Wednesday, February 29, 2012

Al-'Ilm Bi La 'Amal, Kasy Syajar Bi La Thamar

"Why do you seek more knowledge when you pay no heed to what you already know?"

Dari Saidina Ali RA: "Lihat perkara yang diperkatakan, bukan siapa yang berkata-kata."

Selalunya bila kita sampaikan pesanan yang baik kepada orang lain, secara automatiknya kita dianggap baik dan dah buat perkara baik tu. Anggapan tu tak salah. Sebabnya, kalau kita sampaikan tapi kita tak buat, maknanya kita cuma pandai cakap kosong je.

Memang lebih mudah bercakap daripada buat. Tapi, tak bermaksud kita cuma perlu cakap tanpa buat. Ilmu itu memang perlu dikongsi. Dakwah itu memang perlu disebarkan. Tapi sebelum sebarkan pada orang lain, kita kenalah cuba aplikasi dekat diri sendiri dulu. Sebabnya bila kita tahu sesuatu, tapi kita tak amalkan, kita jadi lebih buruk daripada orang yang memang berada dalam kegelapan tu sendiri.


Hadis Rasulullah SAW: 
Pada hari kiamat, ada seorang dihadapkan dan dilemparkan ke neraka. Orang-orang pun bertanya, "Hai Si Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedangkan kamu dahulu adalah seorang yang menyuruh kepada berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan mungkar?" 
Orang tersebut pun menjawab, "Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, tapi aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat mungkar tapi aku sendiri melakukannya." (HR Muslim)

Apa yang kita tulis, jadi tanggungjawab kita. Kalau kita cuma pandai cakap je, tapi tak amalkan, nanti bila kita sampaikan benda yang baik pada orang, orang akan pertikaikan macam ni:

"Eleh kau bajet baik. Takat pandai cakap je buat apa. Aku tengok kau jahat jugak"

Lepastu kita mesti nak back-up diri kita dengan ayat ni:

"Janganlah tengok siapa yang menyampaikan, tapi tengoklah pada apa yang disampaikan. Lagipun, aku sampaikan benda baik. Ambik jelah ilmu tu. Tak payah tengok aku. Nanti-nanti aku buatlah. Yang penting, aku dah dapat pahala berdakwah."

Hah, banyaklah nanti-nanti. Hmm, sebenarnya, ini nota untuk diri sendiri. Aku perasan yang lately, orang-orang di sekeliling aku ramai betul yang positif dan sebarkan benda-benda baik. Bila jumpa benda-benda macam ni, aku pun excited jugak nak share. Tapi aku tak amalkan pun padahal aku dah tahu.

Ilmu tanpa amal is equal to nothing. Jadinya, doakanlah aku dapat amalkan ilmu-ilmu yang aku terima ni semua slow-slow supaya aku tak dipersoalkan nanti.

Sambil berdakwah, sambil amalkan. Sebelum share apa-apa ilmu, pastikan kita pun beramal dengan ilmu tu. What we share to others, it becomes our responsibility too. Jangan pandai omong kosong ya Mili! Tapi tak semestinya kena tunggu diri sempurna baru nak share ilmu dengan orang lain. Kena cuba slow-slow. Sedang berusaha ke arah itu. Seorang Islam yang baru nak masuk Islam. Doakanlah. :')

Dari Saidina Abu Bakar RA: "Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingatkan dirinya terlebih dahulu sebelum mengingatkan orang lain."
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan Al Basri ( Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri )



KNOWLEDGE: The more you share, the more you get. The more you keep, the more you forget. Keep that in mind okay. =)


Saturday, February 25, 2012

Resepi Masak-Masak at BBQ Party


Antara menu yang ada:

Ayam bakar
Ikan bakar
Sotong bakar
Sosej bakar
Kentang bakar
Mashed potato
Spaghetti
Koktail
Salad
Coleslaw

Bajet makan-makan ni untuk 20 orang. So kalau lagi ramai or lagi sikit tu, tak tahu lah bajetnya macam mana pulak. Tapi ini jelah menu yang mampu dibuat sebagai student.

