Wednesday, August 15, 2012

Penghujung Ramadhan

Taubatan Nasuha - Hafiz Hamidun
 

Assalamualaikum Malam ni dah masuk Ramadhan yang ke 27. Dalam kurang lebih 3 hari je lagi Ramadhan akan tinggalkan kita semua. Memang dah sampai ke hujung sangat dah ni. Sejauh mana kita dah manfaatkan Ramadhan tahun ni dan 10 malam yang terakhir ya? Tepuk dada tanya iman. Hee.
Orang cakap, "Jangan jadikan puasa macam tebu. Awal je manis tapi hujung tawar. Tapi jadikan puasa macam teh tarik. Awal manis, hujung lagi manis." Moga kita dalam golongan yang menghargai Ramadhan dan sedih nak tinggalkan bulan yang paling baik dari seluruh bulan yang lain ni. =)
Malam ni mungkin ada yang dah khatam 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah. Siapa yang belum khatam, masih boleh pecut. Untuk yang masih jauh nak kejar, boleh teruskan juga sambung mengaji walaupun Ramadhan dah habis. Kalau bulan Ramadhan target nak habiskan 30 juzuk, dalam bulan lain lepasni, mungkin boleh target 1 bulan baca 1 surah beserta tafsirnya sekali kan.
"Tips Gapai Lailatul Qadar. Solat jemaah (lelaki) kena buat 5 kali cukup solat fardhu. Kurangkan solat bersendirian. Banyakkan membaca Surah Al-Qadr." [Syabab Musafir Kasih]

Kalau mengikut teori Imam Ghazali:
Bila awal Ramadhan jatuh pada hari tertentu, malam Lailatul Qadar juga dijangka berlaku pada malam tertentu:
Ahad/Rabu - 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa/Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
Kalau ikut teori ni, 1 Ramadhan 1433H mula hari Sabtu, makanya, lailatul qadar tahun ni jatuh pada malam 23 Ramadhan. Jadinya, lailatul qadar tu dah terlepas lah ya? Dah tak payah bangun malam dah lah ya malam lainnya.
Mana boleh macamtu. Ada hikmahnya kenapa Allah rahsiakan lailatul qadar ni. Supaya manusia jadi lebih bersungguh² setiap masa dan tak pilih malam tertentu je untuk beribadat. Hanya yang usaha bersungguh je akan dapat jumpa Lailatul Qadar, bukan yang cuma usaha ala kadar.
Memang betul masa malam ke 23 haritu sangat tenang dan siangnya pun cuaca elok sangat. Redup saja. Umpama Malaikat memenuhi bumi. Tapi siapalah kita nak pandai-pandai tentukan. Sedangkan Rasulullah pun berqiyamullail setiap malam akhir Ramadhan, takkanlah kita lagi sok tahu dari nabi sendiri ya?
Ganjaran yang ada pada malam yang lebih baik dari seribu bulan ni sangat besar. Dan sebenarnya, hanya orang terpilih je yang dapat jumpa lailatul qadar ni. Allah dah pilih nak bagi pada hamba Dia yang macam mana.
Hamba yang sejak dari masuk awal Ramadhan dah berdoa berazam untuk dipertemukan lailatul qadar. Hamba yang bersungguh manfaatkan Ramadhan. Bukan hamba yang cuma pilih 1 hari tertentu je untuk beribadat. Nak ganjaran besar, usaha pun kena besar lah kan?

Dan andaikata kita bangun berjaga malam untuk beribadat; qiyamullail, iktikaf, solat sunat, mengaji Quran semua tu, tak perlulah dihebahkan pada orang. Apatah lagi dengan perasaan bermegah². Contoh macam "Aku qiyamullail sepanjang malam tadi, dapat jumpa lailatulqadr. Kau tidur, kau rugi. Padan muka." Amboi. Padahal dia pun cuma berjaga malam sambil online Twitter/Facebook saja.
Ataupun kita update status bagitahu kita tengah beribadat di masjid itu ini dan sebagainya. Tak salah menggalakkan orang lain untuk beribadat juga. Tapi jangan sampai timbul rasa riyak dalam diri. Takut nanti, bukan takat tak disukai manusia, tapi Allah pun jadi tak suka
Doa yang paling baik pada malam Al-Qadar adalah memohon ampun dengan sebanyaknya. Kerana apa? Kerna kita semua adalah pendosa.
 وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


