Sunday, April 29, 2012

Perihal @DenaBahrin: Selamat Pengantin Baru. Barakallah.




Hampir 5 bulan yang lepas, ada 1 video bertajuk "I've been proposed" dari Dena Bahrin yang jadi fenomena dekat alam maya ni bila mana ramai orang yang share dan cakap betapa sweet dan terharunya tengok video tu yang tunjukkan kisah Dena di-proposed tiba-tiba oleh seorang jejaka and masa tu Dena baru umur 19 tahun. Lepas buat istikharah, Dena buat keputusan nak terima, kahwin pilihan keluarga dan buat parents dan ramai orang happy.

Memang lepas tengok video ni, rasa macam, wah awesomenya di-proposed tiba-tiba. Bertuahnya. Muda lagi pulak tu. Rasa nak nangis pun ada tengok orang yang tak bercinta terus kahwin. Macam Farah Lee dengan Ally Iskandar. Macam cerita-cerita cinta dalam novel. Macam zaman mak ayah kita dolu-dolu. Hee. Dena adalah antara orang yang ditakdirkan Kahwin Muda oleh Allah SWT. Dan, video sweet Dena ni siap ada parodi lagi. Tajuknya: I've been dumped. Amboi. Kelakar tapi.


Disebabkan video "I've been proposed" ni jugaklah, setiap kali dengar lagu "A Thousand Years" dari Christina Perri, mesti akan teringat Dena. Kira dah macam jadi official lagu Dena lah pulak kan. Hee. Dekat radio pun pernah ada DJ yang mention pasal video sweet ni sebelum mainkan lagu "A Thousand Years". So, siapa Dena? A Thousand Years's Girl. Heee.

More about Dena Bahrin

"Love after marriage will be more awesome and full with barakah" - True that. You are one lucky girl Dena. =')

Dan tarikh 28 April 2012 akhirnya, gadis bertuah ni dah selamat dinikahkan dengan jejaka yang bertuah jugak. 2-2 bertuah sebab dapat masing-masing. Moga-moga Dena dan Encik Suami, Ariff, dapat memulakan alam rumahtangga yang dipenuhi dengan barakah dari Allah, insyaAllah. Ramai sangat yang mendoakan diorang berdua sebab yelah, sumpah sangat mengundang kebahagiaan je kan bila tengok kan?
"no matter what, you'll always be our darling daughter dunia akhirat." - mak & abah
Alala, luluh hati tengok. Rasa nak nangis jugak bila tengok gambar ni. Tahniah Dena. Selamat menjadi isteri dan ummi solehah. Memang rasa jeles tengok Dena kahwin, tapi tahu, Dena kahwin sebab jodoh dia dah sampai. Allah dah tetapkan. Lagipun, Dena dah layak kahwin sebab Dena sangat matang.

Aku ni mana layak nak kahwin lagi. Takdenye orang nak berkenan kalau perangai masih macam kanak-kanak. Duh. Heharap berjaya matang dan boleh belajar dari Dena, mintak tips dari Dena. Sebab Dena dah kahwin, tips Dena bagi rasa valid sikit sebab based on experience, bukan based on pendapat semata. Heee. =)
"Macam tula org tak bercinta kahwin, dah nak hbs photoshoot baru reti relax nak pepegang tangan. Ya Allah awkward dia...."
Awh, tengok gambar ni lagilah. Comelnya malu-malu. Tengok Dena dengan Ariff ni tetiba teringat dekat Anna Altafunnisa (Oki Setiana Dewi) dengan Mas Khairul Azzam (Kholidi Asadil Alam) dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih. Hihi. Comel kan? Alaaa, nak kahwin jugak. Wuwuwu.



Gambar memalu Dena and hubby ni curi dari instagram Iman, bestfriend Dena. Heuheu. Iman dah update full entri dekat blog pasal hari nikah Dena. Silalah pergi baca ye. Tumpang happy untuk Dena. Sumpah rasa happy tengok gambar kahwin Dena. Indahnya perasaan bercinta lepas kahwin ni. Kalau orang yang tengok pun rasa happy, apatah lagi orang yang rasa sendiri kan?


Dena sangat comel dan cantik dan semuanyalah. Dia ada satu aura positif yang bila tengok Dena, rasa macam tertarik je. Dena bukan je inspired ramai orang untuk bercinta lepas kahwin, kahwin muda, tapi style Dena pun sangat inspiring.

Bila tengok Dena, rasa macam tak mustahil langsung untuk bergaya sambil tutup aurat dengan sempurna. Tengok lah Dena boleh je pakai baju yang bergaya at the same time tutup aurat, masih tetap awesome kan?