Masa nak makan tu, siap ada game. Namanya game makan. Divide 2 group, lepastu tengok group mana yang berjaya habiskan makanan dulu. Bukannya apa, kalau tak buat game, ada yang mengelak nak makan. Makan sikit je. Diet konon. Lepastu nanti makanan tak habis kan dah membazir. Heee.

Resipi Sotong Bakar + Ikan Bakar

Sotong dengan ikan tu basuh-basuh bagi bersih lepastu campurkan dengan garam. Kunyit tak payah. Pastu nanti bakar terus siap boleh makan.

Resipi Kentang Bakar

Belah dua potato tu, lepastu rendam dengan air garam, balut dengan aluminium foil, then bakar. Bila makan panas-panas, dia lembut. Bila dah sejuk, dia keras so dah tak best nak makan.

Resipi Mashed Potato

Kupas potato + rebus tambah garam + Lenyekkan + Brown sauce



Resipi Ayam Barbeque

Ini resipi untuk 30 ketul ayam. Kitorang beli ayam part-part tight, drumstik and wing. Mula-mula basuh lah semua ayam tu bersih-bersih. Lepastu sedia bahan untuk gaul dengan ayam nanti.

Bawang putih 4 buku
Bawang merah 6 biji
Halia 10 cm
Serai 12 batang

Blend semua bahan ni. Lepastu tapis sebab nak bagi kering. Taknak lah bagi banyak air sangat. Then, gaulkan bahan yang kena blend ni tadi dengan ayam tu semua. Lepastu masukkan rempah ratus ni gaulkan sekali , campur dengan minyak masak sikit, and peramkan.

Serbuk jintan manis 6 sudu teh
Serbuk jintan putih 6 sudu teh
Serbuk ketumbar 6 sudu teh
Serbuk kunyit 2 sudu teh
Gula 5 sudu teh
Garam 6 sudu kecil
Kicap manis secukup rasa (taknak pun takpe)

Sebelum nak bakar atas arang, eloklah half cook 10 minit dalam microwave dulu. 5 minit pertama untuk bahagian atas. Lepastu lagi 5 minit, terbalikkan (alihkan ke bawah) ayam tu. So nanti, bila nak bakar atas arang, tak payah kena tunggu lama sangat nak siap masak kan. Tak payah letak dalam aluminium foil pun takpe je.

Bahan-bahan ni semua kitorang sediakan dalam lebih kurang 3 jam sebelum start makan-makan. Kiranya, start pukul 3, pukul 6 dah settle dah semua ni.


Resipi Coleslaw

Kobis dengan karrot sagat halus-halus. Lepastu gaulkan dengan mayonis dan gula. Terus siap. Tapi haritu kitorang ada taruk black pepper sikit kasi pedas. Memang tak jadi macam KFC punya tapi bolehlah takat nak buat makan cicah dengan ayam. Hehe.



Resipi Salad

Salad + Kobis Purple + Apple + Jagung Manis + Sayur Campur + Karrot + Sos Thousand Islands + Olive Oil

Sebenarnya semua bahan ni kena potong besar sikit. Bukannya halus macam ni. Tapi kitorang dah tersilap potong. Hentam jelah kan. Janji boleh makan. Heee.



Resipi Koktail Versi Malas


Jelly mangga (Kalau rajin, masaklah puding)
Susu sejat 4 tin
Gula secukup rasa
Koktail buah dalam tin
Nata de coco

Mula-mula masak air gula, lepastu campurkan dengan susu sejat. Masukkan semua bahan lepastu terus siap. Memang cara express gila. Minum dengan ais. Tapi ais asingkan dalam bekas lain. Sebab nanti ais mencair, terus tak sedap dah. Nak lagi sedap tambah aiskrim vanilla. Memang nyumms. Heee. :B



Resipi Spaghetti

Panaskan minyak
Cincang bawang putih 6 ulas
Rebus cili kering. Blend. Lepastu tumis sampai naik minyak. (sebab nak bagi pedas sikit kuah tu)
Masukkan tomato paste
4 biji bawang besar potong dadu
Daging cincang Ramly 2 paket
Meatball 1 paket
Cendawan butang 1 paket
3 biji lada banggali hijau potong dadu

Pastu mee dia pulak, guna pasta angel hair sebab bila halus-halus, tak muak nak makan. Panaskan air, masukkan garam. Tunggu mendidih, lepastu masukkan lah mee 2 paket. Siap.



