Thursday, March 26, 2009

Kempen Earth Hour



Semalam aku ada baca entri sorang blogger ni, beliau suruh pembaca-pembaca berfikir sikit pasal Kempen Earth Hour ni menjadi ke tak, matlamat nak selamatkan bumi tu. Sebabnya beliau cakap takut jadi hangat-hangat tahi ayam.

Kalau betul nak selamatkan bumi, tutup jelah lampu bila-bila masa pun. Beliau ada jugak cakap pasal penggunaan lilin yang jauh lebih membahayakan bumi daripada eletrik.

Dulu, aku ada tengok rancangan Oprah. Ulangan punya. Pasal Earth Day + plug eletrik di rumah kita. Perasan tak, selalunya lepas kita dah habis caj handphone ke atau guna apa-apa plug sekali pun, kita cuma akan switch off dengan membiarkan plug tu masih terlekat di suis.

Ok-ok. Macam ni, walaupun kita dah switch off plug lepas guna, tapi, arus eletrik masih lagi boleh mengalir sebanyak 40%. (kalau tak silaplah). Jadi, apa kata lepas ni, rajin-rajinkan tangan tu cabut terus plug tu lepas dah tutup suis.

Cubalah untuk sebulan. Lepas dah habis guna plug handphone, laptop, mesin basuh, etc, terus switch off dan tanggalkan plug dari suis. Lepas tu, tunggu bil eletrik sampai ke rumah. Hampir 50% bil eletrik mungkin dapat dijimatkan.

Tapi janganlah sampai semua plug ditanggalkan termasuk plug peti ais, astro etc. Pilihlah plug yang tak digunakan 24jam.


P/s: Aku harap sangat ada yang faham apa yang aku cuba nak sampaikan walaupun agak berterabur penjelasan aku pasal plug+suis (aku pun confused)MyEm0.Com

Macam nilah lebih kurang apa yang aku nak sampaikan. Mula-mula switch off, lepas tu cabut plug dari suis.

MyEm0.ComOk. Kalau masih tak faham, boleh try baca kat sini. Silakan klik. Bye2.

Tuesday, March 24, 2009

Ingat 4 Perkara

Tazkirah ni aku dapat minggu lepas masa tengah duduk dalam surau Madrasah Idrisiah sementara tunggu Subuh lepas slot Qiyamullail dengan adik-adik peserta.

:n3sl0_80:4 perkara merosakkan mata

*Memandang najis
*Melihat orang dibunuh
*Melihat kemaluan
*Membelakangi kiblat

:n3sl0_80:4 perkara menajamkan mata

*Duduk menghadap kiblat
*Bercelak sebelum tidur
*Memandang yang hijau
*Berpakaian bersih

:n3sl0_80:4 perkara melemahkan badan

*Selalu cemas
*Banyak minum air ketika makan
*Banyak makan bahan yang masam
*Banyak bersetubuh

:n3sl0_80:4 perkara menajamkan fikiran

*Tidak banyak berbual kosong
*Rajin bersugi
*Bercakap dengan orang soleh
*Banyak bergaul dengan para ulama

:n3sl0_80:4 perkara menguatkan badan

*Makan daging
*Memakai haruman
*Kerap mandi
*Berpakaian dari kapas

Sohih ke idok tak tahu le. Tapi yang baik tu eloklah diambik dan diamalkan. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Monday, March 23, 2009

Kedekut Itu Perlu Bila Perlu

Oh ya..tajuk entri kali ni agak pelik sedikit. Aku nak cakap sikitlah pasal kedekut ni. Adakah korang kedekut ataupun adakah korang suka dengan orang yang kedekut?

Kenapa aku cakap kedekut tu perlu bila perlu? Kedekut dari segi apa yang perlu ya?

Pada pendapat aku lah (pendapat saja, jangan kondem okey??)MyEm0.Com

1. Aku rasa, yang paling penting kena kedekut dengan diri sendiri. Sebabnya, bila kedekut, barulah dapat berjimat cermat. Kalau tak kedekut, habis semua benda nak beli sebab dihasut nafsu durjana. heheh~

2. Kedekut boleh buat kita jadi kaya Ye ke? Cubalah jadi kedekut dan tengoklah boleh jadi kaya ke tak? Huhu.

3. Kedekut nak bagi pinjam barang kepada peminjam yang aku rasa tak dapat menjaga barang aku dengan baik dan kemungkinan besar, tidak dapat memulangkan terus barang yang dipinjam dengan alasan hilang ataupun mahu dijadikan koleksi sendiri. 
Oh, memangnya aku beli baju tu untuk kau pakai kan?MyEm0.Com

Selalunya, aku takkan kedekut apa-apa barang pada kawan-kawan yang sangat rapat dengan aku walaupun aku tahu perangainya yang tak tahu jaga barang sendiri. Nama pun kawan-kawan.

Satu lagi perangai peminjam yang aku tak berapa suka, waktu pinjam, boleh datang bilik kita mintak elok-elok tapi bila nak pulangkan, kita yang kena pergi cari beliau?? Oh, begitukah adab-adab meminjam. Jadi wajarkan aku kedekut pada orang sebegini?

4. Kedekut bagi sedekah Eh, bukanlah maksudnya jangan bersedekah. Sedekah tu memanglah amalan yang mulia tapi kalau peminta sedekah yang lebih 10 kali asyik muka dia je, patut jugaklah kita jadi kedekut. Nak jadi baik pun biar bertempat ye dak?



SUSAH JUGA KALAU TERLALU BAIK HATI DAN SUSAH JUGA KALAU TERLALU KEDEKUT, TERPULANGLAH.

.QUOTES OF THE DAY.
*Apa-apapun lu pikirlah sendiri!! Assalamualaikum*
.NABIL RAJA LAWAK2.
MyEm0.Com


Monday, March 9, 2009

Maulid Nabi


12 Rabiulawal Tahun Gajah/ 571Masihi

Kaum ulama yang berfahaman Salafiyyah dan Wahabbi tidak merayakannya kerana menganggap perayaan Maulidur Rasul merupakan sebuah bid'ah, iaitu kegiatan yang bukan merupakan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Mereka berpendapat bahawa kaum Muslim yang merayakannya keliru dalam mentafsirkannya sehingga keluar dari ajaran yang sepatutnya.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, tidaklah salah bagi kita untuk mengingati baginda pada hari kebesaran baginda dengan membanyakkan selawat sebanyak mungkin.

Namun, tidaklah bermaksud kita harus berselawat kepada baginda pada hari ini sahaja. Lebih afdhol jika kita memperbanyakkan lagi selawat pada hari istimewa ini berbanding hari biasa.

Sesungguhnya Nabi Muhammad sangat kasih pada umatnya. Jadi kita haruslah renung kembali adakah kita juga kasih pada baginda sebagaimana baginda mengasihi kita.


.SALAM MAULIDUR RASUL.

.QUOTES OF THE DAY.
*Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkannya itu benar*
.HAMKA.