Wednesday, August 8, 2012

Majlis Perkahwinan Kawan dari Internet: Datang ke Tak?



Assalamualaikum.

Tahun 2012 ni rasanya sentiasa meriah dengan wedding dan merupakan tahun yang paling penuh dengan invitation wedding yang ditanda dalam planner ataupun dalam event Facebook. Ni sekarang bulan Ramadhan memang rest, takde wedding sesiapa tapi Syawal nanti, fuh berderet invitation. #TeamKahwin2012 lah katakan. Hee.

Bila dapat wedding invitation oleh schoolmates, classmates, campusmates, roommates, officemates, memang akan rasa macam kena pergi sebabnya itu memang kawan yang memang dah kenal dan selalu jumpa, mostly.
To attend or not to?

1. Kalau tak datang wedding kawan sendiri, akan rasa ralat mana tahu nanti wedding kita, orang tu taknak datang sebab kita tak datang wedding dia. Hee. :B

2. Kalau datang pulak, boleh reunion and konvoi reramai selalunya. At least datang tunjuk muka. So nanti bila tak dapat penuhi jemputan wedding kita, orang tu pulak yang ralat. Kan? :3
Tapi, kalau dapat invitation wedding kawan Blogger, kawan Facebook, kawan Twitter, kawan Youtube, kawan Tumblr dan kawan apa² lagi social network yang ada, akan ada rasa excited dan dalam masa yang sama, segan sikit nak pergi.
To attend or not to?

1. Excited nak pergi mungkin sebab dah pernah jumpa sebelum ni. And boleh plan nak konvoi dengan kawan² blogger/fb/twitter/etc. So dapat lah ber-gathering terus dekat wedding tu kan. :)

Kalau tak pernah jumpa, rasa excited jugak mungkin sebab dapat tambah nama dalam list 'people I know from the internet that I've met in real life'

2. Segan mungkin sebab tak pernah jumpa in real life. Selama ni pakai avatar kartun je. Mana tahu bila di wedding tu, pengantinnya tak kenal pun kita.

Bila tak pernah jumpa dengan orang tu and by attending the wedding, dapatlah kenalkan diri yang sebenar kan. Memanglah segan sikit lepastu nanti dah okay. Keluar dari comfort zone namanya. Hee.
29 Jun. Akad nikah Irine & Amirul
7 Julai. Akad nikah Hilal & Masyitah
Antara wedding blogger tahun 2012 ni yang berjaya pergi:

Irine Nadia ♥ Mohd Amirul 30 Jun
Hilal Asyraf ♥ Tengku Masyitah 7 Julai

Ini semua blogger dalam entri Kahwin Muda. Memang muda semuanya. Tapi nampak matang sangat.

Farah 23 + Ally 36 beza 13 tahun.
Dena 20 + Soffian 26 beza 6 tahun.
Irine 20 + Amirul 26 beza 6 tahun.
Hilal 23 + Masyitah 21 beza 2 tahun.

Tak kisahlah beza umur berapa yang penting semuanya dah selamat kahwin dan berjaya buat Syaitan menangis. Hee. Semua nampak sangatlah padan dan sesuai. Selamat memulakan hidup berumahtangga yang penuh tanggungjawab. Moga dikurniakan baby yang comel cepat² and dapat menyejukkan mata memeriahkan rumahtangga diorang ni semua. آمِينْ.


Masa dapat invitation wedding Irine di Melaka ni, memang dengan tak malunya terus plan nak pergi dengan Dena & husband. Sebab Melaka kan jauh. Kalau nak pergi sendiri, memang tak sampai dah ke wedding ni. Nasib baik Dena sudi tumpangkan.

Ni pun sebenarnya last minit dah cancel dengan Dena cakap tak dapat nak pergi. Lepastu Dena buat emoticon sedih katanya segan lagipun tak pernah jumpa Irine. So macam cuba gigihkan jugak diri datang jejauh ke wedding ni. Berbaloi kot. Entah. :B


Theme wedding Irine biru pink ni memang comel. Warna theme masa Dena bertunang dulu. Wedding dress Irine pun sangatlah cute. Ada ribbon besar dekat belakang. Sesuai sangatlah dengan Irine. And nampaklah moment² sayu masa mak ayah Irine peluk si bungsu sorang ni. Wuwu. Tahniah Fakhrine Nadia dan suami!