Resipi Kek

Secret recipe. LOL. :P

Habis dah makan-makan. K. Tu je. Assalamualaikum. :)


Wednesday, February 8, 2012

#WordyWednesday Maksud Nama

"Kamilia bermaksud perpohonan yang selalu hijau.
Berjiwa tenteram dan sentiasa bersikap tenang.
Memiliki daya tumpuan yang baik dan tajam pemerhatiannya."

Ewah. Tak tahulah betul ke tidak aku ni seorang yang tenang dan tajam pemerhatian. Macam tak je. Rasanya, aku ni seorang yang clumsy dan sangat careless. Tapi macam betul jugak kot sikit kadang-kadang. Heee. Dan patutlah aku suka warna hijau. Warna hijau bagus apa. Bukan takat warna kotak milo, tapi warna kesukaan Allah. Warna syurga. :D

Sebenarnya tak kisah pun nama tu dalam bahasa apa asalkan mempunyai maksud yang baik. Tapi dah jadi kebiasaan kita namakan dalam bahasa arab yang ada maksud baik. Bahasa apa tak apalah kan. Janji masih maksud yang baik. Sebab bila orang panggil nama, macam doa lah jugak kan. Heee.

Nama adalah penting untuk kenal identiti seseorang/sesuatu. Cuba kalau semua orang tak ada nama. Mesti susah nak kenalpasti.

Contohnya, bayangkan kalau benda dalam dunia ni tak ada nama. Mesti susah gila. Nak sebut tengah tengok tv pun kena describe yang kita tengah tengok peti petak yang ada gambar bergerak-gerak dalam dia. Tapi nanti orang mesti confused tu tv ke komputer ke. See, susah gila kalau tak ada nama.

Even Allah, Tuhan kita yang sangat awesome pun ada 99 nama. Asma-ul Husna ada 99 sebabnya Allah menyukai bilangan yang ganjil. Bagus bila kita tahu asma-ul husna dan tahu maksudnya sekali.

Contohnya, kalau kita berdoa mintak dimurahkan rezeki, sebutlah nama Allah “Ya Wahhab” maksudnya Maha Pemberi Kurnia atau “Ya Razaq” maksudnya Maha Pemberi Rezeki. Kalau kita berdoa nak mintak ampun pulak, gunalah nama Allah “Ya Ghafur” maksudnya Maha Pengampun ataupun “Ya Tawwab” maksudnya Maha Penerima Taubat ataupun “Ya ‘Afu” maksudnya Maha Pemaaf.

Banyak lagi nama Allah yang patut kita tahu maksudnya supaya kita lebih kenal siapa Tuhan kita yang Maha Hebat ni. Janganlah cuma tahu “Ar-Rahman” dan “Ar-Rahim” sebab kita sebut bismillah hari-hari. Tapi, sebutlah nama-nama Allah yang sesuai dengan keadaan kita berdoa pada Dia. “Ya Zal Jala Li Wal Ikram” maksudnya Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan. Kita patut cintakan Tuhan kita, mulakan dengan mengenal nama Dia untuk dapat cinta dia. InsyaAllah. Hasbiyallah. :”)

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk syurga.” – HR Bukhari dan Muslim.