Bila diberi waktu mustajab berdoa, manusia cenderungnya mintak apa? Mintak kebaikan di dunia saja atau kebaikan di akhirat juga? Daripada cara berdoa pun, sudah boleh tahu manusia tu pentingkan dunia saja atau akhirat jugak.
Dalam Al-Baqarah 200, Allah ada sebut tentang manusia yang berdoa untuk dunianya saja. Contohnya, bila berdoa, cuma mintak supaya cepat jadi kaya, doa dapat jodoh, dan permintaan duniawi lainnya. Sampai lupa kepentingan akhirat.
Berdoa untuk kepentingan akhirat tu membuktikan manusia sedar hidup di dunia cuma sementara. Bila jumpa waktu mustajab berdoa, mohonlah agar diampunkan segala dosa, dijauhkan daripada siksa kubur dan mendapat syafaat nabi di akhirat nanti. Tapi manusia selalu lupa tu. Muhasabah diri kita balik, kita cenderung berdoa untuk kepentingan dunia saja atau akhirat sekali?
"Bangunlah (qiyam) sebab kita nak tidur dalam kubur nanti. Tidur itu mati yang sementara manakala mati itu tidur yang selamanya." [Ustaz Ismail Kamus]
Yang wajib jangan tinggal dan banyakkan yang sunat. Solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, antara solat sunat yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah.
Ada orang yang bila masuk Ramadhan je, dia jadi yang paling baik antara semua. Tapi cuma setakat Ramadhan je. Habis Ramadhan terus habis segala kebaikan tu. Contohnya dia rajin sedekah, solat sunat, tutup aurat dengan sempurna, tapi cuma dalam Ramadhan. Hormat Ramadhan katanya.
Tapi tak patut kita gelarkan seseorang tu hamba Ramadhan. Mana tahu kalau Ramadhan tu jadi titik permulaan dia nak berubah ke arah yang lebih baik. Setiap orang ada titik permulaan dia untuk dapat hidayah tu.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208] 
Amalkan Islam secara keseluruhannya. Bukan pilih² amalan tertentu atau bulan tertentu. Itulah yang sebaiknya. =)
Selagi Ramadhan belum habis, selagi tu masih ada peluang untuk mencari lailatul qadar. InsyaAllah.

Lailah saidah wa ahlam jamilah. Assalamualaikum. :)


Wednesday, August 8, 2012

Majlis Perkahwinan Kawan dari Internet: Datang ke Tak?


Assalamualaikum.

Tahun 2012 ni rasanya sentiasa meriah dengan wedding dan merupakan tahun yang paling penuh dengan invitation wedding yang ditanda dalam planner ataupun dalam event Facebook. Ni sekarang bulan Ramadhan memang rest, takde wedding sesiapa tapi Syawal nanti, fuh berderet invitation. #TeamKahwin2012 lah katakan. Hee.

Bila dapat wedding invitation oleh schoolmates, classmates, campusmates, roommates, officemates, memang akan rasa macam kena pergi sebabnya itu memang kawan yang memang dah kenal dan selalu jumpa, mostly.
To attend or not to?

1. Kalau tak datang wedding kawan sendiri, akan rasa ralat mana tahu nanti wedding kita, orang tu taknak datang sebab kita tak datang wedding dia. Hee. :B

2. Kalau datang pulak, boleh reunion and konvoi reramai selalunya. At least datang tunjuk muka. So nanti bila tak dapat penuhi jemputan wedding kita, orang tu pulak yang ralat. Kan? :3
Tapi, kalau dapat invitation wedding kawan Blogger, kawan Facebook, kawan Twitter, kawan Youtube, kawan Tumblr dan kawan apa² lagi social network yang ada, akan ada rasa excited dan dalam masa yang sama, segan sikit nak pergi.
To attend or not to?

1. Excited nak pergi mungkin sebab dah pernah jumpa sebelum ni. And boleh plan nak konvoi dengan kawan² blogger/fb/twitter/etc. So dapat lah ber-gathering terus dekat wedding tu kan. :)

Kalau tak pernah jumpa, rasa excited jugak mungkin sebab dapat tambah nama dalam list 'people I know from the internet that I've met in real life'

2. Segan mungkin sebab tak pernah jumpa in real life. Selama ni pakai avatar kartun je. Mana tahu bila di wedding tu, pengantinnya tak kenal pun kita.