Wedding Irine ni memang dipenuhi dengan kawan-kawan blogger. Meriah habis semuanya. Tapi tak join pun group blogger tu semua sebab segan sangat. Semua macam dah kenal lama je. Segan lah nak pergi tegur. Saya ni pemalu orangnya. Dengan Irine pun tak sempat nak kenalkan diri. Huhu.



Ini antara few yang dapat jumpa borak-borak kejap di wedding Irine. Memang best pengalaman jumpa orang for the first time. Macam Gda dengan Amal ni, dah lama kenal di internet tapi tak pernahnya dapat peluang nak jumpa. So, peluang yang ada kita gunakan sebaiknya. Hee. And ada lah sikit that awkward moment bila tegur orang lepastu orang tu buat gaya tak kenal kita. K takpe. Awkward kejap jelah lepastu okay dah. :B

Apapun thanks pada Irine sebab sudi jemput ke majlis ni. Walau tak pernah jumpa, Irine baik sangat. Moga perkahwinan ni sentiasa diberkati Allah. Always doakan insyaAllah. =')

with dearie Aisyah Shakirah & lovely Dena Bahrin
Seminggu selepas wedding Irine, dapat undangan ke wedding Hilal Asyraf pulak. Yang ni memang di luar jangkaan sebenarnya. Terkejut jugak masa dapat invitation di twitter "saya nak jemput @milimilo dan @DenaBahrin ke walimah saya di Gombak pada 07.07.12". Lepastu macam eh, biar betul Hilal ni. Salah orang ke apa kan. Rupanya memang betul-betul jemput.

Mula-mula baca karya hasil penulisan Hilal, tak pernah sangka beliau semuda ni. Gaya sumpah matang. Berbaloi baca dan semuanya memang menginspirasikan. Semua ayat yang digunakan dalam penulisan Hilal pun sangat sangatlah menenangkan. Orang yang baca pun automatik akan rasa tenang je. Tenang tu kan perasaan yang paling indah sekali.

So memang hasil penulisan di Langit Ilahi, Facebook dan buku-buku, novel-novel Hilal, sesuai dibaca semua. Yang penting, Hilal menulis dengan ilmu dan pengalaman, bukan main tulis je. Moga Hilal dapat menginspirasikan lebih ramai lagi lepas dah bernikah ni. Heee. Kena dapatkan buku "Sebelum Aku Bernikah" cepat².

Insecurenya rasa dengan "ketinggian" diri sendiri. T_T
Humaira
Zulaikha

Kebetulan di walimah Hilal ni, dapat peluang berjumpa dengan Aiman Azlan dan Aisyah Shakirah for the first time ever. 2 orang vlogger muda yang berdakwah di Youtube. English sangat fluent and simple so semua boleh faham videonya. Memang inspiring sangat. Aiman dengan MOMO-nya, Aisyah pulak dengan #teamkhemah-nya. Mula-mula kenal Aisyah dari MrTheAllShared.

Selain blog dan vlog, Aisyah pelukis di iluvislam jugak tau. Suka semuaaaaaaa lukisan Aisyah. Bila tengok terus macam Ya Allah Subhanallah indahnya, kreatifnya. And Aisyah is a Law student di Asasi UiTM Shah Alam dan ex-student MRSM Taiping. Umur baru nak masuk 18 tahun tapi tengoklah Aisyah, sangat matang. Malu pulak bila nak banding dengan diri sendiri. Wuwu.

Masa mula-mula nampak Aisyah di walimah Hilal, first impression was like, "MasyaAllah, ayunya Aisyah." Seriously. Kagum and terpegun kejap. Dahlah matang sangat. Lepastu Aisyah ada 'high cheek-bone'. Heee. Bukan senang nak dapat pipi tinggi cemtu. Lawa manis semuanyalah. :B Teruskan berdakwah di semua medium termasuk Facebook dan Twitter ya Aisyah? And thanks a lot Aisyah sebab sudi jumpa di walimah ni dan dapat kenal dengan kawan Aisyah 2 orang, Humaira and Zulaikha. =)

Ini pengantin baru dan pengantin baru 2 bulan. Hihi.
Tahniah Hilal dan Masyitah. And thanks Dena dan Soffian jugak sebab sudi bagi join duduk semeja sekali semuanyalah masa wedding ni. Moga kita dapat jumpa lagi insyaAllah. Selamat bercinta secara halal dan moga redha Allah mengiringi hingga ke Syurga. آمِينْ. =')

Heee. ∩_∩ 

Kepada yang bakal berkahwin, barakallah. Dimudahkan insyaAllah. Moga dalam jagaan dan lindungan Allah sentiasa. Biar cara kita berbeza asalkan matlamat kita semua sama. Yang penting, niat semuanya lillahitaala.