Monday, February 6, 2012

Menjadi Diri Sendiri Dengan Segala Kekurangan Dan Kelebihan



Lirik Menjadi Diriku - Edcoustic

Tak seperti bintang di langit tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka ku apa adanya

Wajahku kan memang begini sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka ku apa adanya

Menjadi diriku dengan segala kekurangan
Menjadi diriku atas kelebihanku

Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati anugerah hidup yang ku miliki

 ***************************************

Okkk. Lagu ni memang sangat comel. Tapi kan. Tapi ada la benda dekat lirik ni yang tak berapa nak berkenan. Cewah, nak jadi pengkritik pulak tetiba. Marah orang yang cipta lagu ni nanti. Hehe.

Part yang "terimalah aku seperti apa adanya" tu macam tak berapa nak boleh diterima bulat-bulat sangatlah. Sebabnya, kalau ada benda dekat diri kita yang boleh di-improve, kenalah improve kan? Mana boleh pasrah macam tu je.

Contohnya orang tu dia pemalas gila. Lepastu dia buat ayat "aku memang dah tak boleh rajin dah, so terimalah aku seadanya" tak ke dia macam dah putus harapan je tu. Usaha lah untuk berubah. Usaha kena ada. Lepas dah usaha, barulah boleh nak pasrah cemtu.

Lagi satu part "tetapku bangga atas apa yang ku punya" patutnya tukar jadi bersyukur ke redha ke pasrah ke. Sebab mana elok bangga-bangga dengan kelebihan diri. Nanti jadi hidung tinggi. Lepastu bila ada perasaan bangga sikit pun, nanti kita terlupa yang semua tu pinjaman je dari Allah. Kan?

Hehe. Suka hati je nak komplen pasal lirik lagu orang. Amboi. Tapi lagu ni sebenarnya ok je. Dia nak suruh semua orang supaya jadi diri sendiri. Tak payah lah nak cuba jadi orang lain sebabnya benda fake ni tak best. Tiru orang tak boleh. Tapi kalau terinspirasi tu lain pulak ceritanya. Jadilah diri sendiri dan bersyukur atas setiap kurniaanNya ya? =)


"Sikap kita memang, tidak akan sempurna.
Tetapi kita boleh, mencontohi yang sempurna."

Sunday, February 5, 2012

Kahwin Muda


------------------------------------------------------------------------
Tetapi Ibu Bapa pun, kenalah jadi 'pembincang yang matang' juga. Bila anak utarakan perbincangan fasal kahwin awal, tidak pedulilah berapa pun umur mereka, jawablah dengan matang jika tidak membenarkan. 
Jangan dijawab dengan jawapan yang sangat mengguriskan hati seperti: "Hang kecik lagi. Jangan dok gatai eh." 
Pimpinlah anak-anak untuk berbincang dengan matang, buat pertimbangan pro&kontra. Lihat dan dengar juga pandangan anak-anak itu. Apa permasalahan dia. Kenapa dia nak kahwin awal. Apa persediaan yang dia sudah lakukan. 
Bimbinglah. Jangan hanya tahu menyatakan tidak. Jangan teruja mahu tunjuk ke'veto'an ibu bapa tu. Nanti anak-anak lari buat keputusan sendiri yang lebih merosakkan. Ibu Bapa patut berusaha menjadikan dirinya tempat rujukan, tempat anak-anak suka untuk pergi jika ada apa-apa. Jadi, kenalah mesra, dan matang. 
Jangan asyik-asyik ulang - "Kami ni tau yang lahirkan kau! Kami yang bagi makan minum. Kami yang bayar itu ini." - taken from here. -Hilal Asyraf-
Dian Pelangi ('91) - Irine Nadia ('92) - Dena Bahrin ('92) - Farah Lee ('89)
Antara mereka yang dah berkahwin muda atau akan berkahwin muda






http://farahinlee.blogspot.com/


Alhamdulillah. Aku tengok sekarang ni ramai betul muda-mudi yang sudah berkahwin. Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya dalam masyarakat kita. Daripada dok bercinta yang tak tahu ke mana hala tuju lagi, lebih baik bercinta secara halal dengan suami/isteri sendiri. Semuanya tak terbatas.

