Tuesday, May 19, 2009

It's All About Journey Of My Life - Contest Joegrimjow

MyEm0.ComAMARAN : ENTRI NI PANJANG GILAMyEm0.Com


Seperti yang terpampang dekat atas, entri ni aku tulis sempena contest Joe. Joe cakap, tulis memori yang kamu ingat sampai sekarang. Aku ada banyak memori. Joe tak cakap pun kena tulis 1 je memori. Siapa yang minat, silakan baca.

MyEm0.Com -Mukaddimah- MyEm0.Com
#1 Kanak-kanak
#2 Remaja
#3 Dewasa
#4 Tua

Peringkat hidup manusia ada 4. Aku rasa sekarang ni aku berada di peringkat ke-2. InsyaAllah kalau panjang umur, sempatlah sampai ke peringkat ke-3 dan 4. Wainna aku sangat rindukan kehidupan aku di peringkat yang pertama tu sebab di situlah kehidupan aku bermula. Di situlah aku mula belajar mengenal dunia. Dan di situ jugak banyak tercipta kenangan indah yang masih kukuh terpahat dalam ingatan aku untuk aku ceritakan di sini.

Jom jom ikut aku naik time machine. :) Vroom.Vroom. Vroom.

MyEm0.Com TADIKA - Cikgu nak bakar mulut- MyEm0.Com


Zaman kanak-kanak aku penuh dengan benda baru. Maklumlah, saya budak baru belajar, kalau salah, tolong jolokkan. Hehe. Semua benda baru nak bermula. Masih ku ingat detik pertama dihantar ke tadika, menangis bagai orang meroyan sebab nak balik rumah, sampai cikgu aku fed-up sangat kot, dia ambik mancis dan nyalakan lalu cucuh ke mulut aku.

Walaupun dia acah-acah je, tapi pedih tak terkata. Nasib tak terbakar baju tadika berkotak-kotak kecil tu (Tadika Kemas). Tapi, bagus tindakan cikgu tu sebab lepas tu aku dah tak berani menangis nganga luas-luas dah. Silap-silap dia masukkan mancis dalam mulut, tak ke naya aku? Dan cikgu tu pun naya jugak? Ish3. Sampai sekarang aku ingat kenangan nak dicucuh mulut dengan mancis tu. Wuwuwu.


MyEm0.Com SI NAIF 6 TAHUN - Kahwin tu apa? Mengandung tu apa?-  MyEm0.Com


Aku ni anak bongsu. Seawal umur 5 tahun, kakak aku kahwin. Memang waktu tu aku innocent gila, tak tahu apa makna kahwin. Tau-tau je lepas tu perut kakak aku dah bulat macam ada benda, aku jakun gila pergi belek perut kakak aku. Diorang cakap dalam tu ada bola, memang aku percaya dan tak pernah terfikir perut tu boleh kempis dan bola bertukar menjadi bayi. Ajaib betul. Aku pernah try letak bola dalam baju tapi bola tu tak bertukar pun. Sedih je. Umur 6 tahun aku dah bergelar seorang Achu. =)


MyEm0.Com DARJAH 1 - Bila 1 sekolah dengan abang sendiri- MyEm0.Com

Pengalaman pertama masuk ke sekolah. Masa darjah 1, yang bestnya, aku ke sekolah dengan abang aku sebab dia jadi cikgu ganti kat situ. Abang aku baru lepas STPM masa tu. Rasa bangga pun ada jugak bila ada abang hensem yang digilai kakak-kakak darjah 6. Masuk je toilet, bersepah-sepah nama abang aku dekat dinding. I LOVE USTAZ SHAUQI. USTAZ HENSEM. Haha. Abang aku pulak memang suka buat lawak dan tunjuk trick magic murahan dengan duit syiling and macam-macam lagilah. Tu yang student suka kot.

Tapi yang tak best bila ada abang 1 sekolah ni ialah bab kantoi. Masa darjah 1, aku dah berjanji dengan mak nak puasa penuh. Tambah-tambah pulak dapat duit raya ikut bilangan hari puasa, memang semangat lah aku. Tapi, dah petang-petang, letih, nampak pulak ada kawan makan koko crunch dengan minum air ribena. Terliur jugak nafsu puasa aku. Kawan aku ajak join sekali makan di bawah pokok kat belakang kelas tu.

