak jugak.
Okbai tu je kalini. Selamat Malam.

Tuesday, October 18, 2011

Niat Belajar Biar Ikhlas




Dah nak dekat exam, barulah terhegeh-hegeh nak study. Masa tarikh exam jauh lagi, tak boleh langsung nak study. Kalau try bukak buku pun, sure end up berapa menet je yang lain tu semua distraction dengan benda lain.

Memang salute habis lah dengan orang yang boleh study dari awal sem, study setiap kali sebelum masuk kelas, tak pernah tahu apa tu erti study last minit. Kalau aku ni, bukan tak pernah cuba nak study awal-awal, tapi memang tak boleh. Bila masuk kelas rasa macam susah gila belajar, macam eh, susahnya subjek ni. Kenapalah aku belajar padahal aku bukan nak jadi lawyer pun. 

Tapi bila masuk je malam exam, automatic terus faham semua benda yang belajar selama ni. Macam magik. Tapi sebenarnya bukan magik, cuma kena belajar push diri sikit je. Itulah masalah kalau niat belajar kerana exam. Kalau time tak exam, memang tak rasa nak belajar. Teruk betul. Heee.



Tapi sekarang benda yang ada dalam kepala adalah fikir nak balik rumah je. Nak habiskan jawab semua test cepat-cepat dan balik sambut raya. Heee. Mungkin bila balik rumah nanti kena cari ubat untuk ubah niat belajar jugak. Sekurang-kurangnya, bila niat belajar tu dah betul, Tuhan akan tolong permudahkan urusan nak terima ilmu dan mungkin tak rasa susah dah. :)

All the best Kamiliah! Doakan ye. =)


Monday, October 17, 2011

Bermain Lumpur dan Menanam Pokok Bakau di Kampung Haji Dorani


Pagi Ahad, 16 Oktober, pihak CENSERVE (Centre for University Social Responsibility) IIUM telah menghantar 80 orang pelajar menaiki 2 buah bas ke Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk meyertai aktiviti menanam pokok bakau. Program ini dianjurkan oleh UPNM dan disokong oleh MOHE, FRIM dan MASKUM. Program ini telah disertai oleh 900++ orang pelajar dari kalangan pelajar-pelajar IPT.

Tudiaaa. Intro tak boleh blah. Dah macam tulis berita dah. Hehe. Alkisahnya, masa dengar nama program tanam pokok bakau ni, aku punyalah eksaited gila nak join. Dalam kepala otak aku dok bayangkan tanam tembakau (tobacco), rupanya pokok bakau (mangrove). Haha. Tak ada kaitan rupanya 2 pokok ni. LOL.

Lepas dah sampai ke sana, memang berenang dalam lumpur lah kitorang semua. Seorang pelajar dapat tanam 1 pokok bakau. Maknanya ada 900++ pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Heee. Memang kenangan terindah lah pertama kali join benda alah ni. Mungkin yang kali terakhir jugak. Hehe.


Antara IPT yang terlibat adalah:
UPNM
UKM
UPM
UIAM
USIM
UiTM Shah Alam
Politeknik Sultan Idris Shah

Semua yang join dapat sehelai baju, sepasang stokin, topi, makan free, dan duit RM $$.

Ketibaan wakil UIA =)

Majlis Perasmian dan bacaan doa.

Dalam perjalanan menuju ke tempat menanam bakau.

Gadis-gadis.

Budak lelaki tak pakai stokin bajet tough. Habis kaki luka-luka.

Inilah suasana lumpur yang kitorang kena redah. Bau dia sungguh menusuk lobang idong.

Merasa perasaan menjadi si Tanggang bila rasa macam ditelan bumi. Heee.

Pokok bakau yang telah berjaya ditanam. Tengok lumpur busuk ni terus teringat kapal Flying Dutchman dalam cerita Pirates of Caribbean. Hihi.

Gadis-gadis lumpur.

Nasib baik tak sampai kepala.

Ini brothers wakil dari UIA.

Ini sisters wakil dari UIA.

Ini wakil dari Politeknik bersama banner.
Ini wakil dari UPM. Banner diorang "We Share We Care" menang sebagai banner terbaik. Tahniah. :)

Apa-apapun, ini memang pengalaman yang best sekali seumur hidup. Lepasni dah taknak join dah. Bagi peluang dekat orang lain pulak main dengan lumpur. Kitorang join ni pun sebenarnya sebab kelas Community Service. Tak tahu menahu langsung pasal dapat duit. Dahlah tak bawak baju dan tudung salin. Memang pakai baju tidur jelah tu. Harap-harap pokok bakau yang kitorang tanam tu bakal berjasa kepada bumi satu hari nanti. Heee. Sekian. Assalamualaikum =)

Gambar credit to: Keris Jebat Sdn Bhd