Sumpah rasa malu dengan diri sendiri bila tengok gaya Dena. Tapi, setiap orang diberi peluang untuk improve diri masing-masing. InsyaAllah harap-harap bila ramai yang ter-inspirasi dari Dena ni, makin ramai yang cuba ubah diri untuk jadi better. Sebab tu lah manusia perlukan manusia lain untuk bagi inspirasi. =)



Tutorial pakai tudung bawal bidang 45 tapi masih boleh tutup dada elok-elok dari Dena. Comelnya video ni. Suara pun comel. Selalu kan tudung bawal bidang 45 pendek dan jarang, tapi sebenarnya ada je cara untuk pakai tudung ni betul-betul. Kan lagi sejuk mata memandang macamni kan. Thanks a lot Dena. May Allah bless you always sebab tunjukkan cara untuk jadi better. Doakanlah. InsyaAllah. =')


Tutup aurat dengan sempurna tapi bergaya. Gaya yang simple tapi amazing. Tak mustahil, bergantung kat diri sendiri mampu ke tak nak buat. Dena dah buktikan boleh je Muslimah + simple + fashionable. Ayuh kita, stay pretty inside out. :D




Sempena birthday Dena yang ke-20 bulan lepas, ada hadiahkan doodle card dengan bantal kecik. Ok sangat kartun. Dahlah diri ni tak matang, pastu bagi benda kartun bajet macam Dena pun tak matang jugak. Padahal Dena matang dah. Kartun lah kau sengsorang Mili. Heee. Ni kira birthday last Dena sebagai anak dara bujang. Lepasni celebrate birthday dengan husband, mesti romentik. Hihi.



Sejak Dena dah masuk UIA Gombak ni, rajin jugaklah berjumpa kejap-kejap dengan dia. Dena ambik course BENL - Bachelor of Human Sciences (English Literature and Linguistics). Setiap kali jumpa Dena mesti rasa nervous. Segan sebenarnya sebab Dena memang sangat matang k. Rasa macam Dena pulak yang macam kakak. Hee.



Selalu kacau Dena, Whatsapp memalam ke pepagi. Sweet tahu Dena ni. Tapi sekarang taknak dah kacau Dena. Dena dah kahwin. Rasa diri macam ter-left-out gila. Wuwu. Best Whatsapp dengan Dena sebab rasa macam disayangi. Heee.

And Twitter Dena adalah yang paling best sekali untuk di-stalk. Banyak sangat inspiring words/quotes. Memang siapa nak cari inspirasi, boleh cuba stalk tweet Dena. *kantoi selalu stalk*







Semua best. Banyak yang inspiring. Banyak sangat. Sampai kekadang tu, favourite tweets penuh yang dari Dena je. Rasa nak fav semua. Senang save macamni boleh nak refer balik nanti kan. :D



InsyaAllah datang kot wedding 1 May nanti kalau takde apa-apa halangan. Teringin jugak nak tengok depan mata Dena pakai baju pengantin. Heharap dapatlah jumpa pengantin walaupun pengantin busy. Tak dapat jumpa, tengok dari jauh pun okay dah. =')

Apapun, Dena dan Ariff dah selamat jadi suami isteri dah. Lepasni boleh berdating secara halal dah ke mana-mana. Tak sabar nak tengok baby diorang. Hehehe. Semoga dapat bina keluarga yang comel dan bahagia sampai Syurga. Aminnn.

Ustaz Hasrizal pernah cakap, pengantin baru digalakkan berdoa moga-moga orang-orang yang bujang yang datang ke walimah tu pun dapat bertemu jodoh jugak nanti. Moga Dena dan suami doakan kitorang yang bujang ni jumpa jodoh kitorang jugak ya nanti. Heee.





Sekarang kita tunggu tuan punya badan update blog pula ya. Tak sabar nak tengok. Makin ramai la yang jeles nanti. Makin ramai la yang rasa nak kahwin. Hihi. Dena Bahrin, you are truly an inspiration. Love you. =')

~Barakallah~
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

17 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu yg kak mili plak. Heee.

    ReplyDelete
  2. dena lagi tinggi dari mili? seriously? hahahaa

    ReplyDelete
  3. Yeayy , lepas ni nak tunggu kak mili yg comel ni pulak :') aww ;p

    i met denaa , n yes dia sgt cantik n baik
    http://applehijaulife.blogspot.com/2012/04/so-called-cinta-halal.html

    ReplyDelete
  4. tersentuh hati bila bace.. rasa nak nanes je.. hmm :(

    ReplyDelete
  5. auww,lepas ni turn kak mili pulak ye.kami semua tunggu.=)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sangat sweet! suka :)

    ReplyDelete
  7. kenapa entri ni panjang sangat? tapi kenapa saya tak rasa macam baca entri panjang-panjang nih? oh suka entri ni!! XD

    ReplyDelete
  8. saya yang dah lama kat gombak ni pon tak penah jumpa kak mili face to face lg..hihihi..

    nampak dr jauh jaaa slalu..hihi..

    p/s: kak mili jom laaa gathering..hihih

    ReplyDelete
  9. baru tingat, k.mili nie yg ade dlm video MrAll4shared eh?

    ReplyDelete
  10. ohhh dena sangat bertuah kak.

    jeles ohh dengan dia. hiks.

    ReplyDelete
  11. Syg lambat tahu pasal kisah ni...tpi memang best bile dh baca n tgk video tu.. ^^

    ReplyDelete
  12. Hehe. Skrg kak dena dah pun ada baby comel, saif amaan daniyal. Her. Anak kek dena beza 4 hari dari anak kita. Rindu kak dena n saif :)

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)