Hari pertama dan kedua aku berjaya tipu mak aku dengan buat-buat letih. Tapi hari ke-3, nasib tak begitu baik. Abang aku lalu jalan belakang nak ke motor dia. Aku nampak dia dari jauh, nak menyorok pun tak boleh. Walaupun waktu darjah 1, ketinggian aku cuma 118cm, tapi dia tetap nampak aku dan tersengih-sengih kat aku. Memang kantoi busuk lah. Musnahlah harapan nak duit raya penuh. Menyesal jugak tipu puasa. Tapi pengajaran lah. Lepastu tak berani ponteng puasa dah. Kalau ponteng pun, bersebab. Hihi.



MyEm0.Com PERISTIWA HITAM - Diragut rantai- MyEm0.Com


Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah masa darjah 3. Kakak dan abang aku nak balik asrama sebab baru lepas raya haji. Mak suruh aku pergi kedai belikan diorang roti untuk bawak balik asrama. Aku sebagai adik yang baik pergilah bersiap nak ke kedai.

Aku pergi kedai kayuh basikal sorang-sorang. Tapi bila dah namanya raya ni, tak ada kedai yang bukak lagi. Semua masih bercuti. Diorang pun tak habis lagi makan daging korban agaknya. Aku ronda 3-4 kedai yang aku selalu pergi, semua tutup padahal dah pukul 10 pagi.

Aku pun main pusing-pusing basikal aku dekat area kedai tu banyak kali dengan harapan kedai tu akan dibukak tapi hampeh. Aku pun balik dengan kecewa sebab roti yang dikirim tak berjaya dibeli. Jalan yang aku lalu tu agak sunyi, tambah-tambah time pagi. Cuti pulak tu.

Siapa orang kampung aku tahu lah jalan yang ada titi kecik nak lalu ke sekolah agama rakyat tu. Waktu tu, di lorong yang sunyi dan panjang tu, cuma ada basikal aku sorang je. Dan tak lama lepas tu, terdengar bunyi motor yang macam slow motion dari belakang aku.


Sejak aku pusing-pusing dekat kedai tadi aku macam dah terperasan ada 1 motor ni macam mundar mandir banyak kali. Tapi aku tak syak apa-apa langsung. Walaupun aku dengar bunyi enjin motor tu makin dekat. Memang dia betul-betul ikut belakang basikal aku.

Tiba-tiba ada suara garau memanggil, "Adikkk!" Aku pun pandang lah kat suara yang panggil tu, dalam sekelip mata je, dia tarik rantai aku lepastu tolak basikal aku jatuh dalam semak. Dalam 5 saat je aku rasa kejadian tu berlaku. Motor tu terus bawak laju macam pelesit. Dah tak ada slow motion macam tadi.

Bila jatuh tu, aku terus blur. Apa dah jadi sebenarnya. Lama jugak aku dok fikir. Ya, aku diragut rupa-rupanya. Sakit direntap rantai kat leher, ditambah dengan ditolak dalam semak, ditambah lagi dengan basikal yang menghempap aku, Tuhan je yang tahu sakitnya waktu tu. Tapi aku tak menangis. Mungkin nervous shock. Mungkin sebab aku masih bingung. Duit yang nak beli roti tu pun dah berterabur kat atas jalan.


Esoknya, buatlah laporan polis dan tunggu segala prosedur bagai. Dalam seminggu kot, aku dipanggil ke balai untuk buat kawad cam. Apa yang lekat dalam ingatan aku, peragut tu mempunyai suara garau dan muka hitam bersama senyuman yang menakutkan dan menunggang motor kapcai cabuk jenama apa entah. Masa disuruh kawad cam, semua lelaki yang ada hitam-hitam belaka. Macam mana nak tentukan? Aku cuma berumur 9 tahun masa tu. So, aku tak dapat cari siapa peragut rantai aku tu. :(

Sejak kejadian ragut tu, aku dah tak pernah pakai barang kemas sampai sekarang. Bila tengok emas, aku jadi tak minat. Fobia kot. Dan yang paling menginsafkan, aku terus pakai tudung start darjah 3, yakni, lepas kejadian tu. Sebelum ni aku cuma pakai tudung kat sekolah je. Insaf terus. Semua yang jadi ada hikmahnya. Tuhan nak ajar aku sesuatu, mungkin.