Cumanya, kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak. Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.

Kalau boleh, semua orang pun nak kahwin muda. Tapi bukan semua orang mampu nak kahwin muda. Daripada apa yang aku perhatikan, kebanyakan yang berkahwin muda, pasangan lelaki itu adalah seorang lelaki yang sudah kukuh dari segi kewangan. Kukuh dari segi kewangan adalah satu kriteria penting untuk berkahwin sebabnya, kalau nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, macam mana nak tanggung isteri dan anak nanti? Memanglah rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. Tapi lebih elok kalau sudah kukuh sebelum berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab dan tak susah di kemudian hari.


Dan salah satu kriteria lain untuk berkahwin muda adalah ikut pilihan keluarga. Jangan nak kata kahwin dengan pilihan keluarga sudah tidak relevan. Sampai bila-bila pun ianya relevan kalau pilihan keluarga tu tidak ada cacat celanya dan orang tersebut sekufu dengan kita. Cinta itu boleh dipupuk. Allah sendiri dah cakap, boleh jadi kamu tak menyukai sesuatu sedangkan benda tu baik untuk kamu.

Lagi satu kelebihan berkahwin dengan pilihan keluarga, selalunya, keluarga kita akan sponsor majlis perkahwinan kita tu. Kahwin bukan setakat akad nikah dan wang mas kahwin saja. Tapi perlu buat walimatul urus untuk umumkan tentang perkahwinan kepada sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan, semuanya kena jemput untuk memeriahkan majlis dan diberi makan. Kos untuk bagi makan satu kepala pun sudah naik sekarang ni.

Bukan semua lelaki mampu menyediakan wang untuk majlis yang meriah. Kalau si perempuan mampu, tidak ada salahnya gunakan juga sedikit wangnya untuk majlis tersebut. Lagipun, yang mahu berkahwin adalah si lelaki dan si perempuan. Apalah salahnya belajar berkongsi untuk majlis yang memberi manfaat kepada keduanya.

Tambah pulak, sekarang ni, ramai yang suka berlebih-lebihan dalam walimatulurus sampaikan menanggung hutang sepanjang perkahwinan. Ingat ni, "invest on your marriage, not on your wedding". Selepas kahwin, banyak lagi benda yang perlu diuruskan. Kos untuk bersalin pun makin tinggi tambah-tambah kalau bersalin secara Cesarean.

Jadinya, buatlah majlis di atas kemampuan sahaja. Kalau mampu nak buat meriah, buatlah. kalau tak mampu, jangan nak terikut-ikut orang sangat. Buatlah majlis apa adanya sebab majlis cuma sekali tapi kehidupan selepas perkahwinan tu sampai ke akhir hayat, InsyaAllah. Yang penting, majlis perkahwinan tu, biarlah berlandaskan syariat Islam. "Ikatan perkahwinan itu sesuatu yang suci, janganlah ia dicampur dengan benda maksiat."



Macam yang dibincangkan oleh Hilal dalam statusnya tadi, tanya balik diri kita, betul ke kita perlu kahwin awal? Ataupun kita hanya hendak kahwin awal? Ataupun kerana terikut-ikut orang? Adakah kita sudah bersedia untuk berkahwin awal? Kalau belum bersedia, apa yang patut kita buat? Persiapkan diri? Ya. Persiapkan diri masing-masing supaya sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dapat dibina dan melahirkan generasi baru yang soleh dan solehah. InsyaAllah bahagia sampai ke syurga. :')

Moga-moga nanti aku diundang untuk datang ke walimatul urus Hilal, Dena dan Irine. Hehe. Kalau tak diundang pun tak apa. Boleh juga mendoakan dari jauh. Semoga mereka yang sudah berkahwin muda atau bakal berkahwin muda, sentiasa dipermudahkan urusan rumahtangga mereka nanti oleh Allah S.W.T.

