Wednesday, August 24, 2011

Jenis-Jenis Perempuan yang Sanggup Bermadu


# Perempuan bujang yang sanggup menjadi isteri kepada lelaki yang dah berkahwin.
# Isteri pertama yang mandul.
# Isteri yang independent dan tak kisah kalau selalu ditinggalkan.
# Isteri naif yang terpaksa ikut cakap suami.
# Isteri solehah yang tak kisah berkongsi asalkan suami berlaku adil dan haknya tak dicabuli.

Aku belum lagi berkahwin. Tapi ada soalan di formspring yang pernah bertanya;


Lepastu dapat pula soalan balas;

Hmmm, this is my personal view (subject to change). Aku tak termasuk dalam 5 kategori di atas sebabnya aku rasa aku ni memang jenis yang tak akan sanggup bermadu. Aku dah pernah tengok orang terdekat dalam keluarga dimadukan. Aku tak cukup tabah nak berkongsi sebab aku ni kuat cemburu jugaklah.

Tapi kalau nanti Allah takdirkan aku tiba-tiba dimadukan (bila dah kahwin), aku redha. :') Allah takkan uji kalau kita tak mampu dan aku yakin ada pros and cons nya bermadu ni. Bergantung kepada jenis suami dan jenis madu jugak lah kot. =)

Tak bermakna kalau aku tak sanggup bermadu, semua perempuan lain pun tak sanggup macam aku. Aku kenal ramai je yang mengaku diorang sanggup bermadu. Apatah lagi jenis perempuan yang suka dekat suami orang. Sah-sah lah sanggup kan? Hihi. :P Semua orang ada reasons dia masing-masing. Bukan semua orang pun sama kan?

Aku tak pulak cakap yang aku ni menentang hukum Islam yang membenarkan poligami. Apatah lagi nak cakap poligami tu haram. Memang lah tak. Kalau aku tak suka makan durian, tak bermaksud aku mengharamkan durian kan?

Dalam ayat Quran Surah An-Nisa' ayat 3 terang-terang ada cakap lelaki yang mampu berlaku adil boleh je nak kahwin banyak, tapi kalau rasa tak yakin nak adil, cukuplah seorang saja.
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." Q4:3


Aku masih ingat lagi dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 1, minit ke 01:45:30 yang mana Ana meletakkan syarat kepada Furqan sebelum menerima lamaran.
Syarat Ana Altafunnisa:
1. Saya harus tetap tinggal di lingkungan pesantren.
2. Selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sebagai seorang isteri, Mas Furqan tidak boleh menikahi perempuan lain.
Mula-mula, Furqan tak sanggup terima syarat kedua tu, tapi disebabkan ada riwayat sahih dari sahabat Rasulullah, makanya dia terima. Mengikut riwayat Umar Al-Khattab, Saad bin Abi Waqas dan Muawiyah; seorang isteri boleh meletakkan syarat sebelum berkahwin, yang wajib dipenuhi oleh si suami, asalkan syarat tersebut tidak memudaratkan.

Selalunya lepas akad nikah, pengantin lelaki akan baca akad taklik kan? Akad taklik tu lah nama lain bagi syarat yang si perempuan letak untuk si lelaki patuhi. Jadinya, sebelum berkahwin dan sebelum menerima lamaran seseorang lelaki, seorang perempuan tu ada hak untuk meletakkan syarat tambahan yang mana dia taknak dimadukan selagi dia mampu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami. Makna kata, lelaki yang sanggup terima syarat ni je yang boleh kahwin dengan perempuan tu.

Tapinya, memang semua lelaki nak kahwin lebih dari 1 ke? Memang semua lelaki tak mampu nak sayang dekat seorang isteri je ke? Memang semua lelaki ada keinginan nak berpoligami ke? Aku rasa tak. Macam yang aku cakap la, bukan semua orang sama cara fikirnya. Sebab tu, Abah dengan abang-abang aku boleh je setia dengan seorang isteri dari awal kahwin sampai beranak pinak.


Ramai perempuan kalau boleh nak jadi macam Khadijah dan Fatimah. Khadijah selama berumah tangga dengan Rasulullah SAW tak pernah dimadukan dan Fatimah seumur hidupnya tak pernah dimadukan oleh Saidina Ali.

Tapinya, akhlak aku ni dah setaraf dengan Khadijah dan Fatimah tu ke untuk jadi seorang perempuan yang tak dimadukan? Lepastu pulak, akhlak bakal suami aku tu dah setaraf dengan Rasulullah dan Saidina Ali ke yang nak berkahwin lebih dari satu tu? Hmmm. For you to ponder and wonder.

There's a saying, "an ideal marriage is between a man and a woman". Maksudnya kalau a marriage between a man with two, three, or four women ni tak berapa nak ideal lah. Heee. But still, tak ada salahnya pun kan. As I said, depends on the person. How will they manage their marriage life is up to them.