MyEm0.Com 2003 - Kakak kesayanganku meninggal dunia- MyEm0.Com

Teman sepermainan aku masa kecik ialah arwah kakak aku. Kami sangat rapat. Jarak umur 2 tahun. Arwah lahir tahun 1987. Baju raya kami selalunya sama warna dan banyak barang yang kami kongsi bersama. Jarak umur yang dekat buat aku lagi suka main dengan dia berbanding dengan kakak yang lain. Dia tak sama macam kanak-kanak biasa. Dia kanak-kanak istimewa. Arwah kakak lahir tak cukup bulan dan perkembangan dia agak terencat sikit berbanding dengan orang normal. Tapi dia boleh buat semua benda sendiri. Badan dia pun normal. Cuma ada kurang sikit je dari kita yang normal ni. Ujian Allah. =')

Bila aku makin membesar, aku jadi makin renggang dengan arwah kakak. Tambahan pulak aku belajar di sekolah asrama, jadi aku cuma berjumpa dia waktu cuti penggal saja. Dia pulak jadi peneman mak dan abah di rumah. Dia tak sekolah sebab bila makin meningkat besar, dia ada masalah saraf. Selalu jatuh dan pengsan di sekolah. Selalu kancing gigi. Jadinya mak abah decide biar dia belajar kat rumah je, senang nak jaga.

22.9.2003. Aku tak pernah sangka kakak akan pergi seawal tu. Dia meninggal disebabkan jatuh di bilik air dan kepala terhentak kat mangkuk tandas. Waktu tu aku di asrama. Meraung-raung aku sebab tak sempat berjumpa arwah buat kali terakhir. Dan tak sempat aku nak mintak maaf atas sikap-sikap kasar aku selama ini. Lepas arwah meninggal, Mak ada cakap "Tak apalah Tuhan tarik nyawa dia awal. Ada hikmahnya. Kalau dia dah besar nanti dan mak pun dah tak ada, bukan ada adik beradik yang sanggup jaga dia dalam keadaan dia macam tu."

Pilu betul ayat Mak tu. Memang aku menyesal sebab tak menghargai arwah kakak di saat-saat akhir hidup dia. Aku harap arwah kakak dah maafkan segala dosa aku pada dia. Apapun, aku sentiasa doakan arwah, moga roh dia tenang di sana dan ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah. Dan aku ambik pengajaran yang mana kita yang sempurna ni, jangan sesekali pandang rendah pada kanak-kanak istimewa kerana mereka memang insan yang istimewa yang dihantar Allah untuk menguji kita. Allahuakbar.

Ok habis dah. Menjejeh air mata aku nak siapkan entri ni. Huhu. Siapa yang berjaya baca sampai habis memang gigih. Setakat itu je lah. Kalau nak ceritakan semua, kena buat novel lah pulak. Heee. Jom ikut aku naik time machine untuk pulang ke tempat asal. Aku dah join ni Joe, tak menang pun tak apa, yang penting aku puas hati dapat share beberapa memori yang paling aku ingat dalam hidup setakat ni. Sekian. Terima kasih pada yang sudi membaca. :)

Saturday, May 16, 2009

Bau Itu Membunuhku (Body Odour)



Aku selalu terfikir, kalau aku boleh bau, takkan tuan punya badan tak boleh bau??

Sila bau ketiak masing-masing. Wangi? Teruskan membaca. Bau masam? Jangan baca. Takut kecik hati. Aku memang bermasalah dengan orang yang badan berbau (body odour). Dengan automatik aku akan tahan nafas kalau orang macam ni ada berdekatan dengan aku. Aku tak sanggup bernafas guna hidung. Bau kepam. Serius kalau aku ni biadap, aku boleh terus direct tutup hidung depan orang tu. Tapi aku taknak lah obvious sangat kecikkan hati orang. Biar diri sendiri merana tahan bau tu.

Kalau lepas bersukan tu lain cerita lah. Ni yang tak bersukan pun bau semacam. Yang peliknya, dah mandi pun bau lagi. Aku rasa, mungkin cara dia basuh baju tak betul kot sebab bau tu kadang-kadang datang dari baju, bukan badan. Atau mungkin tak pakai deodoran kot?

Macam persoalan kat atas tadi. Aku terfikir. Aku boleh bau "haruman" yang maha dahsyat tu, takkan tuan punya badan tak bau. Hidung dia tak berfungsi ke? Dia tak tahu ke bau dia tu boleh membunuh saraf hidung aku. Ataupun dia dah sebati dengan bau tu?

Entahlah. Setengah orang tak kisah dengan benda ni. Tapi bagi aku, bau badan memang buat aku tak selesa. Lagipun kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Dalam Islam pun galakkan orang jadi bersih dan wangi. Sunnah Nabi kan? So, mana boleh busuk-busuk ni.

Banyak je tips nak jaga kebersihan badan. Contohnya:
1. Kerap mandi.
2. Cuci rambut 3 kali seminggu.
3. Pakai deodoran.
4. Pakai minyak wangi.
5. Pastikan cara basuh baju betul, jangan perap baju yang berpeluh.
5. Barang dalam tu pun kena jaga, hygiene alat sulit tu penting sebab kalau tak jaga, berbau, tambah-tambah kalau period.