Bila tak pernah jumpa dengan orang tu and by attending the wedding, dapatlah kenalkan diri yang sebenar kan. Memanglah segan sikit lepastu nanti dah okay. Keluar dari comfort zone namanya. Hee.
29 Jun. Akad nikah Irine & Amirul
7 Julai. Akad nikah Hilal & Masyitah
Antara wedding blogger tahun 2012 ni yang berjaya pergi:

Irine Nadia ♥ Mohd Amirul 30 Jun
Hilal Asyraf ♥ Tengku Masyitah 7 Julai

Ini semua blogger dalam entri Kahwin Muda. Memang muda semuanya. Tapi nampak matang sangat.

Farah 23 + Ally 36 beza 13 tahun.
Dena 20 + Soffian 26 beza 6 tahun.
Irine 20 + Amirul 26 beza 6 tahun.
Hilal 23 + Masyitah 21 beza 2 tahun.

Tak kisahlah beza umur berapa yang penting semuanya dah selamat kahwin dan berjaya buat Syaitan menangis. Hee. Semua nampak sangatlah padan dan sesuai. Selamat memulakan hidup berumahtangga yang penuh tanggungjawab. Moga dikurniakan baby yang comel cepat² and dapat menyejukkan mata memeriahkan rumahtangga diorang ni semua. آمِينْ.


Masa dapat invitation wedding Irine di Melaka ni, memang dengan tak malunya terus plan nak pergi dengan Dena & husband. Sebab Melaka kan jauh. Kalau nak pergi sendiri, memang tak sampai dah ke wedding ni. Nasib baik Dena sudi tumpangkan.

Ni pun sebenarnya last minit dah cancel dengan Dena cakap tak dapat nak pergi. Lepastu Dena buat emoticon sedih katanya segan lagipun tak pernah jumpa Irine. So macam cuba gigihkan jugak diri datang jejauh ke wedding ni. Berbaloi kot. Entah. :B


Theme wedding Irine biru pink ni memang comel. Warna theme masa Dena bertunang dulu. Wedding dress Irine pun sangatlah cute. Ada ribbon besar dekat belakang. Sesuai sangatlah dengan Irine. And nampaklah moment² sayu masa mak ayah Irine peluk si bungsu sorang ni. Wuwu. Tahniah Fakhrine Nadia dan suami!


Wedding Irine ni memang dipenuhi dengan kawan-kawan blogger. Meriah habis semuanya. Tapi tak join pun group blogger tu semua sebab segan sangat. Semua macam dah kenal lama je. Segan lah nak pergi tegur. Saya ni pemalu orangnya. Dengan Irine pun tak sempat nak kenalkan diri. Huhu.



Ini antara few yang dapat jumpa borak-borak kejap di wedding Irine. Memang best pengalaman jumpa orang for the first time. Macam Gda dengan Amal ni, dah lama kenal di internet tapi tak pernahnya dapat peluang nak jumpa. So, peluang yang ada kita gunakan sebaiknya. Hee. And ada lah sikit that awkward moment bila tegur orang lepastu orang tu buat gaya tak kenal kita. K takpe. Awkward kejap jelah lepastu okay dah. :B

Apapun thanks pada Irine sebab sudi jemput ke majlis ni. Walau tak pernah jumpa, Irine baik sangat. Moga perkahwinan ni sentiasa diberkati Allah. Always doakan insyaAllah. =')

with dearie Aisyah Shakirah & lovely Dena Bahrin
Seminggu selepas wedding Irine, dapat undangan ke wedding Hilal Asyraf pulak. Yang ni memang di luar jangkaan sebenarnya. Terkejut jugak masa dapat invitation di twitter "saya nak jemput @milimilo dan @DenaBahrin ke walimah saya di Gombak pada 07.07.12". Lepastu macam eh, biar betul Hilal ni. Salah orang ke apa kan. Rupanya memang betul-betul jemput.

Mula-mula baca karya hasil penulisan Hilal, tak pernah sangka beliau semuda ni. Gaya sumpah matang. Berbaloi baca dan semuanya memang menginspirasikan. Semua ayat yang digunakan dalam penulisan Hilal pun sangat sangatlah menenangkan. Orang yang baca pun automatik akan rasa tenang je. Tenang tu kan perasaan yang paling indah sekali.