Untuk yang tanya, "Mili, awak bila pulak nak kahwin?" Aku mampu senyum jelah. Allah kata belum lagi. Allah Maha Tahu. Kalau jodoh aku sampai nanti, insyaAllah moga waktu itu aku sudah mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang baik untuk bakal suamiku. Ewahhh. :")

Saturday, February 4, 2012

Law Kana Bainana :"( #MaulidurRasul



Salam Maulidur Rasul 1433H/2012
 Lawkana Bainana - Hafiz Hamidun 
       
                                                    


Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun :')
Alhamdulillah. 12 Rabiulawal muncul lagi. Hari Kekasih Allah, kekasih kita yang paling mulia. Kita tahu Rasulullah sering berpuasa sunat pada hari Isnin. Lalu para sahabat pun bertanya, kenapa Rasulullah berbuat demikian, katanya, sebab aku lahir pada hari Isnin. Jadinya, adalah sunat bagi kita untuk berpuasa pada ulangtahun kelahiran kita juga. Dan apabila kita mendengar nama Rasulullah disebut, kita kenalah berselawat pada baginda sebab bila dengar nama Rasulullah, bukan macam dengar nama orang yang biasa.
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya." -Riwayat Al-Hakim-
*************************************
Memang mudah untuk ucapkan "aku cintakan Rasulullah, aku cintakan kamu kerana Allah" tapi apa buktinya? Kecintaan itu harus dibuktikan. Bukan cuma disebut-sebut di mulut tapi tak sampai ke hati. Hati perlu dididik untuk cinta pada Allah dan Rasulullah.
Walaupun tak pernah bertemu Rasulullah, bukanlah alasan untuk tidak mencintainya. Begitu juga cinta pada Allah. Allah sentiasa nampak kita cuma kita yang tak nampak Allah. Tapi kita masih boleh rasa segala nikmat yang Allah beri. Banyak saja benda yang kita tak nampak tapi sangat penting dalam hidup kita umpama udara dan jantung.
Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari kiamat nanti. Rasulullah adalah manusia termulia dan kerana baginda, kita dapat mengenal Allah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi pada baginda. Apalah sangat masa kita dalam sehari tu untuk digunakan dengan selawat pada Rasulullah?
Rasulullah sangat mencintai umatnya hingga saat terakhir hidup baginda. Pernahkah kita mencintai Rasulullah sampai menitis air mata kerana ingatkan baginda? Jika kita diberi peluang bertemu Rasulullah, apakah yang akan kita ucapkan pada baginda? Sudah cukup kenalkah kita pada baginda? Marilah sama-sama kita hayati Sirah nabi sepanjang hidup baginda sebabnya, tak kenal maka tak cinta. :")                     
  
Versi Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana

Friday, February 3, 2012

Hafalan Shalat Delisa; Simple Tapi Penuh Mesej



Filem ni diadaptasi dari novel Hafalan Shalat Delisa karya Tere Liye. Filem genre Islamik dari Indonesia yang sangat meruntun jiwa. Elemen yang diterapkan pun, semuanya untuk cinta kepada Allah. Kalau ada cinta sesama manusia pun, semuanya kerana Allah juga. Moga suatu hari nanti, Malaysia pun mampu buat filem genre Islamik yang macam ni, yang mampu tunjukkan kekuatan cinta pada Tuhan walau diuji macam mana sekalipun.
Pelakon-Pelakon
Delisa - Chantiq Schagerl
Abi Usman - Reza Rahadian
Ummi Salamah - Nirina Zubir
Kak Fatimah - Ghina Salsabila
Kak Aishah - Reska Tania Apriadi
Kak Zahra - Riska Tania Apriadi
Ustaz Rahman - Al Fathir Muchtar
Uncle Smith - Mike Lewis
Kak Sophie - Loide Christina Teixeira



Sejak cuti semester ni, aku asyik ternampak orang share pasal #HafalanShalatDelisa di Twitter. Lepastu ternampak iklan yang cerita ni ditayangkan di Astro First. Terus curious nak tahu ceritanya pasal apa. Nasib baik ada yang aplod di youtube. Terus download laju-laju. Mula-mula ingatkan cerita untuk kanak-kanak ke apa sebab tajuknya macam itu kan.