Tips ni contoh je. Boleh cuba. Kepada yang ada bau badan tu, silalah bertimbangrasa terhadap hidung orang lain ye. Terima kasih. :)

Entri ni lebih untuk perempuan lah. Perempuan berbau ni susah sikit. Sebab kalau lelaki selalu tak kisah sangat bau macam mana pun, tambah-tambah yang merokok memang busuk pun, kecuali yang metroseksual. Tapi seronok tau bila bau orang wangi. Yang tak melebih-lebih la. Kang menusuk hidung pulak sangat. Huhu.




Jagalah bau masing-masing demi keharmonian manusia sejagat :D


Tuesday, May 12, 2009

Marah Tu Selalunya Diekspresikan Dengan Tindakan Yang Terburu-Buru



*Jangan marah-marah, nanti cepat tua*

Siapa tak pernah marah dalam seumur hidup dia? Tolong tinggalkan komen sebab aku nak tips dari kamu. Aku nak tahu macam mana orang yang tak pernah marah ni dapat kawal perasaan dia.

Aku memang failed bab ni. Bila aku marah, aku suka buat tindakan yang merugikan diri sendiri. Dalam masa yang sama aku buat orang lain pun rasa marah.

Bila dah sedar dari kerasukan kemarahan tu, baru la nak menyesal. Tapi dari situ la kita ambil pengajarannya kan. Dan marah aku pun cuma sekejap selalunya.

Kalau lelaki, marah tu diekspresikan dengan bertumbuk. Kalau perempuan? Tulis diari? Tak pun tulis dalam blog lah kot.

Marah tu selalunya datang dari Syaitan, dan bila kita marah, kita sepatutnya beristighfar dan berzikir. Kalau kita mencarut dan marah-marah, maki-maki Syaitan, dia lagi suka nak merasuk kita, last-last kita yang menyesal tak sudah.

Belajar kontrol kemarahan dengan bertenang. Apapun yang jadi, make sure tarik nafas dalam-dalam lepastu berfikir dengan tenang. InsyaAllah boleh hilangkan rasa marah tu sekejap. =)

Garang dan marah tu sama ke tak agak-agaknya? Macam ada kaitan je kan? Hmm.



Monday, May 11, 2009

Aneh!! Diusik @ Mengigau?


Aku ada satu bad habit. Aku tak boleh tidur dalam gelap gelita. Kalau nak tidur mesti pasang jugak lampu sikit sebab aku ni penakut sikit. Kalau tidur ramai-ramai dalam gelap takpelah jugak. Tapi kalau sorang-sorang, jangan harap. Sejak aku pindah bilik baru ni, aku memang tak pernah tutup lampu kalau tidur. Dulu masa duduk sebilik dengan kakak aku, tak pasang lampu tidur pun takpe sebab ada teman.


Cerita malam tadi...

Aku tengah loading cerita dekat youtube. Aku pergi cari movie yang boleh tengok full dan tunggu habis loading. Sambil-sambil tunggu tu, aku baring-baring sampai tertidur. Pukul berapa entah, aku terjaga. Bilik gelap. Laptop terpasang, kipas berpusing. Maknanya bukan blackout.

Tapi, bila masa aku tutup lampu? Aku yakin aku tertidur dan aku takkan tutup lampu. Aku tengok pintu bilik air, kunci. Aku tengok pintu bilik, pun kunci jugak. Sah memang bukan abah aku yang tutupkan lampu. Sebab aku cuak sangat dengan bilik yang gelap gelita tu, aku tutup mata rapat-rapat dan sambung tidur balik.

Lepas Subuh, aku pergi tengok laptop yang dah panas tu. "Mozilla Firefox not responding". Window cerita yang aku loading tu semua tak bergerak. Tiba-tiba aku nampak dekat search Google ada tulis "M. Quraish Shihab" dan banyak tab yang diopen. Semuanya not responding.

Bulu roma meremang. Ah sudah. Siapa dia M. Quraish Shihab ni? Bila masa aku search dekat Google? Aku tak pernah dengar pun nama ni. Cepat-cepat aku tutup laptop.


Lepas tu, aku tanya mak, abah dan kakak aku. Semua tak kenal nama tu. Dan yang tak best dengarnya, takde siapa yang boleh masuk bilik aku sebab aku kunci dari dalam. Aku cuak. Lepastu aku check rupanya M. Quraish Shihab tu ulama terkenal Indonesia. Aku lagi lah bertambah takut. Macam nak nangis pun ada. Aku check semua barang aku, takde benda yang hilang pun.