So memang hasil penulisan di Langit Ilahi, Facebook dan buku-buku, novel-novel Hilal, sesuai dibaca semua. Yang penting, Hilal menulis dengan ilmu dan pengalaman, bukan main tulis je. Moga Hilal dapat menginspirasikan lebih ramai lagi lepas dah bernikah ni. Heee. Kena dapatkan buku "Sebelum Aku Bernikah" cepat².

Insecurenya rasa dengan "ketinggian" diri sendiri. T_T
Humaira
Zulaikha

Kebetulan di walimah Hilal ni, dapat peluang berjumpa dengan Aiman Azlan dan Aisyah Shakirah for the first time ever. 2 orang vlogger muda yang berdakwah di Youtube. English sangat fluent and simple so semua boleh faham videonya. Memang inspiring sangat. Aiman dengan MOMO-nya, Aisyah pulak dengan #teamkhemah-nya. Mula-mula kenal Aisyah dari MrTheAllShared.

Selain blog dan vlog, Aisyah pelukis di iluvislam jugak tau. Suka semuaaaaaaa lukisan Aisyah. Bila tengok terus macam Ya Allah Subhanallah indahnya, kreatifnya. And Aisyah is a Law student di Asasi UiTM Shah Alam dan ex-student MRSM Taiping. Umur baru nak masuk 18 tahun tapi tengoklah Aisyah, sangat matang. Malu pulak bila nak banding dengan diri sendiri. Wuwu.

Masa mula-mula nampak Aisyah di walimah Hilal, first impression was like, "MasyaAllah, ayunya Aisyah." Seriously. Kagum and terpegun kejap. Dahlah matang sangat. Lepastu Aisyah ada 'high cheek-bone'. Heee. Bukan senang nak dapat pipi tinggi cemtu. Lawa manis semuanyalah. :B Teruskan berdakwah di semua medium termasuk Facebook dan Twitter ya Aisyah? And thanks a lot Aisyah sebab sudi jumpa di walimah ni dan dapat kenal dengan kawan Aisyah 2 orang, Humaira and Zulaikha. =)

Ini pengantin baru dan pengantin baru 2 bulan. Hihi.
Tahniah Hilal dan Masyitah. And thanks Dena dan Soffian jugak sebab sudi bagi join duduk semeja sekali semuanyalah masa wedding ni. Moga kita dapat jumpa lagi insyaAllah. Selamat bercinta secara halal dan moga redha Allah mengiringi hingga ke Syurga. آمِينْ. =')

Heee. ∩_∩ 

Kepada yang bakal berkahwin, barakallah. Dimudahkan insyaAllah. Moga dalam jagaan dan lindungan Allah sentiasa. Biar cara kita berbeza asalkan matlamat kita semua sama. Yang penting, niat semuanya lillahitaala.

Bak kata Hilal Asyraf “Kalau benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

"Kesimpulannya, andai terlalu cinta, berkahwinlah. Sekiranya anda merasakan tidak bersedia, ketahuilah bahawa Allah mahukan anda meluangkan diri bersama Dia terlebih dahulu sebelum si dia. Yang halal kan ada, kenapa pilih yang haram?" [Aisyah Shakirah Suhaidi]

Jadinya, kalau ada wedding kawan dari internet yang pernah jumpa atau belum pernah jumpa, tetap akan cuba datang penuhi undangan kalau ada rezeki. Kalau jauh sangat ataupun ada hal yang tak mampu dielakkan, cuma mampu kirim doa pada pengantin dari jauh jelah kan? Barakallah. =')

Related post:
http://irinenadia.blogspot.com/2012/08/my-wedding-reception-melaka.html
http://gdamajidah.blogspot.com/2012/07/congratulation-irine-and-amirul.html
http://www.schanazri.com/2012/06/sekitar-majlis-perkahwinan-irine-nadia.html
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/07/irine-nadias-wedding.html
http://langitilahi.com/9183
http://aisyahshakirah.blogspot.com/2012/07/walimah-hilal-asyraf-day-with-dena.html

=)

Wednesday, August 1, 2012

Sakit Mencuci Dosa


Assalamualaikum.

Harini dah 1 Ogos malam 13 Ramadhan, moga semuanya masih dalam mood meraikan Ramadhan, bukan dah excited meraikan Syawal ya? Hee. Dan moga semua yang baca ni, dalam keadaan sihat belaka dan dijaga Allah sentiasa. Aminnn.