Memang berbaloi 1 jam 40 minit nonton cerita ni. Sangat berbaloi air mata yang keluar. Sangat menginsafkan. Tengok hubungan kekeluargaan yang sangat rapat antara keluarga Delisa ni, memang tersentuh hati. Tengok macam mana Umi dengan Abi Delisa pentingkan bab solat, bab jemaah, untuk anak-anak diorang. Memang banyak sangat pengajaran yang boleh dapat dari cerita ni.

Watak Ummi Salamah dan Kak Fatimah. Lemah-lembut sangat watak 2-2 orang ni. :')
Kak Fatimah, Kak Zahra, Delisa tengah bercakap telefon dengan Abi Usman.
Solat jemaah dengan Ummi. Solat subuh pun jemaah tahu. Bagus sangat.
"Delisa cinta Ummi kerana Allah" T___T

Antara pengajaran dari cerita ni:
#1 Kalau menghafal, kena ingat maksudnya jugak. Jangan main hafal je.
#2 Jangan mudah iri hati atau cemburu dengan barang-barang yang bukan milik kita.
#3 Orang yang tak pernah bohong, disayangi Allah.
#4 Kalau nak khusyuk solat, fokus kita cuma satu iaitu solat, jangan peduli dengan sekeliling.
#5 Orang yang susah melakukan sesuatu adalah kerana dia tidak ikhlas dan mengharapkan sesuatu sebagai ganjaran.

 Kak Sophie.


Ustaz Rahman tolong translate ayat English untuk Delisa. Sebijik-sebijik dia sebut. Hehe. Agak kelakar lah. Uncle Smith pulak macho gila. Bagus kalau betul-betul dalam realiti ada askar dengan nurse yang betul-betul layan orang baik macam ni. Heee.


Bila teringat balik kisah tsunami, memang sayu gila. Hebat betul diorang di uji. Subhanallah. Apapun kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Memang susah nak jadi bersyukur. Tapi bila dah tengok orang yang lagi susah dari kita, baru rasa macam, orang lain lagi hebat diuji tapi tak mengeluh dan putus asa pun. Sebabnya hati diorang ikhlas.

Bila kita kena uji dengan Allah, mesti rasa macam Allah tu tak adil. Tapi kita selalu tak perasan nikmat-nikmat yang dah Tuhan bagi dekat kita. Ujian tu semua untuk kuatkan lagi iman kita dan supaya kita boleh ikhlas redhakan semua yang terjadi. Buktinya Allah tu adil sebab masih bagi kita kesenangan dan saat-saat untuk kita bergembira. :')

Kita semua akan mati cuma sekali tapi kita hidup dua kali. Cuma hidup yang kedua tu kita tak tahu lagi ke mana, syurga atau neraka. Apapun, mari sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa Tsunami. Filem ni memang bagus sangat. Tahniah Indonesia sebab berjaya buka mata penonton dengan filem-filem Islamik diorang. Moga Allah berkati umat Islam seluruhnya. Selamat nonton ya. :')

Gambar-gambar semua credit untuk FB Hafalan Shalat Delisa


Lirik Lagu Kasih Ibu - Rafly ft Chantiq (OST Hafalan Shalat Delisa)

Lembut kukenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku 
Mengalir di setiap nafasku 
Ibuuuuuuuuuuuuuu

Lembut kukenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu ooh di dalam nadiku

Indah bercanda denganmu ibu
Di dalam hatiku kini selalu merindu
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku 
Mengalir di setiap nafasku 
Ibuuuuuuuuuuuuuu

Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii soghiiraa

Lembut kukenang kasihmu ibu


Thursday, February 2, 2012

Kuala Terengganu Menjadi Saksi Penyatuan Ally dan Farah. Ewah


Alkisahnya, 20 Januari yang lalu, telah selamatlah dinikahkan Ally Iskandar dengan Farahin Lee. Berkenalan tiba-tiba, sekejap je, tak sempat bercinta, tak bertunang pun, terus kahwin. Bercinta selepas kahwin. Oh, indahnya. Memang idaman semua orang kalau boleh, nak bercinta selepas ada ikatan sah. Lebih berkat kan. Moga Allah berkati pengantin dua orang ni sampai syurga. :')


Macam mana aku boleh sampai ke majlis ni? Aku pun tak pernah sangka. Semuanya tak dirancang pun. Macam kisah Ally dan Farah lah. Tak sangka tak dirancang pun tiba-tiba menjadi kan. Hehe. Bila aku twitpic gambar dengan Farah dekat Twitter, semua pakat tanya, aku ni sedara Farah kah? Kawan Farah kah? Tettt. 2-2 pun bukan sebenarnya.

Farah ni kira kawan kepada kawan lah sebenarnya sebelum aku kenal dia. Lepas kenal, boleh panggil aku peminat blog dia ataupun orang yang terinspirasi sampai berkaca-kaca mata dengar kisah dia. Heuheu. Classmate dekat AIKOL, si Nyna Shafrina yang sebenarnya kawan kepada Farah ni. Diorang 1 sekolah dulu. Nama group diorang, CRBP. Heee.

Masa awal masuk sem 5, lepas raya puasa haritu, Nyna bagitahu berita mengejut kat kitorang semua yang Ally akan kahwin dengan Farah. Nyna pun ceritalah semua blablabla, so, kitorang pun takdelah nak kecohkan ke apa. Hormat privacy orang kan. Then, aku pun start lah cari Farah dekat blog, facebook dan twitter. Nak jugak kenal dengan gadis misteri yang berjaya menambat hati Ally. :P

Masa habis final exam haritu, Nyna pun bagitahu kitorang yang dia akan sponsor baju nikah Farah. Mama Nyna ada butik iaitu Safora Boutiqe. Dan Nyna cakap dia taknak naik flight untuk bawak baju tu. So dia nak drive balik dari KL ke Terengganu tapi taknak balik sorang-sorang. Jadinya, Aisyah, Neen dan aku pun pergilah teman Nyna. Lagipun aku tak pernah pergi Terengganu. Excited tu lebih sikit. Tapi, Nyna dah mintak izin Farah siap-siap lah sebelum bawak kawan-kawan ni datang kenduri dia. Gitulah ceritanya. Hihi.


Majlis sanding belah petang buat dekat rumah Farah. Tema tradisional kampung so pengantin pakai sangat-sangat simple. Muka Farah pun macam lagi selesa compare dengan pagi masa nak nikah tu. Tapi yang sweetnya tengok Farah dengan Ally malu-malu and macam kekok sikit lepas nikah. Yela, tak pernah bercinta kan, lepastu diorang sure akan rasa baru je setiap hari. Semua pun macam nak menangis tengok kemanisan diorang. Walaupun jarak umur 13 tahun, nampak padan sangat.


Begitulah kisahnya kepergian aku dan rakan-rakan memeriahkan majlis Farah dan Ally. Boleh dikatakan untuk majlis ni, banyak gila benda yang Farah buat sendiri. Hantaran buat sendiri, goodies bag buat sendiri, make-up pun sendiri. Itu belah perempuan punya. Belah lelaki dengar cerita buat 5 Feb ni dekat Ibai Golf Club kebenda ntah.

Semoga Ally dan Farah berbahagia selalu dan dapat anak-anak yang comel molek ye. :D

UPDATE:

Official video Ally Iskandar dan Farah Lee ada pulak termasuk sikit muka kitorang ni semua. Mula-mula tengok macam eh, pengantin pun tak tunjuk lagi, tetiba muka kitorang dah ada. Cam awkward sikit la. Ramai pulak yang nampak kitorang dalam tu. Malu. Heee. Cuma tumpang meriah kan majlis je. Barakallah. :D