Persoalannya sekarang, siapa yang tutup lampu? Siapa yang taip nama tu di Google? Aku ke? Mungkinlah aku mengigau masa pergi tutup lampu dan taip nama tu. Tapi, aku tak pernah mengigau. Kawan-kawan aku sepanjang duduk di hostel pun tak pernah nampak aku mengigau. Aku memang jenis tidur tak mengigau. Sangatlah mustahil aku yang pergi tutup lampu and taip nama tu. Lagipun aku tak pernah kenal nama tu. Nama ulama yang langsung aku tak pernah dengar, macam mana boleh aku pergi Google pulak. Musykil betul.

Habis tu maknanya apa? Aku diusik ke? Jin barangkali. Sampai sekarang Mozilla Firefox aku tak boleh diguna. Asyik crashed. Nasib baik ada Google Chrome. Aku jadi takut jugak nak on laptop sebenarnya. Yang lagi teruk, aku jadi takut nak tidur sorang-sorang. Lepas ni sumpah aku takkan berani dah buat semua benda sorang-sorang. Ini memang betul-betul terjadi malam tadi. Aku yakin aku tak mengigau. Aku kena cari tahu, kenapa nama tu ditaip dan kenapa lampu ditutup. Wuwu. Siapa yang usik ni? ='(


Sunday, May 10, 2009

Piercing? Do You?


I don't have any piercing on my body. Like seriously, aku sebenarnya teringin nak tindik telinga bila tengok orang pakai subang. Anak buah aku, si Iman yang baru umur 2 tahun pun kakak aku dah pakaikan subang.

Masa kecik-kecik dulu, mak aku cakap kalau nak tindik, kena pergi tembak. Sebab dengar perkataan tembak tu lah, sampai sekarang takde lubang dekat telinga aku. Hihi. Penakut amat.



Lepas tu, aku jadi takut tengok orang yang pakai subang gelang. Buatnya ada orang tertarik, putus telinga macam mana? Haduuu, sah memang aku ni penakut/pengecut or whatever it is.


Lagi pelik kalau aku tengok orang yang tindik banyak-banyak dekat telinga. Ataupun tindik dekat tempat selain telinga. Macam dekat hidung, (bagai lembu dicucuk hidung) pusat, (bukan lawa pun pusat tu) lidah, (boleh dapat penyakit) dan macam-macam lagilah tempat pelik.

Ada kawan aku pernah jatuh sebab terlanggar pokok time naik basikal, tapi telinga dia yang berdarah sebab dia bertindik banyak sangat. Langsung kena jahit telinga dengan doktor. Lagilah menakutkan.

Mak aku ada cakap, nanti time aku nak kahwin, mesti aku teringin jugak nak bertindik. Tapi, aku rasa, sampai ke sudah aku takkan tindik kot. Tak semestinya tak pakai subang, tak cukup perempuan kan? Huhu.

Dan kepada kaum lelaki, toksah lah dok teringin nak bertindik. Aku yang perempuan ni pun takde tindik-tindik, korang pulak nak lebih-lebih apesal? Dengar cerita lelaki bertindik tak boleh jadi wali selagi lubang tak terkambus. Hah amacam? Degil jugak nak tindik? Bawak-bawaklah kembali ke pangkal jalan. :B


Wednesday, May 6, 2009

Sakit Di Tempat Sulit Perlu Diberitahu Ke?


Assalamualaikum. Hai semua. Sebenarnya, tadi aku tiba-tiba terfikir. Kalau kita sakit dekat tempat yang tak sepatutnya orang tahu, perlu ke kita bagitahu orang. Ataupun perlu ke pergi berubat. Ish, macam tak yakin je. Tapi takkan nak simpan sorang-sorang kot? Hoho. Aku tak pernah lagi kena. Tapi aku terfikir kalau terkena 1 hari nanti.
Tak segan ke?MyEm0.Com


Mesti malu-malu kucing kan. Heeee kalau budak kecik takpe lah lagi. Macam kecik-kecik dulu, kalau budak lelaki main dalam semak, bila nasib tak baik sikit, lepas tu mesti membengkak sebab kena tungau. Haha. Kesian kena pergi keluarkan tungau tu. Tak boleh bayang kalau budak besar yang kena. Erm. Entah lah. Huhu.

Memang mengconfusekan betul. Malu lah nak bagitau doktor/orang lain kan kan? Tapi takkan nak biar je kot sakit? Hmmm. MyEm0.Com