Lepas raya ni, banyak betul orang yang bakal mendirikan rumahtangga. Didoakan yang terbaiklah buat mereka-mereka itu semua. Orang kata, kalau dah kahwin, maknanya, sudah bertemu dengan jodoh yang Allah takdirkan. Kalau tiba-tiba bercerai tu, maknanya bukan jodoh lah tu.

Contohnya macam Ana Altafunnisa yang berkahwin dengan Furqan. Orang pun cakap yang jodoh dia dengan Furqan. Tiba-tiba, bercerai, maknanya dah tak ada jodoh lah tu. Tiba-tiba kahwin pula dengan Abdullah Khairul Azzam, jodoh Ana yang kedua barangkali?

Macam mana pulak orang tu boleh kahwin dengan bukan jodoh dia? Bila dah kahwin kali kedua baru betul jumpa jodoh dia tu kira macam mana pulak ye? Hmm, Allah knows best. Mungkin jodoh itu bergantung kepada bagaimana kedua pasangan tu cuba mempertahankan hubungan tu kot kan. Sekian. Assalamualaikum. :)
Salam Ramadhan ke 24. :)

29 comments:

  1. Semuanya telah tersurat dan tiada perlu di persoalkan ...kerana setiap perkara yang berlaku telah di tentukan ...suka atau tidak kita harus redha menerimanya.Itu telah di janjikan olehnya.

    ReplyDelete
  2. @fqh m
    heee. thanks :)

    @bigdaddyz
    takdir ada jenis. yg satunya lg takdir boleh diubah. tak salah pun nak mengharapkan sesuatu. kalau Allah dh tetapkan, perlulah sentiasa redho. keputusan Allah itu yg terbaik. :')

    ReplyDelete
  3. suka entri ini. rsnya,almost semua pmpuan taknak dimadukan. but like u said sis, kalau allah dah takdirkan, siapa kita untuk menolak. kan? :)

    ReplyDelete
  4. mane dapat gambar2 nih...suwitt plakkk

    ReplyDelete
  5. kalau lelaki faham tanggungan untuk berkahwin lebih dari satu, memang takkan nak buat punya. lain la kalau dah banyak sangat duit...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. @lynn
    tulah. siapa kita utk menolak benda yg Allah dh tetapkan. tpnya kita tetap boleh berusaha dan berdoa mengharapkan yg terbaik utk kita. Allah itu Maha Tahu :')

    @nur choki
    thanks :)

    @rasyidhamid
    cuba klik dekat gambar tu, ada link direct ke tuan punya gambar >> nayzak.deviantart.com :)

    @hanafijaafar
    bukan masalah duit, masalah mampu berlaku adil ataupun tidak. kalau isteri pertama terasa hati dengan isteri kedua, suami pun kena tanggung dosa itu juga. susah tau mahu adil. :)

    @syuhada adros
    nak lagi? ini pun dah cukup panjang dah membebel ni. heee. tak tau nak buat ending cmne tu yg tiba2 je tu.

    muhasabah diri balik, kalau nak yg baik, kenalah jd yg baik juge. heee. :')

    ReplyDelete
  8. suka entry mili yang ni. buat semua muhasabah diri. and a good questions too.

    syaz pun tak rela dimadukan if syaz mampu tunaikan tanggungjwb dkat suami.

    Aminnn.

    ReplyDelete
  9. setuju. semenjak 16hb ni makin matang ek, entri nak bab2 kahwin je :P

    ReplyDelete
  10. in the end, when it comes to poligami, semuanya depend pada kemampuan suami untuk berlaku adil, kan.

    tak sangke kan mili kite dah umo2 bercakap soal kawen dan attend walimah kawan2..

    tp ak ada satu kemusykilan bab syarat2 tu... sometimes lelaki ni, time nak semua boleh janji, so let's say he broke his promise, ada kesan pada perkahwinan ke - macam isteri berhak tuntut cerai/talak jatuh sendiri ke..?

    ReplyDelete
  11. "Tapi abang aku pernah lah cakap, lelaki ni jangan sesekali disuruh kahwin lain. Kalau harini isteri dia suruh, esok jugak dia pergi cari baru. Pantang dicabar. Haha."
    -hehe. betul jugak tu.

    nice entri la milo.

    ReplyDelete
  12. bermadu? ya allah.. sara xtahu nk cakap ap.. sara xsanggup..

    ReplyDelete
  13. saya rasa klu xnk madu2, pompuan tu patut buat syarat macam ana altafunnisa tu kan..

    ^_^
    nice entry..:)

    ReplyDelete
  14. ada satu lagi jenis.....
    > Perempuan yg menyayangi Allah swt dan rasulnya lebih dari segala yg lain...
    (inilah sesatu yg seharusnya wujud dlm fikiran setiap insan di muka bumi ini... terutama yg mengetahui..)