Bak kata Hilal Asyraf “Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

"Kesimpulannya, andai terlalu cinta, berkahwinlah. Sekiranya anda merasakan tidak bersedia, ketahuilah bahawa Allah mahukan anda meluangkan diri bersama Dia terlebih dahulu sebelum si dia. Yang halal kan ada, kenapa pilih yang haram?" [Aisyah Shakirah Suhaidi]

Jadinya, kalau ada wedding kawan dari internet yang pernah jumpa atau belum pernah jumpa, tetap akan cuba datang penuhi undangan kalau ada rezeki. Kalau jauh sangat ataupun ada hal yang tak mampu dielakkan, cuma mampu kirim doa pada pengantin dari jauh jelah kan? Barakallah. =')

Related post:
http://irinenadia.blogspot.com/2012/08/my-wedding-reception-melaka.html
http://gdamajidah.blogspot.com/2012/07/congratulation-irine-and-amirul.html
http://www.schanazri.com/2012/06/sekitar-majlis-perkahwinan-irine-nadia.html
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/07/irine-nadias-wedding.html
http://langitilahi.com/9183
http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/07/walimah-hilal-asyraf-day-with-dena.html

=)

14 comments:

  1. nak jemput pon kad tak siap lagi. wahaha, milimilo wajib datang walaun pun jauh. hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Mili, best dpt jumpaaa kak mili , kak mili extremely cute! :')

    Hoping to see you next time :')

    ReplyDelete
  3. kalau dorang bg kad jemputan, insyallah dtg.. tp tgok gak tmpat..kalau jauh, hnya doakan saja

    ReplyDelete
  4. @Joe

    Ahaa. Wedding Joe memang akan cuba pergi. Tak pernah lagi ke Kelantan. Manetau ada rezeki nak sana kan. Congratz in advance Joe & pasangan. Kad dah cetak jangan tak jemput tau. :D

    ReplyDelete
  5. @Amal

    Ahaaa thanks to you too Amal. Walau jumpa kejap je. Takpe lepasni sila datang UIA supaya boleh jumpa lelama. =)

    ReplyDelete
  6. @Kawaii Dysha

    Hai awak yang kawaiii. Ahaa betul tu. Kalau wedding tu jauh sangat, mampu kirim doa dari jauh je. Heee.

    ReplyDelete
  7. seronoknya dapat pi wedding org! hee. kite plak yg excited baca ni. hehe.


    mereka di atas insan2 yg terpilih utk melalui bahtera perkahwinan di usia yg muda. mereka dah ready fizikal dan mental. kite ni apa pun tak ready lagi. hee.


    psstt.. pasni nak tunggu wedding kak mili la! nak kad tau tau. *ish tak malu betul an hehe*


    you are amazing just the way you are kak mili. semoga dikau temui jodoh yg baik2 ya ;)

    ReplyDelete
  8. tq so much kak milimilo sebab dtg arituuu! aritu masa wedding kenapa x interpremkan diri dekat depan irine T____T huhu.x sempat nk borak2 :(

    ReplyDelete
  9. Nak jemput Mili la, hekhek :) Nanti ea tunggu kad siap, insya Allah.

    ReplyDelete
  10. suka baca, suka tengok :)

    salam ukhwah.

    ReplyDelete
  11. hehe.. datanglah mili :D
    kalau ada geng beres je kan,
    kalau sorang2 boleh mati kutu kite. hehe (:

    Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

    ReplyDelete
  12. bestnye dpt jmpa org baru , berkenalan semua . and dpt tgk mjlis prkhwinan depa sume. hee skrg ni tggu turn kak mili plak . :)

    ReplyDelete
  13. tak de pun gambar syaz dengan mili


    :(

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)