Kalau boleh, kita cuba manfaatkan setiap hari yang ada dalam Ramadhan ni sebabnya segala amal kebajikan akan dilipat ganda 700 kali. Dalam bulan lain mana nak dapat kan? Bayangkan bila kita bersedekah cuma seringgit pun dah umpama sedekah gaya dermawan.

So, sempurnakan amalan² wajib, banyakkan amalan² sunat. =)

Sakit dalam bulan puasa ni memang mencabar sebenarnya. Tambah-tambah kalau tenaga cuma sikit. Rasa nak mengeluh sentiasa. Rasa nak give up puasa kalau boleh. Sebab tu sakit ni ujian. Takde ujian takde sabar kan?

Islam sebenarnya mudah dan tak menyusahkan. Kalau sakit yang teruk sangat, tak payahlah puasa sampai memudaratkan diri. Ada je kelonggaran. Kalau tak mampu puasa, jangan puasa. Tapi nanti kena qada' atau bayar fidyah lah.

Kalau sakit sikit je, cuba puasa dulu. Kalau dah cuba dan rasa tak larat sangat nak bertahan, barulah berbuka. Sebabnya dalam Surah Al-Baqarah:184 Allah kata "berpuasa akan jauh lebih baik bagimu kalau kamu sekalian mengetahui".

So siapa yang sengaja tinggal puasa Ramadhan ni memang rugi besar amat tak terkata sangat dah.

Sakit = kafarah dosa. Kafarah tu apa?
كفارة الخطايا
Penebus dosa
To compensate for commissioning a sinful act

Kafarah bermaksud balasan Allah di dunia atas dosa² yang pernah kita lakukan. Kafarah ni boleh datang dalam bermacam bentuk musibah. Contohnya; hilang harta, hilang keluarga, hidup susah dan macam² lagilah.

Sakit adalah salah satu cara untuk mensucikan dosa² kita. Mungkin bila dah terima balasan di dunia, boleh tolong ringankan balasan di akhirat, wallahua'alam.

Orang selalu tertukar "kafarah" jadi "kifarah". Lain ya lain. Kafarah tu sebutan sebenar. Uniknya bahasa Arab ni, bila salah baris ke salah sebutan ke sikit, mesti dah jadi lain maknanya.

Macam kebiasaan penggunaan mahram dan muhrim contohnya. Mahram tu maksudnya orang yang haram dikahwini. Kalau muhrim tu maksudnya orang yang sedang berihram. K. Noted.
Rasulullah SAW bersabda:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bila ditimpa sakit/musibah, kuncinya sabar. Selalu ingatkan diri supaya Sod.Ba.Ro. sentiasa. Kalau mengeluh dan tak redha dengan sakit, itu bukan makin menyucikan, mungkin boleh menambahkan lagi dosa yang sedia ada. Jadinya kena sabar to the MAX. Keep calm and istighfar.

Apapun sakit yang diuji, kita cuma boleh usaha ikhtiar apa yang termampu saja. Waiza maridtu fahuwa yashfin. Kuasa menyembuh tetap di tangan DIA. Tawakkal dan yakin setiap ketentuan Allah tu pasti ada hikmah besar yang cuma boleh nampak dengan mata hati.

Setakat dah seminggu lebih Ramadhan tahun ni, aku belum dapat peluang nak berpuasa dalam keadaan sihat walafiat selesa sepenuhnya. Sakit sejak dari awal puasa, bila habis sakit tu, datang sakit lain pulak.

Bila nampak orang lain bahagia je happy puasa sihat segala, boleh makan sedap², boleh jadi produktif ke sana sini, memang jealous. Betul apa orang cakap, "sihat tu adalah mahkota atas kepala orang sihat, yang cuma orang sakit je boleh nampak."

Tapi bila tengok je gambar orang² di Somalia ni, insaf terus. Tak pertikaikan langsung dah kenapa sakit tak sembuh² lagi. Serius. Merungut sebab sakit sikit, padahal ada orang yang dalam keadaan lagi teruk. Allah tarik nikmat forever nak?

Makanya, seteruk mana pun keadaan/musibah yang datang pada kita, akan ada orang yang lebih teruk. Sentiasa ajar diri untuk bersyukur. Alhamdulillah 'ala kulli hal. InsyaAllah dapat nikmat tak terkata. Aminnn.