    ReplyDelete
  15. mane ada pempuan yg saje2 nk bermadu..kalau isteri salleh yaakob tu aku x tau la haha



    comel betol gambar2 dlm entri ni =)

    ReplyDelete
  16. sy boleh kongsi macam2 barang dengan kawan sendiri , kecuali suami .
    hohoho .

    perlukan pendapat awk ; http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/08/koranggg-need-your-opinion-regarding-on.html

    ReplyDelete
  17. bg aku pulak, ak pnx sngp hidup bermadu, bnyk hati perlu dijaga lbh2 lg hati sdri nt asek sakit hati je x bestlah kan, pastu anak2 lg.kalau suami nk jugak kawen lg satu ak prefer hidup sdri.minta simpng lahkn perkahwinan ak jdk mcm tue.aku doakan smoga dpt jodh yg baik n biarah pkahwinan tu yg ptama n terakhr

    thnx milimilo.best entry ni.:)

    ReplyDelete
  18. will u marry me mili..wakaakaka

    ReplyDelete
  19. @syazana
    tulah tu. moga2 Allah berikan yg terbaek lepas kita dah usahakan ke arah itu. :') thanks syaz.

    @munsyi
    haha. mana ada asyik bab kahwin je. ini first time kot ckp psl ni. teeheehee. :P

    @one
    kannn. xsangka dh ckp psl kawen2 secara serius. dulu kt sekolah ckp secara maen2 je. heee. haaaa, sbb aku tengok dr cite KCB je, aku lupe lak nak cari ape akan jd dgn syrt2 tu kalau suami tak penuhi. mgkn xkn ade efek kot, mgkn jugak isteri tu boleh claim khuluk ke. heee. xsure lah.

    @orglidi
    haha. abang aku tu dia saja je acah kakak ipar aku. xdenye die sanggup nk nikah baru. mane nk dpt dh isteri cm akak ipar aku tu. heee. thanksss :)

    @kembatolo
    haha. geram tengok artwork nayzak ni. sumpah mmg awesome. :D

    @sara
    kannn. mmg yg sanggup ni cume yg special case je. yg normal mcm kite ni, x kot. :)

    @naz
    ahaaa. tulah tu. kalau buat syarat mcm ana altafunnisa tu,talak tak akan jatuh automatik kalau suami xikut. so, suami kene la behavve jugak kot. bljr menepati janji :)

    @anon 8:13
    yup. itulah yg sepatutnya. kategori no 3 tu mcm lebih krg gak. yg redha segalanya lillahitaala

    @hazwan arif
    ada je pempuan yg mmg sanggup. cthnye cm bini2 saleh tu lah. haha.yup. mmg comel. kalau lah pandai melukis cm nayzak ni, bestnye. :D

    @gadis bunga
    saya rase sy boleh share suami sy dgn family anak2 n kawan2 tp kalau dgn madu, pahit cm hempedu rasa dia. heeee.

    @fatin aliyya
    susah tau jd suami. isteri terasa hati sbb sikap dia yg xadil tu, boleh tmbh lg dosa dia. kalo nk madu, kene make sure dpt isteri yg betul2 boleh redha dan terima seadanya. :)

    @putrarock
    haha. kau melamar kat blog tak romentik lgsg. :P

    ReplyDelete
  20. nice en3 !

    salute kpd sape yang sanggup bermadu
    :)

    ReplyDelete
  21. cantiknya gambar2! and entry yang menarik sampai saya pun tertarik nak komen ;)

    pada saya, poligami ni bukan kongsi macam "1 bahagi 4". kalau tengok macam tu memang nampak la ketidak adilan and kita pun akan terasa hak kita dicabuli. padahal kita pun tahu kasih sayang tu xkan dapat dibagi sama rata. cuma benda fizikal je yang boleh dibagi sama rata. untuk jadi adil pulak xsemesti semua dibahagi sama rata dari segi amount. kalau isteri first ada 5org anak, isteri no 2 ada 1 anak, suami xperlu la belikan kereta besar2 kat dua2 isteri. ikut la kegunaan masing2.

    saya suka untuk lihat poligami ni macam memberi apa yang kita ada/lebih. orang lain akan la memberi apa yang kita xde/kurang. lengkap melengkapi macam keluarga bahagia :D tapi saya faham, sekarang susah nak dapat keadaan ideal macam ni kn. hehe. cuma mudah2an kita tak jadi orang yang terambil hak orang lain dalam jaga hak sendiri.

