Wednesday, August 15, 2012

Penghujung Ramadhan

Taubatan Nasuha - Hafiz Hamidun
 

Assalamualaikum Malam ni dah masuk Ramadhan yang ke 27. Dalam kurang lebih 3 hari je lagi Ramadhan akan tinggalkan kita semua. Memang dah sampai ke hujung sangat dah ni. Sejauh mana kita dah manfaatkan Ramadhan tahun ni dan 10 malam yang terakhir ya? Tepuk dada tanya iman. Hee.
Orang cakap, "Jangan jadikan puasa macam tebu. Awal je manis tapi hujung tawar. Tapi jadikan puasa macam teh tarik. Awal manis, hujung lagi manis." Moga kita dalam golongan yang menghargai Ramadhan dan sedih nak tinggalkan bulan yang paling baik dari seluruh bulan yang lain ni. =)
Malam ni mungkin ada yang dah khatam 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah. Siapa yang belum khatam, masih boleh pecut. Untuk yang masih jauh nak kejar, boleh teruskan juga sambung mengaji walaupun Ramadhan dah habis. Kalau bulan Ramadhan target nak habiskan 30 juzuk, dalam bulan lain lepasni, mungkin boleh target 1 bulan baca 1 surah beserta tafsirnya sekali kan.
"Tips Gapai Lailatul Qadar. Solat jemaah (lelaki) kena buat 5 kali cukup solat fardhu. Kurangkan solat bersendirian. Banyakkan membaca Surah Al-Qadr." [Syabab Musafir Kasih]

Kalau mengikut teori Imam Ghazali:
Bila awal Ramadhan jatuh pada hari tertentu, malam Lailatul Qadar juga dijangka berlaku pada malam tertentu:
Ahad/Rabu - 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa/Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
Kalau ikut teori ni, 1 Ramadhan 1433H mula hari Sabtu, makanya, lailatul qadar tahun ni jatuh pada malam 23 Ramadhan. Jadinya, lailatul qadar tu dah terlepas lah ya? Dah tak payah bangun malam dah lah ya malam lainnya.
Mana boleh macamtu. Ada hikmahnya kenapa Allah rahsiakan lailatul qadar ni. Supaya manusia jadi lebih bersungguh² setiap masa dan tak pilih malam tertentu je untuk beribadat. Hanya yang usaha bersungguh je akan dapat jumpa Lailatul Qadar, bukan yang cuma usaha ala kadar.
Memang betul masa malam ke 23 haritu sangat tenang dan siangnya pun cuaca elok sangat. Redup saja. Umpama Malaikat memenuhi bumi. Tapi siapalah kita nak pandai-pandai tentukan. Sedangkan Rasulullah pun berqiyamullail setiap malam akhir Ramadhan, takkanlah kita lagi sok tahu dari nabi sendiri ya?
Ganjaran yang ada pada malam yang lebih baik dari seribu bulan ni sangat besar. Dan sebenarnya, hanya orang terpilih je yang dapat jumpa lailatul qadar ni. Allah dah pilih nak bagi pada hamba Dia yang macam mana.
Hamba yang sejak dari masuk awal Ramadhan dah berdoa berazam untuk dipertemukan lailatul qadar. Hamba yang bersungguh manfaatkan Ramadhan. Bukan hamba yang cuma pilih 1 hari tertentu je untuk beribadat. Nak ganjaran besar, usaha pun kena besar lah kan?

Dan andaikata kita bangun berjaga malam untuk beribadat; qiyamullail, iktikaf, solat sunat, mengaji Quran semua tu, tak perlulah dihebahkan pada orang. Apatah lagi dengan perasaan bermegah². Contoh macam "Aku qiyamullail sepanjang malam tadi, dapat jumpa lailatulqadr. Kau tidur, kau rugi. Padan muka." Amboi. Padahal dia pun cuma berjaga malam sambil online Twitter/Facebook saja.
Ataupun kita update status bagitahu kita tengah beribadat di masjid itu ini dan sebagainya. Tak salah menggalakkan orang lain untuk beribadat juga. Tapi jangan sampai timbul rasa riyak dalam diri. Takut nanti, bukan takat tak disukai manusia, tapi Allah pun jadi tak suka
Doa yang paling baik pada malam Al-Qadar adalah memohon ampun dengan sebanyaknya. Kerana apa? Kerna kita semua adalah pendosa.
 وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


Bila diberi waktu mustajab berdoa, manusia cenderungnya mintak apa? Mintak kebaikan di dunia saja atau kebaikan di akhirat juga? Daripada cara berdoa pun, sudah boleh tahu manusia tu pentingkan dunia saja atau akhirat jugak.
Dalam Al-Baqarah 200, Allah ada sebut tentang manusia yang berdoa untuk dunianya saja. Contohnya, bila berdoa, cuma mintak supaya cepat jadi kaya, doa dapat jodoh, dan permintaan duniawi lainnya. Sampai lupa kepentingan akhirat.
Berdoa untuk kepentingan akhirat tu membuktikan manusia sedar hidup di dunia cuma sementara. Bila jumpa waktu mustajab berdoa, mohonlah agar diampunkan segala dosa, dijauhkan daripada siksa kubur dan mendapat syafaat nabi di akhirat nanti. Tapi manusia selalu lupa tu. Muhasabah diri kita balik, kita cenderung berdoa untuk kepentingan dunia saja atau akhirat sekali?
"Bangunlah (qiyam) sebab kita nak tidur dalam kubur nanti. Tidur itu mati yang sementara manakala mati itu tidur yang selamanya." [Ustaz Ismail Kamus]
Yang wajib jangan tinggal dan banyakkan yang sunat. Solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, antara solat sunat yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah.
Ada orang yang bila masuk Ramadhan je, dia jadi yang paling baik antara semua. Tapi cuma setakat Ramadhan je. Habis Ramadhan terus habis segala kebaikan tu. Contohnya dia rajin sedekah, solat sunat, tutup aurat dengan sempurna, tapi cuma dalam Ramadhan. Hormat Ramadhan katanya.
Tapi tak patut kita gelarkan seseorang tu hamba Ramadhan. Mana tahu kalau Ramadhan tu jadi titik permulaan dia nak berubah ke arah yang lebih baik. Setiap orang ada titik permulaan dia untuk dapat hidayah tu.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208] 
Amalkan Islam secara keseluruhannya. Bukan pilih² amalan tertentu atau bulan tertentu. Itulah yang sebaiknya. =)
Selagi Ramadhan belum habis, selagi tu masih ada peluang untuk mencari lailatul qadar. InsyaAllah.

Lailah saidah wa ahlam jamilah. Assalamualaikum. :)


4 comments:

  1. kak mili , thanks share :) bnyk yg dpt eyja ambil mcm doa utk bngun mcm ustaz haron din kongsikan , lpas tu berkenaan mlm lailatul qadar . smoga kita dpt istiqamah shingga ke akhir ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. Salam mili, thank you for sharing the info. Harap-harap saya sentiasa istiqamah melalukakn ibadat, tidak hanya berhenti setakat ramadhan.

    ReplyDelete
  3. saya suka milo :)

    terima kasih untuk entry ini.sangat bermanfaat.

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)