Semoga Ramadhan tak dibiarkan berlalu pergi begitu saja tanpa tinggalkan kesan apa pada diri kita semua. Syafakillah pada sesiapa yang sakit. Untuk diri sendiri juga. Selamat beribadah merebut pahala 700 kali ganda. =)


Tuhan baru ku sedar, indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
-Muhasabah Cinta -Edcoustic-


Thursday, July 19, 2012

#MuhasabahDiri Menjelang Ramadhan


"Allahumma ballighna Ramadhan"


Assalamualaikum. InsyaAllah dalam kurang 2 hari je lagi bulan Syaaban akan habis dan anak bulan Ramadhan akan menampakkan diri. Ramai yang excited menunggu kedatangan bulan Ramadhan ni sebabnya bulan ni adalah paling mulia dalam 12 bulan qamariah.

Allah dah janjikan bulan ni penuh dengan segala keberkatan dan keampunan dilipatgandakan untuk umat manusia. Maka kita patut rasa bersyukur setiap kali dipertemukan dengan Ramadhan dan kena usaha untuk puasa dan rebut ganjaran pahala serta double-triple-kan amalan kita lebih daripada biasa, biiznillah.
Sabda Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Abbas R.A. "Barangsiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Riwayat Ahmad)

Ingat tak lagi masa malam Nisfu Syaaban dulu? Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit? Malam di mana buku amalan kita diganti dengan yang baru. Belum sampai separuh bulan lagi buku amalan baru kita. Masih bersih atau sudah dikotorkan dengan dosa?

Makin dekat nak Ramadhan ni sebenarnya masa yang sangat elok untuk kita muhasabah diri kita. Hakikatnya, Nabi pun suruh kita bermuhasabah setiap hari, bukan time nak Ramadhan je. Tapi takpe Ramadhan adalah bonus untuk kita semua supaya back on track.

Muhasabah tu apa? Kenapa kita kena muhasabah diri selalu? Sebab dengan cara muhasabah je kita dapat check diri kita. Sama ada kita ni masih di sirotul mustaqim (jalan yang betul) ataupun dah tersasar? In fact, dengan muhasabah, kita boleh ingatkan diri kita yang semua manusia akan dihisab di akhirat nanti oleh Allah.
"Hisablah dirimu di dunia sebelum dihisab Allah di akhirat kelak."
Di akhirat nanti ada bermacam jenis hisab. Dan beruntunglah pada sesiapa yang tidak dihisab dan terus masuk syurga sebab tak akan ada orang yang selamat kalau dia dihisab. Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ حُوسِبَ عُذِّبَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ أَوَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا قَالَتْ فَقَالَ إِنَّمَا ذَلِكِ الْعَرْضُ وَلَكِنْ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَهْلِكْ

“Barangsiapa yang dihisab, maka ia tersiksa”.
Aisyah bertanya,”Bukankah Allah telah berfirman "maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah"
Maka Rasulullah menjawab: “Hal itu adalah al-‘aradh. Namun barangsiapa yang dimunaqasyah hisabnya, maka ia akan binasa”. (Muttafaqun ‘alaihi)
Daripada hadis Nabi di atas ni boleh disimpulkan yang hisab tu terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Al-'Aradh.
2. Al-Munaqasyah

Barangsiapa yang dihisab secara "al-'aradh", dia akan selamat sebabnya bila dihisab dengan cara ni, Allah dah tutup aib dia. Allah cuma tayang apa yang perlu saja. Hisab jenis ni dipanggil hisab yasir (hitungan yang mudah).

Tapi sesiapa yang dihisab secara "al-munaqasyah" maka dia akan binasa. Satu persatu amalan dia akan ditayangkan secara detail. Tak ada sikit pun yang boleh disorok. Segala amalan yang baik atau buruk, dalam sedar atau lupa, dalam bergurau atau serius, sehingga nafas yang turun naik dan rintihan qalbu pun ditunjukkan juga.