    saya rasa poligami ni ada kelebihan nya jugak ;) saya sanggup bermadu untuk jadi heroin ;) kalau la saya dapat selamatkan orang dengan izinkan suami berkahwin dengannya, saya la penyelamat :D tapi kena jadi first wife la kan ;) hehe. lagi pun saya rasa kehidupan saya (khususnya selepas berkahwin) bukan la untuk jadi isteri semata2. saya teringin untuk bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan (mcm join MERCY, g negeri/negara yg perlukan bantuan). sekurang2nya bila saya xda, terjaga lah kebajikan suami dan anak2 ;) sebab ada orang amek alih kejap tanggungjawab tu ;)

    apa pun DIA lagi tahu apa yang paling baik untuk tiap orang :D moga2 yang terbaik aja untuk kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam... Alhamdulillah wanita seperti anda yang memberi kekuatan kepada Islam kerana fitrah semulajadi seorang wanita adalah menjaga kebajikan dan kehormatan keluarganya lebih dari dirinya sendiri dan Umat Islam sekeliannya adalah sebuah keluarga. Tidak cukup dengan itu anda masih ingin memberi kebajikan kepada negara lain yang secara tak langsung mendekatkan mereka yang belum Islam kepada Islam. Suami/bakal suami anda adalah sungguh bertuah di dunia dan akhirat In sya Allah. Amin

      Delete
  22. Hanya perempuan yang luarbiasa sanggup bermadu.

    ReplyDelete
  23. salam...saya ingin berkongsi sebenarnya banyak kebaikan hidup bermadu ni.kita kena lebih fikir positif,kerana apa yang berlaku adalah dengan izin Allah..Insyaallah ada yang terbaik untuk kita menunggu di hadapan..saya sekarang ni sedang berkawan dengan seorang lelaki dah masuk 4 tahun...pada masa sekarang dengan izin Allah saya juga berkawan dengan bakal madu saya..kawan lelaki saya berkawan dengan 2 orang perempuan dan akan berkahwin tahun hadapan..saya akan menjadi isteri pertama dia dan sorang lagi akan menjadi isteri kedua dia selepas 3 bulan dia berkahwin dengan saya...kami bertiga bersetuju dengan keputusan 2...moga2 Allah memelihara kami..:)

    ReplyDelete
  24. semua ini urusan Allah, sudah tertulis, namun kita di berikan aqal dan kudrat untuk memilih yang terbaik.

    usaha kita akan mencerminkan sesungguh mana kita mencari redha Allah.

    Wallahu Ahlam.

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum sume..saya tertarik dgn entri ni..sy seorang isteri yang dimadukan n sy rse sy sgt2 bahagia.kebahagiaan itu terletak pd keikhlasaan.jika kita redha n ikhlas menerima takdir Allah psti kte akan rse lebi bahagia.sume kurniaan Allah ade rahsia tersendiri n Allah xkn bebankn hambanye melebih batas2 kemampuannye..Jika ade yg bermadu rse tsekse ketika ini,lebi baik jdikn rse sekse itu satu ksyukuran krne Allah sdg fokus dgn diri anda..Allah mguji kte utk mnaikkn darjat kte sbgai hambanye..bmadu ini bkn satu hukuman kpd ssorg..ia adalah jln pintas utk ke syurge dgn syarat kte redha n sbr..buangla sgala perasaan sedi n meratapi diri sdiri krne jika kte meninggal dlm keadaan sbr psti pngakhiran idup kte mnuju ke arah syurge..org yg bmadu kne bnyk bsbr..bljr mgawal diri,percakapan,perasaan n yg swaktu dgnnye..bg sy,suami bkn hak mutlak kte sorg krne syarat yg ditentukn Allah suami berhak berpoligami.buatla krne Allah..bygkn shja hidup kte hnye skjp,biarla waktu yg singkat itu kte buat yg terbaik utk bekalan akhirat.tutuplah matamu n butakan hatimu dr sangkaan yg bkn2 krne sy prnh llui perang hati sblm ini.jgn biarkn waktu kte dihabiskn dgn fkiran negatif.biarla sumenye kte serahkn pd yg Esa.esok kte mati ttp sorg2 tnpe suami..Allah uji kte kerane tgginye ksih syg Allah terhadap kte.Alhamdulillah..jadikanlah Al-quran sahabat baik kte..jadikan zikir pendamping kte..banyakkn mengadu pd Allah krne jika mengadu pd mnusia akan menyebarkan aib dn xde penyelesaian ttpi kkdg akn berakhir dgn perasaan negatif.Jika mengadu kpd Allah psti kte akn ditemukn dgn jln penyelesaian..bergantunglah hnye kpd Allah n bkn mnusie.Allah suke kte merayu kpdNYa..Muhasabah diri..tabahlah dlm hidup yg singkat ini..tiada wanita yg sanggup
    bermadu melainkn hnye krne Allah..maafkn sy andai ade kate2 yg menyentuh@menyakiti perasaan sume..semoge Allah berikn yg terbaik buat sume..inshaAllah aamiin...wassalam..

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)