Contoh-contoh munaqasyah hisab ada disebut di dalam Quran. Antaranya:

1. Hisab Soal Jawab (Al-Hijr 15:92-93)







"Demi TuhanMu! Kami pasti akan menyoal mereka. (92) Mengenai apa yang mereka lakukan." (93)

2. Hisab Buku Catatan (Al-Infitor 82:10-11)









"Dan sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi segala perilaku kamu. (10) (Mereka adalah makhluk) yang mulia (disisi Allah) yang ditugaskan menulis (amalan-amalan kamu)." (11)

3. Hisab Paparan Buku Amalan (Al-Jasiyah 45:29)





"Inilah surat (kitab catatan malaikat) Kami, dia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesunguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)." (29)

4. Tayangan Semula Pada Fizikal (Al-Zalzalah 99:6)





"Pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) bagi setiap amalan mereka." (6)

Bila Rasulullah SAW ceritakan pada sahabat perihal hisab ni, semua sahabat jadi sedih. Dan yang paling bersedih sekali adalah Saidina Umar R.A. Umar merasakan dosanya terlalu banyak dan dia sangat malu terkenangkan bila di akhirat nanti Allah akan paparkan segalanya pada seluruh manusia. Yang dilakukan secara terang-terangan atau secara sorok-sorok.

Lalu Rasulullah mengajarkan supaya kita semua mengamalkan doa supaya dimudahkan hisab:
"اللهم حاسبني حساباً يسيراً"
"Allahumma hasibni hisaban yasira"
"O Allah! Call me to account with an easy accounting”

Ada 2 malaikat yang sentiasa jaga kita dan Allah pun sentiasa tengok perlakuan kita. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu tak elok di mata manusia, mungkin juga tak elok di mata Allah dan malaikat. Jadinya beringatlah kita. Apa yang kita tipu, mungkin selamat di dunia tapi segalanya akan terbongkar di akhirat nanti. Tapinya, di akhirat walaupun segala kebenaran terbongkar, kita dah tak dapat buat apa-apa. Masing-masing sibuk fikirkan turn untuk dihisab sampaikan dia dah tak kisah dah pasal penghisaban orang lain.


Walaupun kita dah lupa semua dosa kita, tak semestinya semua tu telah diampunkan. Melainkan dengan taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh). Kita semua adalah pendosa. Jadi mengapa kita masih berasa terlalu selesa?
“Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (Riwayat Al-Tirmizi)

 
Jadinya sempena Ramadhan yang nak menjelang tiba ni, jom muhasabah diri ramai-ramai dan jom kita jadi lebih baik. Niat tu perlu di-renew setiap hari. Azam perlu dibuat setiap pagi dan muhasabah tu perlu dibuat setiap malam sebelum kita tidur. Barulah insyaAllah kita akan dapat hisab yang baik di akhirat nanti. =)
Kalau di bulan biasa, bila buat jahat, kita salahkan hasutan Syaitan. Tapi kalau di bulan Ramadhan kita masih buat jahat, maksudnya tanpa Syaitan pun, nafsu kita dah menguasai kita. Jadinya kita kena jadi hero dan lawan nafsu sendiri dalam bulan biasa ataupun bulan puasa.
"Dear teenagers,
Puasa nafsu. Puasa hati. Puasa mata. Puasa anggota. Puasa. Puasa. Puasa.
Only then, you'll be able to taste the real ni'mah and sweetness of your effort when it's time to "berbuka puasa".

Ramai remaja lemah mengurus fitrah sendiri. Ini hakikat. Sadis, yes?" (Aisyah Shakirah Suhaidi)



Ni contoh mutabaah amal. Boleh buat mutabaah amal kita sendiri juga. Checklist apa yang kita nak capai. Nak tahu amalan kita makin improve atau tidak? Biar amalan kita sikit tapi berterusan. Bukan banyak tapi cuma sehari lepastu dah tak buat dah.

Contohnya harini solat awal waktu, esok solat hujung waktu, lusa dah tak solat. Contohnya harini baca 1 juzuk quran, esoknya baca 1 helai quran, lusa langsung tak baca dah. Biar sikit tapi menaik. Ingat 1 benda, iman manusia ni ada turun naik. Semuanya bergantung pada diri kita.
“Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut." -Riwayat Al-Hakim-
Jadinya itu jelah perkongsian kali ni. Moga ada manfaat dan Allah redha. Peringatan untuk diri sendiri juga. Jom amalkan doa ni supaya kita dapat cinta Allah. Tambah-tambah dalam bulan yang serba hebat ni. InsyaAllah. Mari menjadi hamba dan hargai bulan ni sebaiknya. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

"Dengan menyayangi Allah, Allah akan menyayangi kita." =')